Connect with us

Luahan

Asal Bergaduh Mesti Suami Ungkit Isu Tak Pandai Masak. Berdosa Ke Seorang Isteri Tak Pandai Masak?

Published

on

Asal Bergaduh Mesti Suami Ungkit Isu Tak Pandai Masak. Berdosa Ke Seorang Isteri Tak Pandai Masak?

saya nak tanya la orang2 yang da berkahwin. salah ke kalau seorang isteri ni tak pandai masak? kat rumah ni saya biasa buat2 kerja rumah je. basuh pinggan basuh baju apa semua la yg saya pandai buat kat rumah ni. mata saya ni tak bole tgok rumah bersepah mesti nak kemas2.

Suami dgn anak memang biasa la suka sepahkan barang2 kat rumah ni. tiap kali dorang sepahkan barang tiap kali tu la saya kemas elok2. Bila rumah da kemas da bersih baru lega hati ni. kekurangan saya ni cuma tak pandai masak je. tak pandai masak masakan berlauk. tangan ni agak kekok sgt2 nak masak sebab memang tak tahu.

Kalau nak makan kadang beli luar, kadang suami masak tu pun dia masak sup telur dgn sardin je. saya makan je dia masak masakan macam tu takde complain apa2 pun. cuma saya terkilan dgn sikap suami setiap kali gaduh. dia cakap tak perlu la awak nak kemas2 rumah ni lagi. rumah ni tetap nampak kotor. dia cakap jugak “patutnya awak yg masak bukan nya saya tau. mak saya dgn keturunan dia semua pandai masak tak macam awak”.

Setiap kali dia cakap macam tu mesti saya nangis. rasa macam apa yang saya buat kat rumah ni tak dihargai langsung pun. kalau saya tak kemas rumah ni memang rumah bersepah sana sini. kat sinki berlambak pinggan mangkuk dgn dapur kotornya. baju satu bakul tak basuh2. kang bila saya tak kemas rumah orang datang tgok rumah ni dorang anggap saya ni bini pemalas bini pengotor pulak.

kalau saya suruh buang sampah dia cakap saya ni arah2 kan dia pulak padahal sampah da bertimbun da bersemut. kerja dia cuma jaga anak bila time saya mandi n masak je. yg lain semua saya buat. dia selalu cakap cuba la awak dgn suami orang lain dia bole terima ke awak tak pandai masak.

kalau mak mertua dia suruh awak masak haaaa padan muka awak. awak suka mandi lama2 kat bilik air tu kalau awak dgn suami lain ntah2 da kena tendang da kena belasah dgn dia. saya terkilan sgt2 dia suka cakap macam tu setiap kali gaduh disebabkan saya tak pandai masak je.

Dia cakap jugak lepas ni makan sendiri2. Allah je tahu hati saya ni sedih macamana. saya rasa macam nak lari je balik rumah ibu saya. kalau dia, dia tak solat tak mengaji takde ajak saya buat kebaikan masih je saya terima dia sebagai seorang suami.

Dia bagi nafkah pun bukan dari rezeki yg halal sejak2 dia da tak kerja sg ni. kerja dia sekarang jalan barang batu. selalu jugak kat rumah ni dia hisap batu kalau ada barang. hati saya ni tak suka tgok dia selalu kena batu. bila saya larang dia cakap bukan selalu kena pun.

Sikap dia macam tu takde pun saya nak banding2kan dia dgn lelaki lain yg lagi baik. tetap je saya terima sikap dia macam tu. saya ni cuma tak pandai masak je dia suka cakap saya ni yg bebukan. nampak sgt kan dia tak bole terima kekurangan saya ni yg tak pandai masak. ke saya ni masih bodo bersama dgn orang macam tu?

isteri2 kat luar sana tu ada tak yg macam saya ni tak pandai masak macamana pulak ye dengan suami korang? maaf ye kalau ayat saya terlalu panjang untuk korang baca cerita saya ni. cuma ingin sekadar meluahkan saje kat sini. terima kasih admin siarkan.

Luahan

Saya Tak Sanggup Untuk Dimadukan Tapi Saya Lebih Tak Sanggup Nak Beranak

Published

on

Saya Tak Sanggup Untuk Dimadukan Tapi Saya Lebih Tak Sanggup Nak Beranak

Salam sis.. Boleh post tak. Hi. Saya seorang ibu berusia 28 tahun sekarang dan ada anak seorang berusia 4 tahun. Lelaki. Setelah melahirkan anak saya tu saya bernekad tidak mahu anak lagi. Kerana trauma dan kesakitan. Saya bersalin normal. Saya sudah Bagitahu suami dan orang orang sekeliling saya yang saya tidak mahu anak lagi. Masa anak saya berusia 8 bulan..

