Connect with us

Islamik

“Ayah Kerja Bawa Lori Jer, Tapi Alhamdullillah Ayah Mampu Sara Kami Anak Beranak” Ini Surah Yang Diamalkan Ayah

Published

on

Dah selalu sangat kita tengok viral testimoni nak putih, nak kurus. Mai sini kita baca rahsia apabila mengamalkan surah Al Waqiah dalam kehidupan seharian. Semoga kita semua boleh jadi istiqomah macam confessor ni jugak. InsyaAllah

BUKAN DARI LATARBELAKANG KELUARGA SENANG

Nama saya Nurul. Pengalaman saya mungkin tidak segah atau se’grand’ confessor-confessor sebelum ini, sebab saya sendiri masih seorang student dan belum bekerja, masih berusia awal 20an. Tapi segala rezeki ini saya pandang sebagai nikmat yang besar, dan saya rasa excited nak share. Kerana rezeki itu tidak terzahir melalui duit semata-mata, tetapi juga hal lain, dan kalau untuk saya seorang student, melalui pelajaran.

Saya start amalkan al-waqiah since sekolah rendah sebab abah yang suruh. Kami bukan family senang, sekarang abah kerja as a driver dengan gaji bersih RM1200 sebulan, dan mak penjual nasi lemak, pendapatan bersih mungkin kurang RM700 sebulan. Dari darjah 1 sampai darjah 6, saya tak pernah tak dapat number 1 dalam setiap exam. Harap pembaca semua tak rasa saya nak bermegah dengan akademik saya, jujur saya cuma nak tunjuk hebatnya al-waqiah tu.

Masuk form 1 saya dah duduk asrama, dekat satu SBP. Dan masih mengamalkan surah al-waqiah, terutamanya bila dekat sekolah, sebab dekat rumah akan datang satu penyakit malas huhuhu (jangan tiru). Alhamdulillah, dari form 1 sampai form 5, setiap exam, saya akan berada dalam ranking top 20 dalam batch, dan beberapa kali dapat top 5. PMR dan SPM alhamdulillah berkat doa mak abah dari jauh dan didikan cikgu-cikgu awesome, straight As.

After zaman spm, saya tak apply mana-mana overseas punya programme, saya cuma apply asasi and dapat cfs iium. Al waqiah masih diamalkan setiap kali lepas solat maghrib. 4 sem di cfs, Allah kurniakan dean’s list untuk tiga sem terakhir. Sem 1 memang saya mengaku saya main-main hahaha. Ditawarkan medic di uia kuantan, tapi saya tolak atas sebab tertentu dan sekarang dah bahagia tamat first year kos lain dekat uia kuantan jugak hehehe.

Okay ni zaman yang saya rasa Allah kurniakan lebih lagi bermacam-macam rezeki. Sebelum start degree di uia, saya ada apply satu dermasiswa. Not exactly dermasiswa la, dia more to crowdfunding, yang kita isi details and tulis kenapa kita rasa kita layak dapat derma/bantuan ikhlas dari orang ramai. Korang boleh usha dekat website dia sendiri, google je Skolafund. Saya apply sebab kawan yang suggest and masa tu kan nak kena pakai banyak duit, kuantan tu jauh pulak tu, saya risau mak ayah nanti nak kena tanggung saya banyak sangat. Skolafund ni, korang kena tetapkan sendiri taw berapa ringgit yang korang target akan disumbang oleh orang ramai. Saya letak RM2960, sebab tu total yuran untuk first year degree. Dan tanpa disangka, saya dapat lebih kurang RM3200 lebih. Perasaannya Allah je tahu. Rasa bersyukur sebab Allah tu sangat mendengar doa dan juga rasa bangga dengan orang Malaysia yang sangat suka menderma.

