Awas! Berhati-hati Dengan Perkataan Ini Kerana Boleh Menyebabkan Seseorang Murtad

Sudah semestinya kita sebagai Hamba Allah sentiasa di uji untuk menguatkan takwa kita pada Allah. Malahan ujian-ujian ini jugalah penghapus dosa-dosa kecil yang pernah kita lakukan.

Namun, tidak ramai umat Islam yang mempunyai kesabaran dengan dugaan yang Allah berikan. Ada diantara mereka yang cepat mengalah dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.

Disini kami ingin kongsikan perkataan-perkataan yang sama sekali dilarang keluar dari mulut kita tidak kira dalam apa keadaan sekalipun kerana ianya boleh menjadikan seorang itu murtad!

Perkataan Yang Menjadikan seorang Itu Murtad

Antara perkataan orang sekarang yang boleh menyebabkan terkeluar dari Islam ialah :

• Allah tidak mampu beri kesenangan kepada aku.

• Allah zalim jadikan sakit kepada kanak-kanak.

• Kalau kamu minta bantuan Allah pun aku tidak dapat dihalang.

• Sia-sia sahaja berdoa kepada Allah, Allah tak ada kuasa.

• Hukum dalam Quran sudah ketinggalan zaman.

• Hukum hudud zalim.

• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba kerana menghalang kemajuan.

• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tidak wajib lagi menutup aurat.

• Hukum poligami adalah zalim patut dihapuskan.

• Ikut Nabi pun bukannya jadi senang hidup.

• Minum arak tak sepatutnya diharamkan, dia punya suka la nak minum apa pun..

• Sex sejenis tidak haram kerana itu hak peribadi.

• Kalau ikut hukum-hukum Islam, sampai kiamat pun kita tidak akan maju.

• Sunnah Nabi bukan semuanya bagus, ada yang pengotor seperti jilat jari selepas makan.

• Tidak haram bersekedudukan dengan bukan mahram asalkan suka sama suka.

Inilah antara perkataan yang siapa sahaja berkata dengan dia dalam keadaan sedar maka jadilah dia kafir dan jika mati sebelum bertaubat maka kekal ia didalam azab neraka selamanya.

wal’iyazabillah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*