Connect with us

Islamik

7 Kelebihan Solat Dhuha Yang Menjadi Rebutan Para Surirumah

Published

on

Selain perkara wajib yang menjadi rutin, perkara sunat juga sangat dituntut bagi meraih keberkatan Ilahi. Walaupun kerja di rumah tak pernah putus, kita sebagai surirumah seharusnya tidak terlepas daripada merebut peluang menunaikan solat sunat dhuha pada setiap pagi.

Kenapa? Ini antara sebabnya.

7 KELEBIHAN SOLAT DHUHA YANG MENJADI REBUTAN SURIRUMAH

1. DIPERMUDAHKAN URUSAN HARIAN

Rutin harian menjadi surirumah bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang-kadang terlalu penat sampai nak makan pun tak sempat. Namun begitu, bukan semua orang boleh faham apa yang kita lalui, mahupun pasangan kita sendiri. Oleh itu, inilah peluang kita untuk mengadukan kepada Allah, memohon diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan.

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu (solat Dhuha), nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Dengan mengingati Allah terutamanya pada waktu mustajab seperti waktu Dhuha, mudah-mudahan bantuan Allah pasti tiba dalam segala bentuk kemudahan dari awal pagi hinggalah ke akhir hari.

2. CARA PALING MUDAH UNTUK BERSEDEKAH

Berbanding dengan suami atau ibu-ibu lain yang bekerja, seorang surirumah mungkin memiliki kemampuan kewangan yang agak terhad. Malah, surirumah biasanya jarang keluar rumah dan mungkin kurang peluang untuk bersedekah. Namun, Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemurah terhadap hambaNya, lalu diberikan pelbagai cara untuk tetap mendapatkan ganjaranNya.

Dengan melakukan solat dhuha, anda sebenarnya mampu merebut pahala sedekah, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis:

“Setiap pagi, setiap ruas anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.”

(Hadis Riwayat Muslim)

3. MENDAPAT PAHALA UMRAH

Bukan setakat mendapat pahala bersedekah, malah pahala solat dhuha juga diumpamakan dengan pahala umrah.

Dari Abu Umamah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

(Sahih Al-Targhib: 673)

4. DIAMPUNKAN DOSA

Pendapat ramai orang yang mengatakan hidup isteri sebagai surirumah sepenuh masa ialah mudah adalah tidak benar sama sekali. Terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan dari awal pagi hingga ke malam. Bahkan, seorang surirumah menggalas tugas yang berat untuk mendidik anak-anak selain menyediakan keperluan harian. Ada yang turut bergiat aktif dalam persatuan, aktiviti taman, perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya.

Dalam kesibukan mengurus jadual seharian, tentu kita tak terlepas daripada kelalaian atau melakukan kesilapan. Maka solat dhuha adalah antara pintu ampunan untuk kita yang disediakan oleh Allah.

“Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

5. MERAIH REZEKI / KEUNTUNGAN BESAR

Salah satu fadilat yang paling lazim dikaitkan dengan solat dhuha adalah murah rezeki. Ia sebenarnya dirujuk dalam satu kisah di mana suatu ketika Rasulullah mengutus tentera Islam dalam satu peperangan. Dengan izin Allah, tentera Islam menang dan berjaya pula mendapatkan harta rampasan yang banyak.

Orang ramai bercerita singkatnya peperangan itu dan banyaknya harta rampasan perang yang diperoleh. Kemudian Rasulullah menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih mudah memperoleh kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat dhuha.

Sabda baginda : “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”

(Sahih al-Targhib : 666)

Rezeki ini mungkin kita tak nampak dari segi wang atau perhiasan, tetapi anak-anak yang soleh, keberkatan rumah tangga, kelapangan dada, dan kesihatan tubuh badan juga adalah antara nikmat yang dikurniakan kepada Allah buat kita.

6. SEBAGAI MOTIVASI PAGI

Hari seorang surirumah bermula seawal kita ‘celik mata’ hinggalah menjadi orang terakhir yang tidur. Ia adalah hari panjang untuk ditempuhi.

Setiap waktu solat sebenarnya adalah peluang untuk kita recharge. Setiap kali selesai solat, kita akan rasa lebih segar, bertenaga, dan tenang. Jika anda perasan, waktu antara solat subuh dan solat zohor adalah agak panjang berbanding selang waktu solat yang lain.

Maka dengan melakukan solat dhuha walaupun 2 rakaat, ianya tentu akan membantu kita ‘berehat’ dengan mengingati Allah dan mendapatkan kembali tenaga di antara selang waktu tersebut. Malah, kita akan rasa kerja harian lebih terurus apabila kita memberi keutamaan kepada solat dhuha.

7. RUTIN SIHAT UNTUK TUBUH dan MINDA

Selain banyak fadilatnya yang tersendiri, solat dhuha boleh membentuk rutin aktiviti jasmani yang juga baik untuk rohani. Malah secara umumnya, terdapat banyak bukti saintifik yang menerangkan kelebihan pergerakan solat yang berkualiti serta amalan zikrullah kepada fizikal dan mental seseorang, tidak kiralah berapa pun usia anda.

Di tengah kesibukan dengan anak-anak sejak awal pagi, solat dhuha memberi peluang untuk kita bertafakur, membasahi lidah mengingati Allah, dan mendekatkan diri denganNya.

BERUNTUNGLAH MEREKA YANG MENGAMALKAN SOLAT DHUHA

Doa ibu yang makbul sangat berkuasa untuk dijadikan perisai bagi mengharungi cabaran di rumah. Gunakanlah kesempatan waktu dhuha untuk menunaikan solat sunat yang amat dituntut ini.

