Connect with us

Islamik

Anda Pernah ‘Dihimpit’ Ketika Tidur? Baca Penjelasan Disini

Published

on

Dah lama aku tak tulis.. tetiba topik kat atas amat menarik perhatian aku.. aku percaya ramai di antara kita pernah mengalami pengalaman ‘di tindih’ semasa tidur yg membuatkan kita tak boleh membuka mata dan sebelah badan kita tidak boleh bergerak.. aku juga pernah mengalami benda2 yg sama dan seperti biasa dlm keadaan begitu aku kuatkan hati membaca beberapa ayat suci termasuk iqamat walaupun aku tak berdaya utk membuka mulut.. namun lama kelamaanbenda yg menindih tu hilang…

Mengikut beberapa pendapat dan juga pendapat aku sekali, ianya adalah gangguan dari makhluk-makhluk halus .. biasalah bila waktu tidur, benda ni semua boleh je menghinggap..akan tetapi ada beberapa pendapat dari sudut sains mengatakanianya adalah sleep paralysis atau lumpuh seketika di waktu tidur.. di bawah ni aku memetik satu sumber yg aku dapat dari sebuah blog dan website.:

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le….tahyul semua tu. Fenomena kene tindih…. kepercaya an dan kebenaran..

just to share…. aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni…….. betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada…nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ….

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena….aku pun jujur pernah ade pengalaman kena ‘tindih’ ni masa skolah menengah dulu….aderla dalam 3-4 kali jugak….masa tu aku sedar….boleh bukak mata separuh….. aku tau aku sedar….tapi takleh gerak…kadang2 geram, sbb takleh gerak…..pastu 5 minit baru leh gerak….aku dulu pun takut…mmg ingat kena hempap dah…lps boleh gerak tu seram sejuk jer….. tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia….. baru la aku tau kebenaran dia….. ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer ‘sleep paralysis’

Sleep paralysis atau dimelayukan ‘lumpuh waktu tidur’….adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). . … temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement…. .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage…..otak akan bagitau badan kita suruh rehat…so, badan kite kira macam switch off kejap…..REM atonia (tader muscle tone)….

ok, otak kiter pun ader switch off button….dipanggil reticular activating system RAS…….bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni……so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on…..kirenyer screensaver laaa or hibernate… so,, bila kita bangun, RAS switched on balik……kita sedar fully awake state….tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter…… maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika… before otak activate balik……mmg menakutkan tapi benar….. tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer…tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc…Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau bender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis: 1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni…penat sgt) 4. stress yang byk kat otak…masalah keluarga, kewangan bla2 5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal….heheh extreme sgt contoh aku ni)6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu… Korang lagi hantu sebenornye.. ……..Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki…bacalah Alhamdulillah! !!!..

Jadi , apakah kesimpulannya di sini ? beberapa pro sains berpendapat tentang tiada wujudnya unsur2 makhluk halus atau jin yg menyebabkan kita di tindih ketika tidur.. segala huraian di atas berlandaskan ilmu sains belaka..aku tidak menafikan fakta di atas ada kebenarannya namun utk memperlekehkan kan kewujudan gangguan itu adalah tidak tepat. ingin aku tanyakan di sini khususnya pd mereka yg memperlekehkan tentang kewujudan makhluk2 halus yg menyebabkan kita di himpit – apakah korang tidak mempercayai benda2 ghaib ini mmg wujud.. ? apakah korang tidak mempercayai yg jin itu wujud ? berhati2 sebelum taksub dgn sesuatu kajian kerana kebanyakan kajian sains adalah dari barat dan barat tidak mempercayai kewujudan syaitan dan jin malah ada di kalangan mereka yg tidak mempercayai tuhan.. Harus di ingat..jin dan makhluk halus bukan saja boleh menghimpit kita ketika tidur malah mereka mampu melakukan lebih dari itu termasuk juga penyebab beberapa penyakit.. oleh itu kita di galakkan sentiasa berdoa ke mana saja kita pergi walaupun sebelum masuk tandas.. Penyebab di atas banyak merujuk keadaan manusia ketika lemah dan stress akan menyebabkan sleep paralysis.. tahukah kita semua bahawa ketika badan kita lemah lah unsur2 halus ni boleh saja mempengaruhi kita.. apapun ingin aku memetik sebuah permasalahan di tindih ni yg aku ambil dari website :

