Artis Terkenal Ini Akui Menonton Filem Dewasa Dengan Anaknya, Anggap Ia Sebagai Satu Cara Mendidik

Pendidikan sek-sual sememangnya penting dalam perkembangan setiap manusia terutamanya golongan remaja. Hal ini berikutan masih ada masyarakat yang menganggap perkara tersebut sebagai taboo untuk diperbincangkan. Namun, setiap ibu bapa pasti mempunyai ‘resepi’ sendiri untuk mengajar anak-anak berkaitan hal tersebut agar mereka tidak terjebak dengan perkara tidak elok berhubung kait dengan seksual.

Menerusi penulisan dari Detik.com, penyanyi terkenal Indoensia Yuni Shara telah memberitahu yang dia menonton video p0rno bersama anak-anaknya sebagai satu bentuk pendidikan se-ks. Menurutnya, cara tersebut digunakan agar anak-anaknya tidak menonton video atau mengetahui hal berkaitan sek-sual tanpa pengetahuannnya. Perkongsian tersebut dibuat dalam wawancara menerusi saluran Youtube Venna Melinda dan tular di media sosial terutamanya di Indonesia.

“Anak-anakku kebetulan anak-anak yang terbuka. Nggak mungkinlah ya anak-anak kita nggak nonton film p0rno, mau yang jenis anime atau jenis apapun segala macem, akan ada,” ujar Yuni Shara.

Kakak kepada penyanyi Krisdayanti ini juga mengakui akan menemani anak bujangnya, Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan ketika menonton filem dewasa itu.

Jadi mendingan dari pada gini-gini mending kita jadi temen aja, ‘gimana nonton kayak gini, asik ya?’, ‘bunda jangan gini-gini’, ‘aduh biasa aja bro’, aku gitu,” ungkapnya lagi. Menurut artis itu lagi, pendidikan sek-sual pada ketika ini sememangnya sangat penting untuk pertumbuhan remaja kerana berhadapan dengan masyarakat milenium yang jauh lebih moden dari pelbagai segi.

Walaupun sedar tidak mampu untuk memantau anak-anaknya sepanjang masa, paling tidak dia telah berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak.

kredit borak daily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*