Connect with us

Islamik

Azizah Ariffin Berkongsi Pengalaman Anak Jadi Tahfiz. Allahuakhbar!

Published

on

Pelbagai ucapan yang positif diterima apabila Azizah memuat naik posting mengenai kejayaan anaknya, Ashriel Afiq telah bergelar Al Hafiz dan menyempurnakan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Sebagai ibu, sudah semestinya perkara ini menjadi salah satu berita gembira untuk dikongsikan.

Lebih memberi inspirasi apabila Azizah menyatakan bahawa Ashriel Afiq semasa kecil paling lemah untuk mengaji. Malah, ketika dihantar mengaji bersama seorang ustazah, Ashriel Afiq sering menangis. Tambahan pula, dia tidak menerima pendidikan secara formal di sekolah agama ketika menuntut di peringkat sekolah rendah.

“Namun, alhamdulillah. Bila Allah mengizinkan sesuatu, tiada kuasa mampu melawan. Minat Ashriel datang sendiri apabila dia melangkah ke alam persekolahan menengah,” ujar Azizah memulakan bicara.

Tambah Azizah lagi, sebagai ibu bapa dia memberi galakan dan dorongan untuk anak-anaknya mengejar impian mereka dan sokongan menjadi antara elemen utama yang mendorong kejayaan anaknya itu.

“Dari segi pemakanan semua sekolah Maahad amat mementingkan soal penjagaan pemakanan pelajarnya. Sebab itu anak-anak tahfiz tidak dibenarkan pulang bercuti di rumah. Dua minggu sekali baru boleh balik. Jadi sebagi ibubapa, apabila di rumah harus meneruskan penjagaan pemakanan mereka. Beri mereka makan lebih banyak ikan, ayam organik dan elakkan makan jajan atau makanan yang tidak berkhasiat,” ujar Azizah yang menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga tersayang.

“Kami sekeluarga mengamalkan quranic food atau makanan sunnah seperti minyak zaitun, jus delima, buah tin, kurma, cuka tin dan sebagainya. Kami sentiasa menggalakkan anak-anak untuk menjadikan makanan ini sebagai hidangan snek mereka. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menukar bentuk pemakanan, tetapi lama-kelamaan seluruh anggota keluarga menyukainya,” ujar Azizah lagi.

Ketika ditanya mengenai dugaan menjaga anak tahfiz, personaliti televisyen yang jelita ini tidak menafikan terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi.

“Seperti anak remaja yang lain, jiwa mereka adakalanya inginkan kebebasan, keseronokan dan ingin bersama kawan dan sebagainya. Jadi, ketika pulang bercuti mereka sama seperti anak-anak yang lain ingin menonton wayang dan sebagainya, Saya tidak terlalu strict bab ni dan bagi dia keluar bersama kawan. Cuma perlu pantau juga cerita apa yang ditonton kerana jika cerita itu mendedahkan aurat dan sebagainya, ia boleh menjejaskan hafazan. Pergaulan dengan kawan-kawan juga perlu dipantau.

Maklumlah kawan-kawan lain lebih bebas dan tidak perlu hafaz Al-Quran apabila di rumah. Tetapi alhamdulillah, Ashriel mempunyai kawan-kawan yang baik dari segi tingkah laku dan tidak sukar menetapkan peraturan untuk dipatuhi,” ujar Azizah yang ternyata amat bersyukur dengan kejayaan anaknya itu.

Azizah turut menitipkan pesanan untuk ibu bapa yang ingin anak mereka berjaya sebagai Al-Hafiz.

  • Sebagai ibu bapa, faktor doa menjadi elemen utama untuk kejayaan anak-anak. Bukan sahaja doa untuk mereka terang hati untuk menghafaz Al-Quran, malah terang hati untuk berjaya di dalam pelajaran dan sebagainya. Doa dari seorang ibu atau bapa adalah paling mujarab untuk kejayaan anak-anak.
  • Selain itu, sentiasa beri galakan dan dorongan untuk anak-anak berjaya di dalam apa jua yang mereka ceburi.
  • Mulakan tabiat pemakanan yang baik untuk anak-anak seperti melatih mereka makan lebih banyak protein seperti ikan dan makanan sunnah yang sememangnya baik untuk perkembangan minda.

