Connect with us

Petua Berguna

8 Petua Mudah Dan Berkesan Menghilangkan Ulser Mulut

Published

on

Menurut laman web kesihatan NHS Choices, ulser mulut adalah sesuatu yang tidak serius dan biasa berlaku disebabkan tergigit bibir, luka akibat memberus gigi, alergi, dan sebagainya.

Lazimnya ia akan hilang dalam masa 1-2 minggu. Sungguhpun tiada ubat yang dapat menyembuhkannya serta-merta, ada beberapa bahan dan cara menghilangkan ulser mulut yang boleh anda lakukan di rumah.

8 CARA MENGHILANGKAN ULSER MULUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Berikut merupakan beberapa cara menghilangkan ulser mulut dengan lebih pantas. Cubalah!

1. MADU

Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.

Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga mencampurkan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

2. GEL ALOE VERA

Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.

Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.

3. BAKING SODA

Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser. Atau, anda boleh mencampurkannya dengan sedikit air untuk dijadikan pes.

Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih.

Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.

4. GARAM

Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat. Ulangi 2-3 kali sehari.

Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis, lalu membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.

5. TUAMKAN DENGAN UNCANG TEH

Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit.

Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.

6. MINYAK VITAMIN E

Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya.

Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.

7. KUMUR LARUTAN ANTISEPTIK

Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser.

Baca arahan pada label dan gunakan setiap hari.

8. SAPUKAN GEL ORAL

Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.

Info Penting!!

Pastikan anda:

• gunakan berus gigi yang lembut dan halus untuk memberus gigi

• banyakkan minum air kosong

• minum menggunakan straw sekiranya perlu

• makan makanan yang lembut

Elakkan:

• makan makanan pedas, berempah, atau berasid seperti jus oren

• minum minuman yang terlalu panas

• makan makanan yang keras seperti keropok, kerepek, atau kacang

DAPATKAN RAWATAN DOKTOR SEKIRANYA…

• ulser mulut tidak berkurangan walaupun selepas 3 minggu

• kerap berlaku semula

• menjadi semakin sakit dan merah – ia mungkin tanda jangkitan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua Berguna

Jika Duduk Ramai-Ramai Bawah Satu Bumbung, SEMUA Tetap Kena Keluarkan Bahagian Masing-Masing

Published

on

Jika Duduk Ramai-Ramai Bawah Satu Bumbung, SEMUA Tetap Kena Keluarkan Bahagian Masing-Masing

Bila duduk beramai-ramai dengan mak ayah, adik beradik, ipar duai di bawah satu bumbung, permulaannya memang seronok belaka, namun lama kelamaan jika beberapa perkara diambil ringan, yang ‘mewangi’ mula jadi ‘busuk’. Silap-silap boleh timbul pergaduhan dan persilihan faham dalam keluarga.

Ada perkara yang patut dilakukan dan dielakkan untuk mengekalkan keharmonian dalam hubungan kekeluargaan, bila tinggal sebumbung ni.

Jemput baca perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini apa yang perlu kita lakukan jika kita duduk ramai-ramai bawah satu bumbung.

1. Barang Dapur (Mentah dan Kering)

Sama-sama kena beli, kena tambahkan apa yang kurang dalam rumah tu…tak boleh setiap bulan, hanya 1 keluarga sahaja yang keluarkan duit belanja untuk barang-barang tersebut dan yang lain-lain hanya guna apa yang ada dalam peti ais, di dapur dan bawah tudung tu. Jangan bagi alasan anda bergaji rendah untuk ditanggung orang lain…kalau dah berkeluarga dan hidup ramai-ramai bawah 1 bumbung, semua tetap kena keluarkan bahagian masing-masing.

2. Pakaian Kotor

Ambik bakul, letak dalam bilik masing-masing. Baju-baju kotor, longgokkan dalam bakul tu dan bila ada masa lapang, hari cuti, sendiri yang basuh, sendiri yang jemur dan sendiri yang lipatkan. Jangan longgok atau letak dalam mesin basuh dan biar. Orang lain nak guna mesin basuh tu dan takde siapa yang bermurah hati sanggup tolong basuh, jemur dan lipat baju-baju awak setiap hari…diorang bukan orang gaji awak.

3. Pinggan Mangkuk

Dah guna, basuh. Jangan letak dalam sinki sahaja sebab sinki tu bukannya jenis automatik basuh pinggan dengan sendirinya…perlu ada manusia untuk basuh pinggan mangkuk yang diletakkan dalam sinki tu.