Saya sering Bagithu suami sejak dari saya bersalin sampailah 4 tahun umur anak yang saya tidak mahu beranak lagi. Pada awal awal suami setuju. Lama lama sampai 4 tahun dan hampir 5 suami macam seperti bagi hint supaya ada anak lagi. Saya mengerti hint nya dan bagitahu saya tidak mahu beranak lagi. Berdosakah saya? .

Saya tidak sanggup beranak dan menjaga baby yang kecil lagi. Untuk pengetahuan suami saya banyak membantu saya dalam pantang dan membuat kerja rumah sampai sekarang sampaikan markah boleh bagi A dalam bab membantu tapi saya tetap tidak mahu beranak. Saya perit. Saya tidak sanggup nak beranak. Nak berjaga malam. Saya memang tidak bekerja . Ini semua bukan sebab suami ke apa. Tapi tekad diri saya sendiri. Saya perit.

Saya menyatakan pada suami kalau dia mahu anak lagi. Saya izinkan dia nikah lain. Memang saya tak sanggup dimadukan. Tapi saya lebih tak sanggup nak beranak. Suami saya gaji agak besar juga dan saya rasa dia boleh berpoligami. Ini bukan masalah kewangan, atau masalah lain. Masalah nya adalah saya yang tidak mahu beranak kerana sakit . Sampai sekarang saya masih teringat sakit tu. Dah hilang sakit cume terbayang bayang.

Orang kata pergi berjumpa kaunselor sebab mungkin trauma. Tapi saya tahu kalau jumpa kaunselor pon mana mana yang beranak tetap sakit. Digunting diseluk berkali kali. Dicek. Saya gerun. Saya bersalin swasta. Memang okay tempat bersalin. Tapi sekarang ni masalah saya sahaja. Ada ke orang yang sama dengan saya?.aapa yang patut saya buat sekarang. Saya rasa sudah cukup seorang. Tolong lah bagi pandangan tak kira membina atau tidak.

Continue Reading

Luahan

Saya kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan

Published

on

Saya kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan

Assalamualaikum hai admin. Saya salah seorang isteri yang selalu msj kawan2 lelaki dia media social. Saya sunyi sungguh. suami saya langsung tak peduli. tak pernah ambil tahu pasal saya. lagi pula kami sekarang pjj. sepatutnya pjj ni dapat lagi mengeratkn hubungan kta bila berjumpa tapi bila berjumpa saya boleh rasa kasih sayang kami dah tak macam dulu lagi.

sekarang anak2 semua dengan suami. dulu penah pjj anak2 dengan saya dan suami penah kantoi ada perempuan lain. sejak dari hari tu perasaan tu dah lain sampai la sekarang. saya nak berpisah tapi fikirkan anak2. suami dah berjanji dia akan berubah. dan saya nampak semua tu tapi perasaan kasih sayang dalam rumah tangga antara kami macam kekurangan sesuatu.

saya cuba nak sayang balik tapi dah tak ade perasaan tu. dia nak berubah tetapi perangai baran dia tetap tak boleh berubah. ego dia terlampau tinggi. mungkin sebab tu saya dah tak boleh nak rasa sayang dalam rumah tangga kami. saya msj lelaki laen di media sosial hanya nak ilangkn rasa bosan. tak semua lelaki jahat kat media social. ada yang boleh buat kawan bagi nasihat bagi semangat dan kongsi ilmu agama.

Saya dah kenal macam2 lelaki kat media social tapi kita boleh pilih yang mana boleh buat kawan yang mana lawan. Memang la orang kat lelaki buaye tunggu mangsa je tapi saya cuma nak rasa care tu je tak adela sampai feeling jatuh cinta. Cuma jatuh cinta dengan cara dorang sebagai suami handle kuarga jalankan tanggungjawab bimbing kuarga. Kadang jadi sumber inspirasi untuk saya buat bnda yang sama pada kuarga saya..

Tapi itula bila kata nak ubah sesuatu tanpa dorongan kita sendri akan rasa down. Betul kan? saya cuba nak pulih balik hubungam suami isteri tapi macam saya sorang je berusaha untuk ke arah tu. Berapa kali dah cuba tapi tetap keputusan yang sama sampai saya sndri dah pasrah. Hanya ikut perancgan Allah. Follow je apa nak jadi esok, lusa, tulat. tak ade dah nak plan pape. Tapi saya bertahan sebab anak2.