Sem 1, setiap kali after maghrib, masih dengan sudah alwaqiah. Result sem 1, alhamdulillah atas 3.9. Yang membolehkan saya apply excellence award dan ummatic scholarship under uia. Alhamdulillah, excellence award tu dah officiallydapat, tapi kena maintain cgpa atas 3.8 (doakan saya)! Apa yang saya dpt melalui award tu? Yuran yang saya kena bayar tinggal separuh je, means satu sem saya kena bayar RM 700 je lepas ni, bukan RM 1480 lagi dah. Ummatic scholarship insyaAllah dikhabarkan akan dapat jugak, doakan saya dan kawan-kawan (so that boleh terminate ptptn hehe)!

REZEKI YANG TAK DISANGKA SANGKA

Okay masuk sem 2, saya selang selikan hari-hari after maghrib surah alwaqiah dan surah ar-rahman. Sekali pakej dengan dhuha, tapi tu pun tak hari-hari, teruk kan. Sem 2 lagi stressful kau dari sem 1, sumpah wa cakap. Lagi susah and lagi nampak macam samar-samar je cahaya kebahagiaan tu. Exam final pun rasa pasrah je masa jawab. Dan saya memang dah expect awal-awal yang excellence award saya akan ditarik (meaning gpa saya akan less than 3.8) tapi subhanallah…sungguh Allah itu baik. Saya bukan muslimah yang terlalu baik ye, saya banyak dosa dan amalan alwaqiah ni pun kalau dekat rumah tu hmmm mengecewakan, selalu tinggal. Cuma dekat sekolah and dekat uia je boleh kira dengan jari berapa hari yang saya miss surah kesayangan ni. Dan alhamdulillah, dengan izin Allah, doa ibu bapa sekali lagi dan didikan lecturer yang marveles, sem 2 saya dapat 4 flat. So selamat la award hahaha. Sekarang tengah cuti sem, berbaki sebulan. Dalam cuti ni pun saya ada masuk satu contest cerpen dan rezeki dari Allah, dapat la rm100 sebab dapat 2nd place. Dalam cuti ni jugak ada senior hadiahkan rm100 sebab buatkan something untuk dia, pastu jumpa duit dalam beg lama hahahaha k ni ramai je orang alami. Tapi nampak kan rezeki tu datang tak disangka-sangka dan tak putus? Dan terlalu banyak nikmat kurniaan Allah yang saya tak larat naktype dah sakit mata tengok phone ni lama-lama.

Sekali lagi, maaf kalau anda rasa saya brag atau sengaja nak tayang result ke. Point saya di sini cumalah janji Allah itu pasti. Saya punya bad habit yang tak maintain istiqamah alwaqiah bila cuti dekat rumah tu, tolong jangan tiru dan doakan saya boleh ubah. Allah tu Maha Baik, Maha Pemurah, amalan saya yang suam-suam kuku pun, Allah tetap bagi juga rezeki dan nikmat tanpa disangka-sangka. Apatah lagi kalau konsisten selalu.

Saya orang susah, rasanya saya paling susah dalam class, jarang dan rasanya tak pernah ada barang mewah tapi tak tahu kenapa, barang keperluan tu sentiasa dirasa cukup. Sentiasa ada jalan penyelesaian kalau ada masalah duit. Dan berkat mak abah yang pandai rolling duit juga. Tak banyak, tak mewah, tapi cukup, dan tak perlu pinjam orang. Ujian dan dugaan tu serius cakap, banyak. Tapi nikmat kurniaan Allah tu lebih banyak. Lately ni baru saya sedar yang Allah dah kasi banyak.. tak perlu terlalu banyak, asalkan cukup. Cukup itu nikmatnya lebih manis. Dan baru saya sedar yang saya tak perlu minta mewah dari Allah, cuma perlu minta ‘cukup’. Dan saya harap saya akan sentiasa sedar yang rezeki itu bukan hanya dalam bentuk wang, tapi dalam bentuk lain yang selalu kita lupa untuk syukuri. Keluarga, kawan-kawan, ketenangan, mudah faham dalam class, keselamatan, dan macam-macam lagi. Doakan saya boleh istiqamahkan diri dengan amalan alwaqiah serta memantapkan diri dari sudut-sudut lain juga lepas ni! Syukur selalu.