**Pemakanan yang sihat sangat berkait rapat dengan tubuh badan kita. Untuk mendapat badan yang sihat dan otak yang cerdas, kita harus mengamalkan makanan yang sihat dan berkualiti. Sudah tentu kita akan mencontohi cara Rasulullah SAW kerana itulah cara yang terbaik. Apa yang baginda SAW makan itu merupakan makanan yang terbaik. Jika benar kita yakin dengan sunnah Baginda SAW, pasti kita menjadi orang yang bahagia dunia dan akhirat. Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi berkenaan makanan sunnah untuk kuatkan ingatan. Mengapa kita perlu mengambil makanan sunnah dalam kehidupan kita.

Mengenai bab makan, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 172:

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Al-Baqarah: 172)

Rasulullah SAW juga bersabda berkenaan penjagaan tubuh badan:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”
Hadis Riwayat Muslim

Dengan itu, untuk menjadi mukmin yang kuat kita seharusnya mengambil makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas. Disini saya kongsikan beberapa makanan sunnah nabi SAW.

1)KURMA

2)MADU

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Nahl Ayat 69:

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. “(Al-Nahl: 69)

3)KISMIS

Satu petikan dari kitab Tibb An-Nawawi:

“Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.”
(Petikan kitab Tibb an-Nawawi)

4)MINYAK ZAITUN

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang mulia:

“Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah An-Nuur: 35)

5)BUAH TIN

Buah Tin yang mulia. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (At-Tiin: 1-4)

6)HABATUS SAUDA’

Kehebatan habatus sauda ini telah dijelaskan oleh nabi SAW melalui sabdaannya:

“Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”

7)SUSU KAMBING

 Azizah Ariffin Hos Berita Terkenal

TIDAK mudah bagi pengendali berita TV hari ini untuk mengekalkan rating tontonan berbanding sedekad lalu. Operator Bilik Berita TV mula merasakan beban kehilangan penonton sejak era media baharu menjadi tumpuan.

Era konvengen mencetuskan budaya komunikasi dan informasi interaktif berkonsepkan one stop centre dalam aplikasi gajet terutama telefon pintar.

TV mula mengalami apa yang dialami industri akhbar sejak sedekad lalu. Syarikat akhbar gergasi UK, The Indipendent yang bersejarah pun terpaksa ditutup pada Mac 2016. Semua akibat masalah kemerosotan pembaca. The Indipendent beralih ke platform digital sesuai dengan teknologi media baharu.

Di China, negara populasi terbesar dunia dan ekonomi paling pesat berkembang pada alaf ini, turut diancam kemerosotan pembaca. Pada penghujung tahun lalu, organisasi akhbar di China mengadakan kempen bersama dalam meraih sokongan pembaca.

Ini bencana sedang dialami industri akhbar secara global.

Kesan yang sama kini dirasakan operator berita TV secara global. Fenomena konvergen media baharu, menjadikan TV kehilangan penguasaan bersejarah.

TV diwujudkan sebagai medium komunikasi maklumat seabad lalu. Namun, sejak 70 tahun era popularnya, TV berkembang pesat sebagai medium hiburan. Kewujudan media baharu dengan pelbagai trend pemberitaan yang lebih pantas dan komunikatif menjadikan berita TV dalam banyak hal dianggap ‘time frame oriented and one way traffic news’.

Namun, semua cabaran ini bukan bererti jalan sudah tertutup. Operator TV masih percaya, persekitaran mencabar ini bukan bererti berita TV menuju langka. Malah, realiti ini harus diterima sebagai cabaran. Apatah lagi bagi memastikan generasi muda berusia 18-30 tahun yang menonton TV turut memilih segmen berita.