Sepatutnya kalau pjj ni kita akan rasa kasih sayang tu akan erat lg kan. Tapi tak untuk saya dengan suami. untuk wasap bertnya kabar, makan apa hari ni jauh sekali nak tanya. tel bila dia perlu sesuatu. Saya akan tel 3 kali sehari untuk anak2. kadang2 vc pun susah untuk dia bercakap dengan saya. tak apelah sekarang2nya saya call nak tengok keadaan anak2.

Saya cuma nak nasihat untuk suami sekalian jangan la awak2 semua abaikn isteri awak semua. Kawen berapa lama pun isteri tetap nak perhatian dari somi. Sape lagi dia nak perhatian kalau bukan somi sendri? perempuan atau isteri ni dia bukan minta banyak pun kalau hari2 wasap tanya buat apa dah sarapan ke, makan tengah hari dah ke. Lauk apa makan. ws hari2 benda yang sama pun dah cukup buat dia rasa dia la paling bertuah kat dunia ni sebab ada orang care pasal dia.

Bukan nya perlu janji bulan dan bintang. Perempuan kan complicated haahah..
Tp ws sesimple tu dah boleh buat dia tersenyum sepanjang hari. Bukan semua perempuan curang hanya sebab dok mesej lelaki di media social. Memang tak elok untuk sesebuah hubunga tapi perlu pandai pilih berkawan. Tu bagi sayaa tp orang len saya tak pasti.

Saya mnta maaf pasal tu. Saya tahu ada yang akan kecam pasni. Suruh perhatikan suami masing2 kan hahah. Jangan la salahkn isteri bila isteri chat kt media social tapi sebagai suami perhati balik apa yang kurang dalam hub somo isteri. Isteri kalau lengkap ajaran yang somi ajar dia tak akan buat semua tu. Dapat somi yang ada tsnggjawab, tahu hukum bimbing isteri insayaaAllah bahagia smua tu

Saya tulis smua ni sebab saya yang sendiri yang pikul tanggungjawab tu sebab tu saya rasa saya perlu di sayangi saya perlu perhatian tapi saya takdpt semua tu. Saya di lepaskan sendri selepas saya boleh berdikari jalankan tanggungjawab semua tu. Saya berkawan bukan niat nak rampas suami orang tapi saya cuma berbual kosong bagi semangat pada saya untuk terus bersabar.

Kuat hadapi ujian ni. Tak semua lelaki kt media social jahat. Tolong hargai isteri awak2 semua. Tolong ingat balik pergorbanan yang isteri awak2 smua lakukan untuk kuarga untuk awak sebagai somi. Kalau dapat isteri yang pandai berdikari jangan la lepaskn tangan. Hargai mereka sanjungi mereka. Bukan minta emas setinggi tgu tapi cukup la perhatian.

Ada bila isteri nak luah masalah tolong jadi pendengar walau tak dapat selesai masalah. Janganla bebanakn isteri melebihi dari diri mereka sndri. Isteri takkan mengeluh demi somi tercinta tapi apabila isteri dah menolong jangan la suami lepaskan tangan pulak. Tolong hargai isteri awak2 smua. merajuk isteri makan masa lama.

Continue Reading

Luahan

Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri, Satu Dalam Seribu!

Published

on

Jika Suami Yang Teman Ketika Bersalin Beruntunglah Isteri, Satu Dalam Seribu!

Setiap pasangan pasti mahukan cahaya mata sebagai pelengkap hidup mereka. Tidak hanya itu, anak juga adalah anugerah yang terindah dihantar dari Allah untuk kita. Namun, tahukan suami disaat-saat isteri anda ingin melahirkan zuriat anda ke dunia ini seperti apa? Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri untuk melahirkannya. Kepada suami yang akan menimang cahaya mata, anda patut menemani isteri anda ketika bersalin kerana banyak kebaikkan yang akan diperoleh.

Antara Kebaikan Apabila Suami Teman Isteri Bersalin

1. Meredakan debaran di hati isteri

Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri

Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang ketika isteri sudah sakit ingin bersalin.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami

Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri

Apabila melihat betapa susahnya isteri bersalin anak untuk zuriat, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu ketika isteri ingin bersalin dengan cara:

  • Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya.
  • Memberi kata-kate semangat untuk isteri.
  • Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan.
  • Mengelap muka isteri apabila berpeluh.
    Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?

Continue Reading

Trending