4. Makanan

Apa yang awak nak makan, masak sendiri. Jangan tunggu orang lain untuk masak mengikut selera awak.Bila orang sibuk kat dapur, jangan awak sibuk tengok tv.Masuk dapur, buat kerje sekali.Jangan time makan ja nampak muka, kalau nak makan sedap-sedap dan tak nak orang lain tumpang, makan kat luar. Bila dah balik, jangan cerita apa yang awak makan…lagi bagus, kalau boleh tapau, bungkus makanan tu untuk orang lain pun rasa sorang sikit.

5. Kebersihan

Kebersihan rumah yang banyak keluarga bawah 1 bumbung adalah tanggungjawab bersama.Nampak rumah kotor, bersihkan…nampak rumah tak kemas, kemaskan…walaupun awak bekerja dan ada orang lain yang tak bekerja tinggal situ, itu bukan alasan untuk awak tak bersihkan rumah, tak kemaskan rumah…awak tetap kena jaga kebersihan rumah tu bersama-sama.

6. Anak-Anak

Jaga dan kawal tingkah laku anak-anak sendiri. Jangan biar anak-anak tu buat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain marah. Jangan bagi anak-anak ganggu privacy keluarga lain yang ada sekali disitu. Jangan bagi anak-anak rosakkan harta benda yang ada dalam rumah tu. Jangan bagi anak-anak buat sampah dalam rumah tu.

7. Privacy

Apa yang keluarga lain nak buat, nak beli, nak pergi mana-mana pun, itu hak sepenuhnya diorang dan awak tak berhak nak masuk campur urusan keluarga tu walaupun tinggal sama-sama bawah 1 bumbung. Itu hal keluarga diorang dan awak jaga hal keluarga awak sendiri.

Duduk ramai-ramai bawah 1 bumbung ni sebenarnya tak digalakkan namun jika ada penghalang untuk tinggal berasingan, maka silalah patuhi do and don’t yang disenaraikan. Usahakanlah untuk cuba bina keluarga sendiri di tempat berasingan, di bumbung berlainan tanpa perlu menumpang tinggal ramai-ramai di bawah 1 bumbung.

Banyak mudarat dari manfaat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, terutama yang ketika ini terkandas di kampung ‘terpaksa’ duduk beramai-ramai, tinggal bersama-sama di bawah satu bumbung. Perlu saling bertolak ansur, lebih bertimbang rasa patuhi ‘pantang larang’ yang dikongsikan ini, agar lebih bahagia dan tenang walaupun tinggal beramai-ramai.

Continue Reading

Petua Berguna

16 Tahun Suami Lumpuh, Isteri Tetat Setia Tolak Kerusi Roda Sama-Sama Mencari Rezeki

Published

on

16 Tahun Suami Lumpuh, Isteri Tetat Setia Tolak Kerusi Roda Sama-Sama Mencari Rezeki

Ketika keluar mencari rezeki demi menyara keluarga, seorang wanita Noor Aklima Husin setia ditemani suaminya yang terbaring di kerusi roda sejak 16 tahun lalu.

Dahulunya wanita berusia 41 tahun menjual buah di tepi jalan, tetapi kini dia cuba menanam nanas di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah dengan tunjuk ajar suami yang lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang.

Menurut Noor Aklima, suaminya yang berusia 38 tahun itu tahu selok-belok mengenai penanaman nanas bagi menguruskan 50,000 pohon nanas jenis madu kaca yang mula ditanam hampir tiga minggu lalu.

“Dalam keadaan terbaring di kerusi roda, suami akan memberi tunjuk ajar apa yang perlu saya lakukan bermula dari peringkat awal penanaman lagi kerana saya langsung tiada ilmu dalam bidang pertanian.

“Setiap hari bermula pagi sehingga petang kami akan berada di kebun ini dan sama-sama memantau proses penanaman nanas…

“…dan boleh dikatakan kami saling melengkapi kerana saya ada kudrat untuk bekerja manakala suami pula walaupun tidak berdaya tapi dia ada ilmu (penanaman nanas),” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Oleh kerana kerap diserang sawan dan sesak nafas, dia tidak sanggup meninggalkan suami berseorangan di rumah malah akan mengusung ke mana sahaja.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, menjaga suami lumpuh tidaklah sukar walaupun perlu menolak kerusi roda sambil membawa beg air kencing yang tersangkut di sisi.

“Walaupun suami lumpuh dia tetap cuba sedaya upaya memainkan peranan sebagai ketua keluarga dan tidak membiarkan saya berseorangan.