– Totoro

ps:

Bukan hanya alwaqiah, bukan hanya yassin, bukan hanya kahfi, tetapi the wholequran juga. Sehari selembar alquran, thats sweet. Dan ya, tafsir itu menerangkan pemahaman. Dan tidak, bukan baca alquran dengan niat kaya. Tapi kerana itulah sumber ilmu yang pertama, tarafnya melebihi akal. Jangan ramai yang salah faham, saya cuma share experience sendiri je. Sorry kalau ramai yang anggap apa yang saya ingin sampaikan ialah alquran sebagai tangkal untuk mendapatkan harta dunia, harap anda tak salah faham jauh sampai macam tu sekali. Dont forget your quran today ya!

Sumber : iiumc

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Subhanallah! Ini Misteri Hajarul Aswad Dan Rahsia Besar Mengucupnya.

Published

on

Subhanallah! Ini Misteri Hajarul Aswad Dan Rahsia Besar Mengucupnya.

Hajarul Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril.

Hajarul Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak. Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda: “Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajarul Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajarul Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”. Asal Usul Hajarul Aswad Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya.

Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.” Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?” Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).

” Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajarul Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajarul Aswad.

Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “Hajarul Aswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat.

Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya” Hajarul Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji Duhulunya batu Hajarul Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajarul aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya. Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda :

“Nikmatilah (peganglah) Hajarul Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”. Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajarul Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.

Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu” Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya:

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya.

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan” (QS. An-Najm : 53) Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad Saw adalah utusan Allah.

Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.

Continue Reading

Islamik

Ini Penjelasan Mufti Mengenai Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid

Published

on

Ini Penjelasan Mufti Mengenai Hukum Tinggalkan 3 Kali Solat Jumaat Kerana Covid

Sejak penularan meluas COVID-19 di seluruh Malaysia, semua aktiviti yang melibatkan perhimpunan dibatalkan termasuklah aktiviti keagamaan.

Hasil perbincangan antara mufti-mufti dan pakar kesihatan, ahli agama mengambil keputusan untuk menghentikan solat Jumaat di semua masjid di seluruh negara.

Justeru, hal ini menimbulkan tanda tanya bagi sebahagian netizen yang keliru sama ada mereka termasuk dalam golongan diancam amaran jika meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut ataupun terkecuali dari golongan tersebut.

Berikut merupakan soalan netizen dan jawapan Mufti Wilayah Persekutuan bagi isu ini.

Soalan :

Assalamu’alaikum ustaz, sekiranya ditakdirkan Perintah Kawalan Pergerakan yang turut melibatkan larangan menghadiri solat Jumaat dan solat berjemaah sekarang ini akan dipanjangkan tempohnya, adakah saya termasuk dalam amaran yang terdapat dalam hadis berkenaan mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut itu ? Mohon penjelasan.

Jawapan :

Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapakan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Menghadiri solat Jumaat merupakan salah satu tuntutan syarak kepada setiap lelaki beragama Islam yang mukallaf. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

Surah Al-Jumu‘ah (9)

Maka dapat difahami bahawa menghadiri dan mendirikan kewajipan solat Jumaat merupakan ciri seorang mukmin yang mendahulukan tanggungjawab seorang hamba kepada Allah S.W.T mengatasi sebarang kepentingan duniawi seperti berjual beli pada masa tersebut.

Diberi keringanan dengan keuzuran

Meskipun begitu, tuntutan menghadiri solat Jumaat secara berjemaah ini diberikan keringanan kepada mereka yang mempunyai keuzuran yang diambil kira di sisi syarak untuk tidak menghadirinya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran.

Riwayat Ibn Majah (793)

Menurut hadis di atas, secara asasnya seseorang itu dituntut untuk menghadiri solat berjemaah sekiranya dia mendengar panggilan azan. Meskipun begitu, jika ada keuzuran tertentu maka dia diberi pengecualian untuk hadir menyahut seruan tersebut.

