“Ayah Saya K4nser Dah Merebak” Ebit Lew Pohon Semua Doakan Kesihatan Ayahnya

Pendakwah, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sebak apabila mengetahui keadaan terkini bapanya yang terlantar akibat ka=4nser perut tahap akhir. Menerusi hantaran di laman Instagram, Ustaz Ebit berkongsi dia hanya diberi peluang melawat bapanya dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) dan negatif bagi ujian calitan (swab test).

“Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit yer bapa,” tulisnya. Pendakwah itu juga memaklumkan bapanya memberikan semangat ketika melakukan misi bantuan di Palestin tempoh hari.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah s4kit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya,” katanya. Ustaz Ebit perlu melengkapkan tempoh kuarantin setelah pulang dari luar negara dan beliau berharap semua rakyat Malaysia mendoakan kesihatan buat bapanya.

kredit zayan 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*