Saya baru berpindah rumah. Awal tahun ini, saya sering ditindih ketika tidur dan mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan. Mula-mula ditindih sekejap, tetapi lama-kelamaan menjadi serius, tidak boleh bergerak atau meminta tolong kecuali setelah saya membaca ayat-ayat al-Quran. Sebelum tidur saya baca al-Fatihah, ayat al-Kursi dan surah al-Ikhlas, tetapi keadaan menjadi lebih teruk. Kadang-kadang saya ternampak lembaga seperti lelaki hitam berbadan besar menindih. Ini kerap berlaku ketika suami tidak ada di rumah kerana bertugas beberapa minggu di luar daerah.

Rumah saya pernah dipagar dengan cara menanam sepotong kayu sejengkal panjangnya untuk melindungi rumah saya daripada gangguan manusia jahat dan juga syaitan. Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini? –

JAWAPAN:

Mungkin apa yang puan alami adalah kesan psikologi semata-mata akibat stress. Setiap masalah hidup yang menimpa boleh mengakibatkan gangguan fungsi organ tubuh. Reaksi tubuh ini dinamakan stress manakala depress adalah reaksi kejiwaan seseorang terhadap stress yang dialami. Reaksi kejiwaan lain yang mempunyai hubungan dengan stress ialah kecemasan (anxiety)

Lumrahnya cara gangguan stress berlaku tidak jelas dan sering tidak disedari. Walaupun demikian, pada peringkat teruk ia boleh melahirkan rasa takut dan panik yang tidak jelas puncanya, malah ia boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan, mengalami masalah tidur dan berlakunya mimpi-mimpi ngeri sama ada pada mula-mula terlena ataupun ketika sedang nyenyak tidur. Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal. Biarpun depress sering dikaitkan dengan reaksi kejiwaan seseorang akibat stress yang dialami, apabila berlaku simptom-simptom stress seperti rasa takut, gangguan tidur dan sebagainya, ia tidak mempunyai simptom-simptom lain seperti debaran jantung yang keras, sesak nafas, dingin, gementar dan tidak mengalami gangguan sistem pencernaan. Apabila ada punca lain yang perlu dicari dan dianalisis, lebih-lebih lagi apabila masalah berlaku ketika tidur, rasa ditindih menyebabkan seseorang tidak bernafas, tidak boleh menjerit ataupun bersuara. Pada ketika tertentu, seseorang itu melihat lembaga hitam seperti yang puan alami. Pengalaman yang puan alami andainya ia berlaku, ia terjadi hanya sekali. Ia mungkin berlaku akibat kesan psikologi, dan apa yang dilihat hanya ilusi semata-mata. Walaupun demikian, apabila ia berlaku berulang kali, ada kemungkinan ia berlaku akibat daripada gangguan iblis dan syaitan.

Ketika tidur, jasad manusia berada di pembaringan. Akal manusia tetap wujud, tetapi tidak aktif, berfungsi atau mempunyai ikhtiar seperti ketika manusia dalam keadaan berjaga.Ketika inilah makhluk yang asal kejadiannya daripada menyerang manusia, iaitu menyerang roh tadi menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan. Ilusi semata-mata sukar untuk dikaitkan dengan gangguan organ tubuh yang boleh menyebabkan seseorang itu terasa terhimpit atau tertindih, sukar bernafas, tidak boleh bergerak ataupun bersuara, tetapi boleh terjaga apabila dia berupaya membaca ayat al-Quran. Menurut Abu Said al-Khudri r.a. dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang menyenangkan, maka itu adalah daripada Allah taala. Dia hendaklah memuji Allah kerananya dan boleh dia ceritakan mimpinya itu.Menurut satu riwayat lain, jangan dia ceritakan akan mimpi itu kecuali kepada orang yang dia sukai. Dan apabila dia bermimpi sesuatu yang tidak disukai (buruk), itu adalah daripada syaitan, maka dia hendaklah berlindung daripada kejahatannya dan jangan dia ceritakan kepada seseorang kerana mimpi itu tidak memberi mudarat.