Maksud keuzuran

Manakala dalam sebuah riwayat yang lain, para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W apakah yang dimaksudkan dengan keuzuran ? Maka Rasulullah S.A.W. menjawab :

خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ

Maksudnya : Perasaan takut ataupun sakit.

Riwayat Abu Daud (551)

Maka jelas daripada hadis di atas bahawa perasaan takut atau sakit termasuk dalam kategori uzur yang membolehkan seseorang itu untuk tidak hadir ke masjid bagi solat berjamaah.

Kemudian para fuqaha memperincikan lagi akan tahap ketakutan yang membolehkan seseorang itu tidak menghadiri solat berjemaah dan juga solat Jumaat. Ini seperti yang disebutkan oleh Syeikh Ali al-Qaradaghi seperti berikut :

‘’Harus untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam keadaan virus yang sedang tersebar disebabkan oleh perasaan takut dijangkiti virus tersebut.’’

Beliau juga menyebut bahawa keharusan tersebut perlulah disyaratkan dari sudut ketakutan penyebaran itu benar-benar yakin berlaku dan bukanlah pada sangkaan semata-mata. Rujuk https://bit.ly/2WvN367

Justeru, bertitik tolak dari nasihat dan pandangan pakar yang berautoriti berkenaan cepatnya Covid-19 ini merebak, maka dikeluarkan arahan supaya segala aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid dihentikan sementara waktu. Maka ketidakhadiran umat Islam ke masjid pada tempoh ini merupakan suatu keuzuran yang diambil kira di sisi syarak iaitu wujudnya perasaan takut akan jangkitan virus ini.

Hukum tinggalkan tiga kali berturut-turut

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, kami menyatakan bahawa memang benar terdapatnya ancaman terhadap mereka yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali secara berturut-turut di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu al-Ja’d al-Dhamri (sebahagian menyatakan Al-Dhumairi) R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat jumaat kerana mengambil mudah akannya, nescaya Allah akan mengunci jantung hatinya.

Riwayat Abu Daud (1052)

Manakala dalam sebuah riwayat yang lain daripada Jabir bin Abdillah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ ثَلاَثًا مِنْ غَيْرِ ضَرُورَةٍ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya : Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa sebarang dharurat maka Allah akan mengunci mati jantung hatinya.

Riwayat Al-Nasa’ie (1370)

Kedua riwayat hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita ancaman dan amaran yang terdapat di dalam hadis tersebut terikat dengan keadaan meninggalkan solat Jumaat kerana mengambil enteng, meremehkan ia, serta meninggalkan perlaksanaannya tanpa sebarang dharurat.

Syeikh Badruddin al-‘Aini dalam syarahan beliau terhadap hadis riwayat Abu Daud di atas berkata :

‘’Bab ini menjelaskan tentang kerasnya ancaman bagi perbuatan meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran’’. Beliau menambah, perkataan تهاونا بها membawa masud : ‘’(Meninggalkannya) kerana malas serta culas dalam melakukannya’’. Rujuk Syarah Abi Daud, Badr al-Din al-‘Aini (4/371).

Manakala Mulla ‘Ali al-Qari ketika mengulas hadis tersebut menukilkan kata-kata Al-Thibi yang menyebut : ‘’(Iaitu meninggalkannya dengan tujuan menghina)’’. Kemudian dinukilkan pendapat ulama lain yang menyebut : ‘’Meninggalkannya kerana mengambil mudah’’. Rujuk Mirqaat al-Mafatih, Mulla ‘Ali al-Qari (3/1024).

