Anak-Anak Tertekan Gara-Gara Pdpr, Ayah Luah Keadaan Anak Sering Nangis Sendiri Bila Tengok “Homework”

Situasi anak belajar secara online terus menimbulkan pelbagai reaksi, kerana ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan dan ternyata memberi cabaran kepada ibu bapa khususnya mereka yang bekerja. Namun yang lebih tertekan emosi dalam hal ini adalah anak-anak .

Pembelajaran dalam talian amat memenatkan anak-anak. Sehinggakan ada yang hilang fokus sekarang ini. Saudara Taufiq Razif baru-baru ini berkongsi luahan seorang ibu bagaimana si anak yang tertekan dengan sesi pdpr sehinggakan menangis.

Kasihanilah anak kita jika ianya di luar kudrat mereka. Sedih sangat bila ada ibu yang mengadu anaknya menangis nangis kerana tertekan dengan sesi pdpr. Bagi saya biarlah anak tertinggal pelajaran sedikit asalkan kesihatan emosi dan mental dia selamat.

Selagi mana sesi pdpr yang dijalankan membuatkan anak kita tertekan secara keterlaluan selagi itulah kita kena berpada pada dengan pdpr anak kita. Nak taknak kementerian pelajaran kena mencari jalan supaya sesi pdpr tidak terlalu ‘online-centric’. Mungkin ada mekanisma yang membuatkan anak anak boleh secara mandiri tanpa perlukan mereka menghadap skrin laptop dalam masa yang terlampau lama.

Ibubapa jangan terlalu melepas tangan tetapi pada masa yang sama jangan terlalu menekan anak anak. Belajarlah semampumu nak. Asalkan engkau belajar dengan penuh bahagia. Asalkan ilmu yang masuk itu engkau serap dengan sepenuhnya. Kerana hanya anak yang bahagia mampu mengeluarkan potensi dan kecerdikan mereka dengan sepenuhnya.

kredit keluarga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*