15 Keajaiban Kaabah Berdasarkan Kajian Sains

Mekah adalah tanah suci umat Islam, di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah, yang menjadi lambang dan panduan kiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1- Mekah adalah kawasan dengan graviti yang paling stabil.

2- Tekanan graviti yangtinggi, dan di sinilah berpusatnya bunyi-bunyian konstruktif yang tidak dapat didengar oleh telinga manusia.

3- Tekanan graviti tinggi secara langsung mempengaruhi sistem ketahanan badan, bertindak sebagai pertahanan terhadap semua serangan penyakit.

4- Graviti Tinggi = Ion elektron negatif yang terkumpul di sana tinggi.

5- Dapat mengesan frekuensi kata hati. Apa yang diniatkan dalam hati adalah gema yang tidak dapat didengar, tetapi frekuensi dapat dikesan. Di bawah pengaruh elektron, kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh semangat untuk melakukan ibadat, tidak putus asa, tidak ada keinginan untuk terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan.

6- Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7- Bahkan teknologi satelit tidak dapat melihat apa yang ada di dalamKaabah. Tidak mungkin frekuensi radio dapat membaca apa-apa di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8- Tempat dengan tekanan graviti tertinggi, kandungan garam tinggi dan aliran anak sungai di bawah tanah. Oleh itu, jika anda bersolat di Masjidil Haram, walaupun di tempat terbuka tanpa bumbung, ia masih sejuk.

9- Kaabah ini bukan hanya bangunan empat persegi warna hitam tetapi tempat yang ajaib kerana ia adalah tempat pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10- Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik menyebabkan rangsangan otak tengah yang sangat aktif ke tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11- Pergerakan lawan jam di sekeliling Kaabah memberikan tenaga hayat secara semula jadi dari alam semesta. segala yang ada di alam semesta ini bergerak berlawanan arah lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12- Peredaran darah atau apa sahaja di dalam tubuh manusia mengikut arah lawan jam. Oleh itu, dengan mengelilingi Kaabah mengikut arah lawan jam, itu bermaksud bahawa peredaran darah di dalam badan meningkat dan tentunya akan menambah tenaga. Itulah sebabnya mengapa penduduk Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan berumur panjang.

13- Manakala bilangan tujuh adalah simbolik untuk tak terhingga banyaknya. Angka tujuh bermaksud bilangan yang tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh pusingan, sebenarnya kita mendapat jumlah ibadah yang tidak terhad jumlahnya.

14- Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15- Setelah anda selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya adalah untuk melepaskan diri dari pantang larang dalam Ihram. Tetapi rahsia adalah membersihkan antena atau reseptor kita dari semua bahan cemar supaya badan hanya menerima gelombang yang baik sahaja.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*