Ancaman buat mereka yang tiada keuzuran

Maka jelas kepada kita bahawa ancaman yang dimaksudkan di dalam hadis di atas merupakan ke atas mereka yang meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan di sisi syarak. Manakala mereka yang meninggalkan solat Jumaat disebabkan ada keuzuran, maka mereka tidak termasuk dalam ancaman tersebut. Sebaliknya, diberikan ganjaran sama seperti yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W :

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya : Apabila seseorang hamba itu sakit atau bermusafir, akan ditulis buat dirinya ganjaran sama seperti yang diamalkannya semasa bermukim atau sihat.

Riwayat Al-Bukhari (2996)

Penjelasan panjang lebar berkenaan hal ini boleh dirujuk kepada Al-Kafi #1661: Ganjaran Solat Berjemaah Di Rumah Jika Meninggalkan Perlaksanaannya Di Masjid Disebabkan Keuzuran.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan yang dikemukakan di atas, maka kami berpendapat sekiranya tempoh kawalan pergerakan ini mengambil masa yang lama sehingga membawa kepada terlepasnya perlaksanaan solat Jumaat sebanyak tiga kali, mengambil kira faktor takut merebaknya Covid-19 dengan lebih meluas, maka mereka yang meninggalkan solat Jumaat disebabkan keuzuran ini tidak termasuk di dalam ancaman yang terdapat di dalam hadis-hadis tersebut. Wallahu A’lam.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Continue Reading

Islamik

Inilah 12 Hikmah dan Kebaikan Polig4mi Dalam Islam

Published

on

Inilah 12 Hikmah dan Kebaikan Polig4mi Dalam Islam

Apabila membicarakan hukum berpolig4mi terdapat 3 hukum yang ditetapkan oleh Islam iaitu harus, tidak dibenarkan dan digalakkan (istihbaab)

Firman Allah S.W.T. :

{وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ}

Maksudnya : “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat”

(Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Perintah Allah dalam ayat ini tidak menunjukkan wajibnya polig4mi, kerana perintah tersebut ada dijelaskan dengan ayat yang lain iaitu firman-Nya,

{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Maka dengan adanya ayat ini, jelaslah bahwa ayat di atas meskipun berbentuk perintah, akan tetapi maknanya adalah larangan, iaitu larangan menikahi lebih dari satu wanita jika dikhawatirkan tidak dapat berbuat adil atau maknanya, “Janganlah kamu menikahi kecuali wanita yang kamu senangi”.

Ini seperti makna yang ditunjukkan dalam firman-Nya,

{وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ}

Maksudnya : “Dan katakanlah:’Kebenaran itu datangnya dari Rabbmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir”

(Surah al-Kahfi:29).

Maka tentu saja makna ayat ini adalah larangan melakukan perbuatan kafir dan bukan perintah untuk melakukannya.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdulah bin Baz ketika ditanya, “Apakah polig4mi dalam Islam hukumya mubah (boleh) atau dianjurkan?”

Beliau menjawab : “Polig4mi hukumnya disunnahkan (dianjurkan) bagi yang mampu, kerana firman Allah Ta’ala (beliau menyabutkan ayat tersebut di atas), dan kerana perbuatan Rasulullah S.A.W. menikahi sembilan orang wanita, Allah memberi manfaat (besar) bagi umat ini dengan adanya para isteri Nabi S.A.W. tersebut, dan ini (menikahi sembilan orang wanita adalah khusus untuk baginda sahaja.)

Adapun selain daripada Nabi S.A.W. boleh bernikah tidak lebih dari empat orang wanita. Kerana dalam polig4mi banyak terdapat kemaslahatan/kebaikan yang agung bagi kaum lelaki maupun wanita, bahkan bagi seluruh umat Islam. Sebab dengan polig4mi akan memudahkan bagi lelaki maupun wanita untuk menundukkan pandangan, menjaga kemaluan (kesucian), memperbanyak (jumlah) keturunan, dan (memudahkan) bagi lelaki untuk memimpin beberapa orang wanita dan membimbing mereka kepada kebaikan, serta menjaga mereka dari sebab-sebab keburukan dan penyimpangan.

