2 Cara Nak Hilang Kerak Hitam Degil Di Periuk Supaya Mak Mentua Makin Sayang

Sakit betul mata bila masuk dapur dan nampak kuali, periuk belanga semua berkerak! Beli mahal-mahal, cantik-cantik tapi sudahnya jadi hitam legam. Dah cuba sental, tonyoh segala, berjam-jam habiskan di dapur tetap kesan degil ni tak nak hilang. Apa nak buat ni? Kalau anda nak tahu, ada dua cara yang anda boleh cuba untk mengatasi masalah ini. Cara pertama dengan menggunakan air berkarbonat. Ikuti langkah seperti di bawah :

  • Bahan-bahan:
  • Air berkarbonat – 1 botol
  • Sabun
  • Berus sental
  • Senduk kayu / sudu
  • Cara-caranya:
  1. Ambil periuk yang berkerak dan rendam ke dalam air berkarbonat selama 2 jam.
  2. Sambil menunggu, lihat kerak menjadi lembut dan cungkil menggunakan senduk kayu atau sudu.
  3. Buang air rendaman tersebut dan letak sedikit sabun dan sental menggunakan berus sental sehingga hilang dan bersih.

Cara kedua dengan menggunakan cuka dan soda bikarbonat. Ikuti langkah seperti di bawah :

  • Bahan-bahan:
  • Cuka makan – 1 cawan
  • Baking soda – 2 sudu besar
  • Berus kasar
  • Cara-caranya:
  1. Menggunakan periuk yang berkerak, didihkan air di dalamnya dan masukkan secawan cuka.
  2. Kemudian tunggu sehingga mendidih dan lihat kerak menjadi lembut.
  3. Apabila kerak menjadi lembut, masukkan baking sodasebanyak 2 sudu besar dan larutkannya.
  4. Tunggu sehingga air didihan menjadi sejuk dan sental menggunakan berus kasar sehingga bersih.

kredt gegar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*