“Menguruskannya pun tidaklah sukar walaupun makan perlu disuap dan memakai lampin pakai buang kerana ada kalanya saya dibantu dua anak yang berusia 13 dan 17 tahun,” ujarnya.

Sumber : Harian Metro (Siti Rohana Idris)

Continue Reading

Petua Berguna

Sikap Lelaki Yang Suka Mengusik, Apa Sebenarnya Yang Mereka Nak?

Published

on

Sikap Lelaki Yang Suka Mengusik, Apa Sebenarnya Yang Mereka Nak?

Lelaki memang terkenal dengan sikap suka mengusik. Kadang-kala perangai mereka yang suka mengusik tu boleh meriuhkan suasana dan membuatkan si wanita ketawa, tetapi ada juga gurauan mereka yang melampaui batas.

Dan apabila asyik orang yang sama je disakatnya macam ada sesuatu yang tak kena. “Kenapa asyik sakat orang tu je? Kau suka kat dia ke apa?”.

Ada pula tu yang sampai perhati dekat-dekat nak tengok sama ada wanita tu ketawa atau tak endah ketika disakat. Rasa annoying kan?, lagi-lagi kena sakat masa mod tengah serius.

Namun, adakalanya juga mereka seolah-olah macam nak buat si wanita berasa marah, sengaja cabar tahap kesabaran. Apa yang dorang nak sebenarnya?

Ini antara penyebab kenapa lelaki suka mengusik wanita.

Sifat semula jadi lelaki

Mengusik, menyakat atau mengenakan orang sudah menjadi perangai lelaki untuk cuba merapatkan hubungannya atau mendapatkan perhatian dari wanita itu. Bagi dorang, bosanlah hidup kalau tak dapat mengusik orang dalam sehari.

Rasa macam tak lengkap je aktiviti seharian. Lagi-lagi bila orang yang diusiknya respon dengan marah-marah, lagi bertambah seronok la dia nak mengusik.

Tak nak suasana krik-krik

kadang-kala bosan juga bila suasana sunyi je, atleast bila dapat sakat sikit sorang dua barulah suasana riuh dan ceria kan. Tak nak lah asyik serius je memanjang.

Tapi biasanya lelaki macam ni dah standby geng dorang untuk datang mengusik. Kalau sorang-sorang manalah berani, senang-senang la kalah dengan perempuan.

Berkenan atau suka dalam diam

Dah berkenan tapi malu nak mengaku, malu nak luahkan perasaan suka, atau kerana tidak tahu cara untuk memulakan perbualan. Oleh itu mengusik adalah teknik yang dorang rasakan sesuai untuk memulakana komunikasi dengan wanita yang diminati.

Bila dah mula mengusik ni secara tak langsung boleh mengurangkan perasaan malu yang dirasainya itu.

Sebab cantik dan mempunyai senyuman yang manis

Mungkin korang rasa macam pelik je dengan sebab ni. Tapi memang benar, senyuman dan gelak tawa si wanita dengan mimik muka dan riaksinya yang comel membuatkan si lelaki suka untuk mengusik. Dahsyat kan.

Testing mood marah wanita

Dalam banyak-banyak cara sakat yang paling menyakitkan hati adalah bila dorang sengaja menguji tahap kesabaran. Buat lawak yang hambar atau kasar yang kadang tu seperti mengejek dan menghina.

Memang tak suka tengok orang lain senang agaknya. Tetapi menurut satu sumber, lelaki sengaja membuatkan seseorang wanita tu marah sebab mereka suka dengan perempuan tu dan sebab perempuan tu nampak comel ketika sedang marah.

Logik juga, kalau tiada perasaan takkan lah nak mengusik pula. Lagi-lagi bila si wanita boleh terima gurauan tersebut.

Antara faktor lain adalah kerana wanita tu garang. Jadi dorang terhibur bila tengok si wanita marah-marah. Macam ni pun ada ya.

Oleh itu, dinasihatkan pada korang, dalam gurauan ada batasnya, jangan niat kita nak mengusik bagi merapatkan hubungan tapi pada akhirnya berlaku sebaliknya, ada yang bergurau kasar sehingga dibenci.

Dan tips untuk wanita pula kalau nak hentikan lelaki yang sering mengusik korang, tak kira la semasa dalam kelas atau pun di tempat kerja. Cuba buat-buat tanya dia dengan suara lantang, “aku tengok kau selalu sangat kacau aku, kau suka aku eh?”. Mungkin dengan soalan macam ni membuatkan si lelaki tersebut rasa malu dan berhenti dari mengusik korang. Selamat mencuba.

Continue Reading

Trending