Semoga para surirumah akan sentiasa diberi kekuatan dan menjadi sumber kemurahan rezeki serta rahmat Allah bagi seisi keluarga di dunia mahupun di akhirat, Insha Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”

(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

Published

on

Aster0id Setinggi Burj KhaIifa Dijangka Melintasi Bumi Ahad Ini

TuIar baru-baru ini am@ran daripada pihak N4SA yang mengatakan bahawa sebuah aster0id gerg@si dijangka bakal ‘terb@ng’ meIintasi bumi pada hujung minggu ini.

Lap0r The Sun, batu gerg@si tersebut bergerak dengan kelajuan lebih daripada 90,000 kph.

Lebih besar dari Burj Khalifa 

 

Bukan itu sahaja, saiz aster0id gerg@si itu juga adalah berukuran 820 meter panjang yang bersamaan dengan 2,690 kaki lebih besar daripada saiz bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa!

Fulamak, besar tu! 

Menurut pihak pengesan N4SA, asteroid yang diberi nama sebagai 2000 W0107 itu dijngka bakal bergerak melintasi bumi pada Ahad ini.

Tak hent@m bumi, jarak 4.2 juta km dari bumi

Walau bagaimanapun, ia diramalkan tidak akan menghent4m pIanet bumi sebaliknya hanya bergerak melintasinya pada jarak yang selamat iaitu pada jarak 4.2 juta kilometer.

Walaupun jarak itu dikatakan sejauh 11 kali jarak antara bumi dengan bulan, namun ia sebenarnya berada dalam keadaan yang agak dekat menurut istilah jarak dalam ruang angkasa.

N4SA telah mendedahkan bahawa apa-apa sahaja ‘objek’ yang melepasi planet bumi pada jarak antara 190 juta kilometer, maka ia dikelaskan sebagai ‘Near Earth Object’ (NEO).

Ditemui 20 tahun yang lalu

Asteroid ini telah berjaya dijejaki oleh ahli astronomi di New Mexico pada 29 November 2000 iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Pihak N4SA telah sentiasa mengesan keberadaannya di ruang angkasa sejak daripada awal penemuannya

Lintas bumi pada pagi Ahad, 29 November

 

Selain itu, batu angkasa itu juga dijangka bakal bergerak berhampiran dengan bumi kira-kira jam 10.09 pagi GMT pada 29 November ini.

Ini bermakna, lintasan batu gerg@si 2000 W0107 ini ‘jat0h’ pada tarikh yang sama penemuannya pada kali pertama iaitu kira-kira 20 tahun yang lalu.

Wah, dah boleh sambut anniversary yang ke-20 tahun. Nasib baik tak hent@m bumi, boleh kiamat kalau kena tu. 

Continue Reading

Islamik

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

Published

on

10 Tahun Kaji Semua Agama, Lelaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk Islam

TIDAK dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.

Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam baru-baru ini.

 

Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.

Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.

“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.

Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.

“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.

“Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan,” kata rakannya itu.

Mula membaca al-Quran

Terjumpa banyak fakta saintifik

Dan akhirnya…

Kisah luar biasa itu tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.

 

Sumber: Cedric Lim

Alhamdulillah, tahniah dan selamat datang ke Islam. Umpama bayi baru lahir tanpa dosa. Hebat! Subhanallah!

Continue Reading

Islamik

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Published

on

“Jika Kucing Selalu Ganggu Rumah Jiran, Jiran Boleh Buang Kucing Tersebut”

Kucing sememangnya amat disukai oleh ramai orang yang membela dan memelihara binatang kesayangan Nabi ini dengan penuh kasih sayang sehinggakan mereka sanggup berhabis wang ringgit hanya semata-mata untuk memastikan haiwan comel ini dijaga dengan baik dan cukup makan segalanya.

Jangan Bela Kucing Jika  Boleh Menyusahkan Orang

Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalu kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.

Walau bagaimanapun, membela haiwan ini juga mempunyai cabaran kerana kini umat Islam telah dinasihatkan jangan sekali-kali membela kucing di rumah sekiranya hobi itu boleh menimbulkan sebarang masalah dalam sesebuah keluarga atau dalam hidup berjiran.

Kucing adalah binatang yang menjadi kesayangan Nabi

Menurut Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata menerusi laporan Berita Harian, pemilik kucing haruslah menjaga haiwan-haiwan peliharaan mereka dengan terurus serta jangan membiarkan ia bebas keluar pergi ke rumah jiran dan membuang najis di situ sehingga menyusahkan jiran tetangga.

Kita wajib memastikan si comel itu tidak akan membuang najisnya merata-rata dan sebaiknya menyediakan tempat pembuangan yang khas agar ia tidak melepas merata-rata di mana saja. Jika perkara itu berlaku mungkin akan terjadi perbalahan atau pertengkaran antara anda dan jiran.

Menurut Mufti Perlis itu lagi, jika kucing seseorang itu pergi dan membuang najis di rumah jiran TIDAK BERDOSA bagi seseorang jiran itu menangkap dan membuang kucing itu ke tempat lain. Ini bermakna tidak menjadi kesalahan bagi seorang jiran yang membuang haiwan peliharaan anda itu selagi mereka tidak menyeksakannya atau mencederakan kucing tersebut.

Mohd Asri juga berkata, tidak ada sebarang hadis yang menyebut Nabi Muhammad menyuruh umatnya memelihara kucing, tetapi baginda mengingatkan supaya jangan menyeksa dan menyakitkan kucing.

Oleh itu, sebagai pecinta kucing anda diwajibkan memeliharanya dengan baik dan perlu menitikberatkan kebersihan serta memastikan haiwan ini tidak akan menyusahkan orang lain terutamanya jiran-jiran yang berdekatan. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tentang najisnya dan bagaimana cara untuk menghalang kucing anda itu berak merata-rata.

Continue Reading

Trending