Asteroid Sebesar Bangunan Burj Khalifa Akan Melintasi Bumi Yang Berpotensi Mendatangkan Bahaya

Sebuah asteroid yang berpotensi mendatangkan bahaya sebesar bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dijangka melintasi Bumi awal pagi esok, lapor akhbar Daily Star, semalam. Ketulan asteroid yang terdiri daripada 1,000 biji batu itu dikenali sebagai 2016 AJ193 dan pergerakannya telah dirakam oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada kelajuan 58,538.13 kilometer sejam.

Agensi angkasa lepas itu sedang mengawasi dengan teliti blok asteroid yang kini bergerak laju dan dijangka mengelak daripada melanggar Bumi dengan jarak hanya 3,427,43 kilometer sahaja. Para saintis menjangkakan asteroid 2016 AJ193 akan melintas bumi sekitar 3.10 petang (waktu tempatan) atau 6 pagi Ahad, waktu Malaysia.

Menurut NASA, pihaknya akan terus memantau pergerakan asteroid itu sehingga hari Selasa ini bagi memastikan Bumi benar-benar terhindar daripada risiko pelanggaran dengan ketulan batu gergasi itu. Pemerhati angkasa lepas telah mengesan 2016 AJ193 sejak lima tahun lepas apabila ia pertama kali dilihat menerusi kemudahan Panoramic Survey Telescope and Rapid Response System (Pan-STARRS), di Pusat Pemerhatian Haleakala, Hawaii pada Januari 2016.

Asteroid tersebut mengorbit matahari setiap lima hingga sembilan tahun. Setiap kali asteroid itu kelihatan mahu melanggar orbit Bumi, ia berubah arah dengan memasuki orbit Musytari. Lintasan 2016 AJ193 sekitar Bumi dijangka berulang dalam tempoh sekurang-kurangnya 65 tahun lagi. Ia adalah salah satu daripada 26,000 jenis asteroid yang memasuki senarai pengawasan NASA dan antara 1,000 yang mempunyai potensi membahayakan Bumi.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*