Mimpi ada tiga jenis, iaitu mimpi yang benar (wahyu) seperti mimpi yang berlaku kepada Nabi Ibrahim di mana Allah memerintahkannya agar menyembelih anaknya Ismail atau mimpi yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w. Jenis kedua ialah mimpi yang didatangkan oleh syaitan, dan jenis ketiga ialah mimpi mainan tidur.

Mimpi jenis kedua berlaku sama ada ketika seseorang itu hampir terlena seperti bermimpi diterkam oleh binatang buas, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan dan sebagainya, ataupun berlaku ketika sedang tidur di mana seseorang itu melihat makhluk-makhluk yang menakutkan, binatang buas seperti ular dan harimau.Pada kebiasaannya objek yang dilihat berupa hitam kerana hitam itu menakutkan, ataupun bermimpi berjumpa orang yang telah mati, melihat kubur, bermimpi jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.Rasulullah s.a.w. berdasarkan sebuah hadis daripada Amr bin Syuaib daripada datuknya menyatakan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengajar para sahabat ketika terkejut daripada tidur membaca kalimah-kalimah berikut (bermaksud): Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada tipu daya syaitan dan daripada kedatangan mereka.Rasulullah s.a.w. juga mengajar doa berikut untuk tujuan yang sama (bermaksud): Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi.

Setelah membaca doa di atas, orang yang terlibat hendaklah mengubah posisi tidurnya. Kalau semasa bermimpi dia tidur mengiring sebelah kiri, dia hendaklah mengiring sebelah kanan, begitulah sebaliknya. Adalah lebih mudah andainya dia beralih tempat tidur. Demikianlah kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Sebuah hadis daripada Jabir, katanya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Apabila seseorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disukai, dia hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah daripada syaitan tiga kali, dan ia hendaklah menukar posisi tidurnya.Berdasarkan hadis ini, sebelum mengubah posisi tidur, seseorang itu hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah tiga kali dan akhir sekali baru ubah posisi tidur. Yang dimaksudkan dengan ludah di sini ialah memadai hanya dengan mengeluarkan angin daripada mulut dalam keadaan seolah-olah meludah, tidak mengapa kalau terkeluar sedikit air ludahnya.Andainya doa-doa yang dibaca dan petua-petua yang dijelaskan ini tidak mendatangkan hasil dan gangguan tetap datang, seseorang itu hendaklah bangun berwuduk kemudian sembahyang tahajud yang diikuti dengan sembahyang hajat. Mohon kepada Allah agar dilindungi daripada gangguan sama ada manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali.

Dalam usaha mengatasi gangguan tidur, sebelum tidur seseorang itu hendaklah berwuduk kemudian baru baring dan membaca Allahuakbar, Subhanallah dan alhamdulillah sebanyak 33 kali setiap satu. Demikianlah ajaran Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah r.a. seperti yang terkandung dalam sebuah hadis daripada Ali. Dalam sebuah hadis lain, daripada Sayyidatina Aishah dinyatakan bahawa Nabi s.a.w. ketika baring di tempat tidurnya setiap malam, baginda merapatkan kedua telapak tangannya kemudian meniupnya dengan mulutnya lalu membaca padanya Qulhuallahu ahad, Qul audhu bi rabbilfalaq dan Qul audhu bi rabbinas. Kemudian baginda menyapu kedua telapak tangannya itu ke seluruh badan seberapa boleh yang dimulakan daripada bahagian kepala, muka dan bahagian badan. Baginda melakukan demikian sebanyak tiga kali.

Amalan Rasulullah s.a.w. itu perlu dijadikan contoh ikutan oleh umatnya terutama mereka yang mempunyai masalah gangguan tidur.

Pada mereka yang bermasalah besar ketika tidur, seseorang itu perlu membaca ayat al-Kursi setelah melakukan kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Baca ayat ini seberapa banyak yang boleh dan akhir sekali barulah serah diri kepada Allah s.w.t. sekurang-kurangnya menyebut doa (bermakna): Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, ku hidup dan aku mati. Dalam sebuah hadis daripada Qatadah dia berkata: Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika baring di tempat tidurnya, Allah akan mengutus kepadanya dua malaikat memeliharanya sehingga subuh. Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibn Masud, ia berkata, seorang lelaki telah berkata kepada baginda: Ya Rasulullah, ajarkan daku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat akan daku. Baginda menjawab: Baca ayat al-Kursi, maka sesungguhnya ia memelihara akan dikau, juga keluargamu, memelihara rumahmu, juga rumah-rumah di sekeliling rumahmu. Sesetengah orang dalam keadaan tertentu tidak mengalami masalah tidur sekiranya dia tidak membaca doa-doa sebelum tidur, tetapi bermasalah atau masalahnya semakin teruk apabila dia berdoa. Dalam keadaan seperti ini dia hendaklah membaca doa-doa yang dibaca seperti dijelaskan di atas dengan lebih banyak.

