2 Ahli Politik Hamzah Zainuddin Dan Mahfuz Omar Berbalas “Mangkuk” Dalam Dewan Rakyat

Dewan rakyat hari ini kecoh gara-gara perkataan mangkuk dikeluarkan oleh ahli dewan rakyat ketika sesi soal jawab bersama menteri dalam negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berhubung kompaun yang dikenakan terhadap ahli parlimen pembangkang yang berhimpun di dataran merdeka 2 Ogos lepas.

Jelas Hamzah, kompaun yang dikenakan kepada ahli parlimen, bukannya kerana melanggar larangan tidak memasuki premis parlimen, tetapi kerana melakukan perhimpunan.

“Ia (kompaun ) adalah kerana perhimpunan yang menyebabkan sesuatu kesalahan. Ketika itu ada SOP yang kita tak boleh adakan perhimpunan di mana-mana di luar parlimen.” katanya.

Walau bagaimanapun, tambahnya, atas sikap bekerjasama di antara kerajaan dan ahli-ahli parlimen, kompaun yang telah diberikan oleh polis pada ketika itu telah diturunkan jumlahnya dari RM3000 kepada RM1000 setelah beliau berbincang dengan menteri kesihatan.

“Kompaun masih lagi dikenakan, kerana tidak ada dua darjat diantara ahli parlimen dan rakyat lain yang juga ada buat perhimpunan seperti itu. Jadi sebab itu, kita terpaksa, saya minta maaf kita berikan kompaun kerana perhimpunan yang salah melanggar undang-undang SOP” jelasnya.

Ketika itu, ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz mencelah dengan menyebut perkataan mangkuk, mendakwa ahli-ahli parlimen hendak ke premis parlimen hanya untuk mengambil barangan mereka yang disimpan di sana.

“Kalau benarkan masuk, tak adalah perhimpunan tu. Kami nak pergi ambil barang. Apa punya mangkuk!” kata Mahfuz Omar.

Ahli parlimen Pendang, Datuk Haji Awang kemudian bangkit mendesak Mahfuz supaya menarik balik perkataan mangkuk itu.

“Peraturan dewan 36-6. Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli yang lain. saya minta Pokok Sena tarik balik perkataan mangkuk tadi. Mangkuk tiada dalam sini. Mangkuk ada di dewan makan, di kantin. Bukan ada di dewan persidangan. Minta tarik balik. Itu kurang ajar.” – Datuk Haji Awang

Pada masa yang sama, seorang ahli parlimen pembangkang lain mencelah “Dalam kabinet banyak (mangkuk)”. Speaker dewan rakyat, Azhar Harun kemudian memberi arahan supaya tidak lagi digunakan perkataan tersebut.

“Pokok Sena kata mangkuk ya? Lain kali jangan kata mangkuklah, tak elok” kata beliau.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*