Adapun bagi yang tidak mampu melakukan itu dan khawatir berbuat tidak adil, maka cukuplah dia menikahi seorang wanita (saja), kerana Allah Ta’ala berfirman,

{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

Maksudnya : “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (Surah an-Nisaa’ ayat 3).

Semoga Allah senantiasa memberi taufik-Nya kepada semua kaum muslimin untuk kebaikan dan keselamatan mereka di dunia dan akhirat.

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin berkata, “…Seorang laki-laki jika dia mampu dengan harta, badan (tenaga) dan hukumnya (bersikap adil), maka lebih utama (baginya) untuk menikahi dua sampai empat orang wanita jika dia mampu. Dia mampu dengan fizikalnya (tenaga ba tin) sehingga dia mampu menunaikan hak yang khusus bagi isteri-isterinya. Dia juga mampu dengan hartanya sehingga dia boleh memberi nafkah yang layak bagi isteri-isterinya. Dan dia mampu pula dengan bersikap adil di antara mereka. Kalau dia mampu seperti ini maka hendaknya dia menikah (dengan lebih dari seorang wanita), semakin banyak wanita yang dinikahinya maka itu lebih utama.

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Orang yang terbaik di umat ini adalah yang paling banyak isterinya.”(tidak lebih daripada 4 isteri)

Hikmah dan kebaikan polig4mi:

Hukum polig4mi telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala yang mempunyai nama al-Hakim, ertinya Zat yang memiliki ketentuan hukum yang Maha Adil dan yang Maha Sempurna, maka hukum Allah Ta’ala yang mulia ini tentu memiliki banyak hikmah dan faedah yang agung, di antaranya:

12 hikmah dan manfaat di dalam hukum berpolig4mi:

Pertama: Terkadang polig4mi harus dilakukan dalam keadaan tertentu. Misalnya jika isteri sudah lanjut usia atau sakit, sehingga kalau suami tidak polig4mi dikhawatirkan dia tidak boleh menjaga kehormatan dirinya. Atau jika suami dan isteri sudah dianugerahi banyak keturunan, sehingga kalau dia harus menceraikan isterinya, dia merasa berat untuk berpisah dengan anak-anaknya, sementara dia sendiri takut terjerumus dalam perbuatan zi na jika tidak berpolig4mi. Maka masalah ini tidak akan boleh diselesaikan kecuali dengan polig4mi, insya Allah.

Kedua: Pernikahan merupakan sebab terjalinnya hubungan (kekeluargaan) dan terikatnya di antara sesama manusia, setelah hubungan nasab. Allah Ta’ala berfirman,

{وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا}

“Dan Dia-lah yang menciptakan manusia dari air (mani), lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan kerana pernikahan), dan adalah Rabbmu Maha Kuasa” (Surah al-Furqaan ayat 54).

Maka polig4mi (adalah sebab) terjalinnya hubungan dan mendekatkan (antara) banyak keluarga, dan ini salah satu sebab polig4mi yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Ketiga: Polig4mi merupakan sebab terjaganya (kehormatan) sejumlah besar wanita akan dapat dipenuhi keperluan hidup mereka dengan mendapat nafkah daripada suami , tempat tinggal, memiliki keturunan dan anak yang banyak, dan ini merupakan tuntutan syariat.

Keempat: Di antara kaum laki-laki ada yang memiliki nafsu syahwat yang tinggi sehingga tidak cukup baginya hanya memiliki seorang isteri, sedangkan dia orang yang baik dan selalu menjaga kehormatan dirinya. Akan tetapi dia takut terjerumus dalam perzin aan dan dia ingin menyalurkan keperluan syahwatnya ditempat yang halal . Jelaslah ini adalah rahmat Allah S.W.T. kepada manusia membenarkan polig4mi sesuai dengan syariat-Nya.

Kelima: Kadangkala setelah menikah ternyata isteri mandul, tetapi suami berkeinginan untuk mendapatkan zuriat keturunan. Maka berpolig4mi adalah lebih baik daripada suami menceraikan isterinya.