Jawapan di atas adalah dari seorang tokoh pengamal perubatan islam yg terkenal

Jadi, masihkah kita hendak menafikan terus kewujudan unsur2 ini dalam gangguan tidur ?

Apa pun pd pendirian aku – aku tetap percaya ianya terjadi kerana gangguan makhluk2 halus.. sebabnya pengalaman aku kena himpit selama 5 min, aku terkaku dan hanya ayat2Allah saja penolong aku masa tu.. jadi utk menafikan sama sekali ianya tidak wujud, rasanya pendapat itu kurang tepat

Pada yg kurang yakin.. ingin aku bertanya khususnya orang islam, apakah yg korang akan lakukan bila di himpit? aku berani bertaruh yg pada masa tu korang akan lakukan benda yg sama.. ketika keadaan tidak bermaya sedangkan akal masih berfungsi, apakah yg ada di dalam kepala kita masa tu ? sudah pasti lah YA ALLAH ..

lagipun aku teringat satu quotes dari film ”Not believing in the devil won’t protect you from him’

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Published

on

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Sesungguhnya m4ti itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai m4ti. Namun, bagaimanakah kem4tian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka menc3rca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap c3rca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah ku bur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini. Cari redha Allah.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi m4yat.

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Tidak kurang kisah penyebaran peristiwa ajaib seperti mayat seseorang yang telah meninggal dunia dikalangan masyarakat kita. Kisahnya bermacam versi, kebanyakkan adalah kisah setelah lama kematian seseorang itu lalu kuburnya digali semula didapati mayatnya tidak reput dan tidak hancur malah seakan-akan baru sahaja ditanam. Fenomena ini dikenali sebagai incorruptible body. Lalu hasil dari kejadian sebegitu, ramai orang menyandarkan peristiwa itu adalah petanda Allah menjaga jasad tersebut. Lalu mereka akan mengaitkan bahawa individu ini dahulunya adalah seorang huffaz yang menghafal al Quran, orang soleh, atau orang yang baik-baik dan sebagainya.

Peristiwa mayat tidak reput ini tidak dinafikan sememangnya berlaku. Malah di dalam sebuah hadis nabi Muhammad SAW menyebut:

اَفْضَلُ اَيَّامِكُمُ الْجُمْعَةُ فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَ فِيْهِ قُبِضَ وَ فِيْهِ النَّفْخَةُ وَ فِيْهِ الصَّعْقَةُ فَاكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالُوا وَ كَيْفَ تُعْرَضُ صَلاَتُناَ عَلَيْكَ وَ قَدْ اَرمَتَّ يَقُولُونَ بَلِيْتَ فَقَالَ اِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ اَنْ تَأْكُلَ اَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

“Hari yang paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia meninggal, pada hari itu sangkakala ditiup dan pada hari itu terjadi kiamat, maka perbanyaklah kalian berselawat kepadaku di hari itu, kerana selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku”). Para sahabat bertanya, “Bagaimana selawat kami diperlihatkan kepadamu padahal kamu telah menjadi debu?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”

Hadis di atas diriwayatkan oleh Said bin Manshur, Ibnu Abu Syaibah, Ahmad dalam Musnad-nya, Ibnu ‘Ashim dalam bab berselawat, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibnu Maajah dalam kitab sunan mereka, al-Thabrani dalam kitab Mu’jam-nya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dalam kitab Shahih mereka, dan al-Baihaqi dalam Hayat al-Anbiya’ dan Syu’ab al-Iman dan karangannya yang lain.

Perlu diketahui hadis, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”, telah datang dari jalan yang banyak yang dikumpulkan oleh al-Hafiz al-Mundziri dalam bahagian khusus dan dia berkata dalam al-Targhib wal Tarhib, “Hadits tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dengan sanad yang jayyid (sangat bagus) dan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya dan al-Hakim, dan dia juga menshahihkan hadits tersebut.”

