3 Doa Mustajab Agar Dipercepatkan Jodoh Sebelum Kita Tinggalkan Dunia

Jodoh, pasti semua manusia inginkan jodoh yang baik dan dikurniakan pasangan yang mampu menerima baik buruk seseorang itu. Setiap manusia sudah ditetapkan jodoh oleh Allah SWT sejak dalam kandungan lagi tetapi sebagai umat Islam, usaha dan doa juga penting bagi mendapatkan jodoh yang diingini. Berikut adalah beberapa doa yang terkandung dalam Al-Quran yang boleh anda amalkan;

  • #1 – Doa dari Al-Quran, Surah Furqan ayat 74

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا (Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrota a’yuniu waj’alna lil muttaqina imama)

  • Maksudnya: “Ya Tuhan, anugerahkan kepada kami isteri dan zuriat yang menyejukkan (hati) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa”
  • #2 – Doa dari Surah Al-Anbiya ayat 89

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul warisin)

  • Maksudnya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah Pewaris yang terbaik.”
  • #3 – Doa dari Surah Al-Qasas ayat 24

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ (Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir)

  • Maksudnya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”

kredit zayan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*