Keenam: Kadangkala juga seorang suami sering bermusafir untuk mencari nafkah, sehingga dia perlu untuk menjaga kehormatan dirinya ketika dia berada jauh daripada isterinya.Maka adalah lebih baik dia bernikah ditempat dia mencari nafkah.

Ketujuh: Banyaknya peperangan dan disyariatkannya berjihad di jalan Allah, yang ini menjadikan ramai lelaki yang terbunuh sedangkan jumlah wanita semakin ramai, padahal mereka perlukan suami untuk melindungi mereka. Maka dalam keadaan seperti ini polig4mi merupakan penyelesaian terbaik.

Kelapan: Kadangkala seorang lelaki tertarik atau kagum terhadap seorang wanita atau sebaliknya, kerana kebaikan agama atau akhlaknya, maka pernikahan merupakan cara terbaik untuk menyatukan mereka berdua.

Kesembilan: Kadangkala terjadi masalah besar antara suami-isteri, yang menyebabkan terjadinya perceraian, kemudian suami menikah lagi dan setelah itu dia ingin kembali kepada isterinya yang pertama, maka dalam keadaan seperti ini polig4mi merupakan penyelesaian terbaik.

Kesepuluh: Umat Islam sangat memerlukan lahirnya banyak generasi muda, untuk mengukohkan barisan dan persiapan berjihad melawan orang-orang kafir, ini hanya akan boleh diperolehi dengan polig4mi dan tidak membataskan jumlah keturunan.

Kesebelas: Termasuk hikmah yang lain dengan suami berpolig4mi, seorang isteri memiliki kesempatan lebih besar untuk menuntut ilmu, membaca al-Quran dan mengurus rumahnya dengan baik, ketika suaminya sedang di rumah isterinya yang lain. Kesempatan seperti ini umumnya tidak didapatkan oleh isteri yang suaminya tidak berpolig4mi.

Keduabelas: Dan termasuk hikmah dan kebaikan polig4mi, semakin kuatnya ikatan cinta dan kasih sayang antara suami dengan isteri-isterinya. Kerana setiap kali tiba waktu giliran salah satu dari isteri-isterinya, maka suami dalam keadaan sangat rindu pada isterinya tersebut, demikian pula isteri sangat merindukan suaminya. Masing-masing isteri cuba memberi khidmat terbaik kepada suami mereka, keadaan ini hanya berlaku dengan adanya polig4mi.

Sahabat yang dimuliakan,

Masih terdapat banyak hikmah dan kebaikan lainnya, yang tentu saja orang yang beriman kepada Allah dan orang bertakwa meyakini akan kebenaran hukum-hukum Allah S.W.T. dan tidak ragu-ragu walaupun sedikit daripadanya.

Wahai kaum wanita yang mukmin!

Yakinlah bahawa setiap hukum yang disyariatkan oleh Allah S.W.T mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran kita. Walaupun mungkin kalian berat untuk menerimanya tetapi bila hati kalian dididik dengan asas iman dan takwa dan meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya melebihi kepentingan diri kalian maka kalian akan mencapai tahap wanita solehah. Tidak ada tempat yang paling baik untuk wanita solehah melainkan syurga Allah S.W.T seluas langit dan bumi.

Janganlah kalian terbawa-bawa dengan wanita barat dan wanita sekular yang membenci polig4mi dan menganggap hukum polig4mi ini adalah merampas hak wanita dan merendahkan darjat kaum wanita. Kelemahan sebahagian daripada kaum lelaki yang mengamalkan polig4mi bukannya alasan bahawa polig4mi itu membawa kemudaratan. Yakinilah bahawa kehidupan sebenar adalah di hari akhirat di dunia ini adalah medan ujian untuk menguji lelaki dan wanita siapakan di antara mereka yang taat dan patuh kepada-Nya dan menjadi orang-orang yang bertakwa.

Continue Reading

Trending