Dalil hadis hanya mengkhususkan bahawa jasad para nabi sahaja dijaga dan tidak dimakan oleh tanah. Sememangnya jasad para nabi akan dijaga berdasarkan hadis ini, dan hadis ini tidaklah mengkhususkan bahawa kesemua jasad yang tidak dimakan tanah itu kesemuanya adalah jasad para nabi kerana terdapat juga jasad-jasad yang lain turut tidak dimakan oleh tanah. Ini kerana dalam konteks hadis ini tidak juga memberi isyarat bahawa perkara itu tidak berlaku kepada orang lain. Malah ia juga berlaku kepada orang yang Allah murkai.
Malah fenomena ini juga berlaku kepada mana-mana manusia di dunia ini. Jika dilihat di negara-negara lain juga terdapat kejadian seperti ini. Tetapi untuk menyandarkan peristiwa ini semata-mata sebagai penanda aras mayat itu diredhai oleh Allah adalah suatu yang perlu berhati-hati.

Sedangkan hal tersebut juga terjadi kepada orang jahat yang dilaknat oleh Allah sepertimana Firaun, firman Allah yang bermaksud:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Jika ingin dikatakan jasad yang ditanam tidak reput dan rosak dimamah tanah itu adalah petanda aras adalah kebenaran kepada agama, maka bagaimana pula dengan jasad firaun juga yang dipelihara oleh Allah sehingga kekal pada hari ini? Begitu juga dengan peninggalan mayat-mayat di Pompeii yang diselaputi dengan letusan gunung berapi yang masih tersisa sehingga hari ini, adakah peninggalan itu menjadi tanda aras Allah meredhai mereka?

Begitu juga hal ini menjadi modal yang dijaja oleh penganut Kristian di Barat terutama denominasi Katolik. Mereka memiliki banyak koleksi mayat dari kalangan paderi (saint) yang tidak reput malah diletakkan di dalam bekas kaca untuk ditonjolkan kepada orang ramai bahawa paderi itu merupakan orang baik dan mayatnya itu dirahmati oleh Tuhan. Antaranya adalah St. Luigi Orione, St. John Neumann, St. Pio da Pietrelcina, St. Bernadette Soubirous dan banyak lagi.

Malah terdapat ramai tokoh agama yang saling mengejar peristiwa seperti ini untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi kebenaran dan keredhaan Tuhan berpihak kepada mereka.

Kita tidak menafikan kuasa Allah dalam menguruskan alam ini. Apa yang mahu dibawa dalam perbicangan ini adalah perlunya mengubah cara berfikir dengan menyandarkan sesuatu perkara itu dengan aras ‘kebenaran’ dan ‘keredhaan’ Allah. Sedangkan kejadian Allah menjaga mayat seseorang dengan petanda Allah meredhainya itu tidak disebut khusus di dalam nas kecuali mengenai jasad para nabi sahaja.

Akan tetapi, masyarakat kita menyebar peristiwa itu seakan agama yang bercakap soal ukuran aqidah keimanan itu. Oleh itu membina pemikiran yang bebas dari sangkaan dan sikap rasa-rasa dalam beragama bukanlah sesuatu yang mudah untuk melawan arus masyarakat yang sedia terjinak dengan perkara-perkara ajaib ini. Terutama untuk membezakan diantara perkara itu berlaku bukan sebagai petanda aras kebenaran semata-mata. Perkara ini perlu diperhalusi dan jangan dirangkul pukal sekali bahawa ia adalah dalil semata-mata untuk kita.
Oleh itu untuk kembali berdiri dengan aqidah yang dibawa oleh al Quran dan Hadis adalah penting untuk membina pemikiran yang berhati-hati terhadap perkara yang melibatkan dengan sentimen keimanan.

Sumber : Amina Jasmine

Continue Reading

Islamik

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Published

on

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.

“Tak pernah ustaz,” jawabnya.

“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.

“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.

Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah.
Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.

“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.

“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.

Oleh: Ustaz Ebit Lew

Continue Reading

Islamik

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Published

on

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Ada orang penat kerana kerja seharian, ada yang penat belajar, bahkan ada yang penat kerana tengah sarat mengandung. Dan macam-macam lagi jenis kepenatan yang dirasai oleh kita. Lain orang pasti lain pengalamannya dan ujian yang perlu ditempuh.