Bagi TV AlHijrah, langkah meluaskan taklukan tontonan tetap dijalankan secara strategik. Selain mengekalkan wajah-wajah generasi muda, Berita AlHijrah membawa dua ikon hos berita untuk berganding bahu.

Dua hos berita terkenal, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim dan Azizah Ariffin kini menyertai TV AlHijrah. Wan Kamaruddin akan bertugas setiap Sabtu dan Azizah bertindak anchor pada Ahad. Berita AlHijrah disiarkan setiap 8.00 malam.

Kehadiran dua personaliti popular bilik berita ini akan mengalihkan sokongan tontonan generasi lama dan baharu yang mengikuti perkembangan dua hos popular ini.

sumber foto: google & instagram Azizah Ariffin

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Published

on

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Sesungguhnya m4ti itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai m4ti. Namun, bagaimanakah kem4tian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka menc3rca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap c3rca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah ku bur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini. Cari redha Allah.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi m4yat.

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Tidak kurang kisah penyebaran peristiwa ajaib seperti mayat seseorang yang telah meninggal dunia dikalangan masyarakat kita. Kisahnya bermacam versi, kebanyakkan adalah kisah setelah lama kematian seseorang itu lalu kuburnya digali semula didapati mayatnya tidak reput dan tidak hancur malah seakan-akan baru sahaja ditanam. Fenomena ini dikenali sebagai incorruptible body. Lalu hasil dari kejadian sebegitu, ramai orang menyandarkan peristiwa itu adalah petanda Allah menjaga jasad tersebut. Lalu mereka akan mengaitkan bahawa individu ini dahulunya adalah seorang huffaz yang menghafal al Quran, orang soleh, atau orang yang baik-baik dan sebagainya.

Peristiwa mayat tidak reput ini tidak dinafikan sememangnya berlaku. Malah di dalam sebuah hadis nabi Muhammad SAW menyebut:

اَفْضَلُ اَيَّامِكُمُ الْجُمْعَةُ فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَ فِيْهِ قُبِضَ وَ فِيْهِ النَّفْخَةُ وَ فِيْهِ الصَّعْقَةُ فَاكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالُوا وَ كَيْفَ تُعْرَضُ صَلاَتُناَ عَلَيْكَ وَ قَدْ اَرمَتَّ يَقُولُونَ بَلِيْتَ فَقَالَ اِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ اَنْ تَأْكُلَ اَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

“Hari yang paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia meninggal, pada hari itu sangkakala ditiup dan pada hari itu terjadi kiamat, maka perbanyaklah kalian berselawat kepadaku di hari itu, kerana selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku”). Para sahabat bertanya, “Bagaimana selawat kami diperlihatkan kepadamu padahal kamu telah menjadi debu?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”

Hadis di atas diriwayatkan oleh Said bin Manshur, Ibnu Abu Syaibah, Ahmad dalam Musnad-nya, Ibnu ‘Ashim dalam bab berselawat, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibnu Maajah dalam kitab sunan mereka, al-Thabrani dalam kitab Mu’jam-nya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dalam kitab Shahih mereka, dan al-Baihaqi dalam Hayat al-Anbiya’ dan Syu’ab al-Iman dan karangannya yang lain.

Perlu diketahui hadis, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”, telah datang dari jalan yang banyak yang dikumpulkan oleh al-Hafiz al-Mundziri dalam bahagian khusus dan dia berkata dalam al-Targhib wal Tarhib, “Hadits tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dengan sanad yang jayyid (sangat bagus) dan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya dan al-Hakim, dan dia juga menshahihkan hadits tersebut.”