Namun, jika apa yang anda lakukan itu adalah kerana diri sendiri, agama dan juga untuk Allah, pasti akan ada ganjaran yang Allah berikan. Sedarkah anda, setiap kepenatan dan peluh yang dilalui itu ada jenisnya yang disukai Allah? Ada diceritakan melalui beberapa dalil mengenai jenis kepenatan yang disukai Allah, antaranya;

1. Penat Dalam Mengajak Kepada Kebaikan

Dalam kita menegur atau berdakwah ke arah kebaikan, tidak semua orang suka kepadanya. Ada yang akan mengambil masa yang lama untuk menerimanya dan ada juga yang langsung tidak mengendahkan apa yang kita sampaikan.

Jangan berputus asa! Yang paling penting ialah kita sendiri yang perlu sentiasa sabar dan terus berdakwah ke arah kebaikan. Walau kita penat kerana apa yang dilakukan itu kadang-kadang sehingga boleh menimbulkan kecaman, namun percayalah setiap usaha yang dilakukan amatlah disukai Allah.

Mafhum: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat, 41:33)

2. Penat Dalam Beribadah

Hati manusia itu sentiasa berbolak-balik. Ada masa-masanya mungkin perasaan suka akan beribadat itu boleh diganti dengan perasaan yang lesu dan lemau. Apabila berada dalam situasi ini, salah satu sebabnya adalah kerana penat. Penat dalam beribadah ialah penat yang disukai Allah. Kerana kita telah meletakkan tenaga kita kepadaNya.

Jangan risau. Perasaan itu boleh sembuh jika kita tidak memaksa. Cuba untuk berehat dan cari balik motivasi untuk beribadah.

Mafhum: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).” (Surah Al-Ankabut, 29:69)

3. Penat Mengandung, Melahirkan Dan Menyusukan

Wanita yang mengandung, melahirkan dan menyusu anaknya akan mengalami kepenatan dan kesakitan yang hanya dilalui oleh mereka. Betapa hebatnya wanita sehingga Allah memberi kekuatan kepada mereka sedemikian rupa.

Kepenatan yang dialaminya itu merupakan salah satu perkara yang disukai Allah kerana ia adalah pengorbanan yang luar biasa yang dilakukan untuk melahirkan khalifah di muka bumi. Hatta, ibu bapa yang penat membesar dan mendidik anak juga akan diberi ganjaran pahala yang tidak ternilai.

Mafhum: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.” (Surah Luqman, 31:14)

4. Penat Dalam Mencari Nafkah

Mencari nafkah dan rezeki itu adalah perkara yang dituntut bahkan ia adalah keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sama ada yang bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam atau yang bekerja secara shift, semuanya pasti ada kepenatan sendiri yang perlu dilalui.

Namun, percayalah jika ia adalah rezeki dan nafkah yang halal, maka ia adalah sesuatu yang disukai Allah.

Mafhum: “Kemudian, setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jumu’a, 62:10)

5. Penat Dalam Menuntut Ilmu

Apabila kita lihat cabaran-cabaran yang dilalui mahasiswa hari ini, ujiannya adalah pelbagai. Ditambah pula dengan episod COVID-19 yang perlu dilalui. Ada yang berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, ada yang perlu menghabiskan wang untuk keperluan pelajaran dan sebagainya.

Itu semua adalah asam garam dalam belajar. Kepenatan ini, jika ia membuahkan hasil suatu hari kelak pastinya akan membuatkan anda mampu mengukir senyum lebar dan merasa berbaloi dengan kesusahan yang dialami itu.

Mafhum: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya.” (Surah Ali-Imran, 3:79)

6. Penat Dalam Urusan Keluarga

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa mahupun kakak atau abang merupakan salah satu amanah yang perlu dijalankan dengan baik. Tidak semestinya tugas menjaga keluarga itu jatuh di atas bahu orang tua sahaja, namun juga kepada anak-anak.

Setiap keluarga itu pasti mempunyai ombak dan badai yang perlu diharungi. Bukan hari-harinya disinari pelangi. Justeru, walau penat menjengah, jangan pernah berputus asa dengan ujian itu.

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Continue Reading

Trending