Dalil hadis hanya mengkhususkan bahawa jasad para nabi sahaja dijaga dan tidak dimakan oleh tanah. Sememangnya jasad para nabi akan dijaga berdasarkan hadis ini, dan hadis ini tidaklah mengkhususkan bahawa kesemua jasad yang tidak dimakan tanah itu kesemuanya adalah jasad para nabi kerana terdapat juga jasad-jasad yang lain turut tidak dimakan oleh tanah. Ini kerana dalam konteks hadis ini tidak juga memberi isyarat bahawa perkara itu tidak berlaku kepada orang lain. Malah ia juga berlaku kepada orang yang Allah murkai.
Malah fenomena ini juga berlaku kepada mana-mana manusia di dunia ini. Jika dilihat di negara-negara lain juga terdapat kejadian seperti ini. Tetapi untuk menyandarkan peristiwa ini semata-mata sebagai penanda aras mayat itu diredhai oleh Allah adalah suatu yang perlu berhati-hati.

Sedangkan hal tersebut juga terjadi kepada orang jahat yang dilaknat oleh Allah sepertimana Firaun, firman Allah yang bermaksud:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Jika ingin dikatakan jasad yang ditanam tidak reput dan rosak dimamah tanah itu adalah petanda aras adalah kebenaran kepada agama, maka bagaimana pula dengan jasad firaun juga yang dipelihara oleh Allah sehingga kekal pada hari ini? Begitu juga dengan peninggalan mayat-mayat di Pompeii yang diselaputi dengan letusan gunung berapi yang masih tersisa sehingga hari ini, adakah peninggalan itu menjadi tanda aras Allah meredhai mereka?

Begitu juga hal ini menjadi modal yang dijaja oleh penganut Kristian di Barat terutama denominasi Katolik. Mereka memiliki banyak koleksi mayat dari kalangan paderi (saint) yang tidak reput malah diletakkan di dalam bekas kaca untuk ditonjolkan kepada orang ramai bahawa paderi itu merupakan orang baik dan mayatnya itu dirahmati oleh Tuhan. Antaranya adalah St. Luigi Orione, St. John Neumann, St. Pio da Pietrelcina, St. Bernadette Soubirous dan banyak lagi.

Malah terdapat ramai tokoh agama yang saling mengejar peristiwa seperti ini untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi kebenaran dan keredhaan Tuhan berpihak kepada mereka.

Kita tidak menafikan kuasa Allah dalam menguruskan alam ini. Apa yang mahu dibawa dalam perbicangan ini adalah perlunya mengubah cara berfikir dengan menyandarkan sesuatu perkara itu dengan aras ‘kebenaran’ dan ‘keredhaan’ Allah. Sedangkan kejadian Allah menjaga mayat seseorang dengan petanda Allah meredhainya itu tidak disebut khusus di dalam nas kecuali mengenai jasad para nabi sahaja.

Akan tetapi, masyarakat kita menyebar peristiwa itu seakan agama yang bercakap soal ukuran aqidah keimanan itu. Oleh itu membina pemikiran yang bebas dari sangkaan dan sikap rasa-rasa dalam beragama bukanlah sesuatu yang mudah untuk melawan arus masyarakat yang sedia terjinak dengan perkara-perkara ajaib ini. Terutama untuk membezakan diantara perkara itu berlaku bukan sebagai petanda aras kebenaran semata-mata. Perkara ini perlu diperhalusi dan jangan dirangkul pukal sekali bahawa ia adalah dalil semata-mata untuk kita.
Oleh itu untuk kembali berdiri dengan aqidah yang dibawa oleh al Quran dan Hadis adalah penting untuk membina pemikiran yang berhati-hati terhadap perkara yang melibatkan dengan sentimen keimanan.

Sumber : Amina Jasmine

Continue Reading

Islamik

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Published

on

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.

“Tak pernah ustaz,” jawabnya.

“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.

“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.

Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah.
Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.

“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.

“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.

Oleh: Ustaz Ebit Lew

Continue Reading

Islamik

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Published

on

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Ada orang penat kerana kerja seharian, ada yang penat belajar, bahkan ada yang penat kerana tengah sarat mengandung. Dan macam-macam lagi jenis kepenatan yang dirasai oleh kita. Lain orang pasti lain pengalamannya dan ujian yang perlu ditempuh.

Namun, jika apa yang anda lakukan itu adalah kerana diri sendiri, agama dan juga untuk Allah, pasti akan ada ganjaran yang Allah berikan. Sedarkah anda, setiap kepenatan dan peluh yang dilalui itu ada jenisnya yang disukai Allah? Ada diceritakan melalui beberapa dalil mengenai jenis kepenatan yang disukai Allah, antaranya;

1. Penat Dalam Mengajak Kepada Kebaikan

Dalam kita menegur atau berdakwah ke arah kebaikan, tidak semua orang suka kepadanya. Ada yang akan mengambil masa yang lama untuk menerimanya dan ada juga yang langsung tidak mengendahkan apa yang kita sampaikan.

Jangan berputus asa! Yang paling penting ialah kita sendiri yang perlu sentiasa sabar dan terus berdakwah ke arah kebaikan. Walau kita penat kerana apa yang dilakukan itu kadang-kadang sehingga boleh menimbulkan kecaman, namun percayalah setiap usaha yang dilakukan amatlah disukai Allah.

Mafhum: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat, 41:33)

2. Penat Dalam Beribadah

Hati manusia itu sentiasa berbolak-balik. Ada masa-masanya mungkin perasaan suka akan beribadat itu boleh diganti dengan perasaan yang lesu dan lemau. Apabila berada dalam situasi ini, salah satu sebabnya adalah kerana penat. Penat dalam beribadah ialah penat yang disukai Allah. Kerana kita telah meletakkan tenaga kita kepadaNya.

Jangan risau. Perasaan itu boleh sembuh jika kita tidak memaksa. Cuba untuk berehat dan cari balik motivasi untuk beribadah.

Mafhum: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).” (Surah Al-Ankabut, 29:69)

3. Penat Mengandung, Melahirkan Dan Menyusukan

Wanita yang mengandung, melahirkan dan menyusu anaknya akan mengalami kepenatan dan kesakitan yang hanya dilalui oleh mereka. Betapa hebatnya wanita sehingga Allah memberi kekuatan kepada mereka sedemikian rupa.

Kepenatan yang dialaminya itu merupakan salah satu perkara yang disukai Allah kerana ia adalah pengorbanan yang luar biasa yang dilakukan untuk melahirkan khalifah di muka bumi. Hatta, ibu bapa yang penat membesar dan mendidik anak juga akan diberi ganjaran pahala yang tidak ternilai.

Mafhum: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.” (Surah Luqman, 31:14)

4. Penat Dalam Mencari Nafkah

Mencari nafkah dan rezeki itu adalah perkara yang dituntut bahkan ia adalah keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sama ada yang bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam atau yang bekerja secara shift, semuanya pasti ada kepenatan sendiri yang perlu dilalui.

Namun, percayalah jika ia adalah rezeki dan nafkah yang halal, maka ia adalah sesuatu yang disukai Allah.

Mafhum: “Kemudian, setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jumu’a, 62:10)

5. Penat Dalam Menuntut Ilmu

Apabila kita lihat cabaran-cabaran yang dilalui mahasiswa hari ini, ujiannya adalah pelbagai. Ditambah pula dengan episod COVID-19 yang perlu dilalui. Ada yang berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, ada yang perlu menghabiskan wang untuk keperluan pelajaran dan sebagainya.

Itu semua adalah asam garam dalam belajar. Kepenatan ini, jika ia membuahkan hasil suatu hari kelak pastinya akan membuatkan anda mampu mengukir senyum lebar dan merasa berbaloi dengan kesusahan yang dialami itu.

Mafhum: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya.” (Surah Ali-Imran, 3:79)

6. Penat Dalam Urusan Keluarga

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa mahupun kakak atau abang merupakan salah satu amanah yang perlu dijalankan dengan baik. Tidak semestinya tugas menjaga keluarga itu jatuh di atas bahu orang tua sahaja, namun juga kepada anak-anak.

Setiap keluarga itu pasti mempunyai ombak dan badai yang perlu diharungi. Bukan hari-harinya disinari pelangi. Justeru, walau penat menjengah, jangan pernah berputus asa dengan ujian itu.

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Continue Reading

Trending