Bagi Alasan Nak Bersiar-Siar Hirup Oksigen Anugerah Tuhan, Tindakan Lelaki Gelang Pink Buat Netizen Bimbang

Umum pasti mengetahui negara kita ketika ini sedang berdepan gelombang ketiga Covid-19 yang paling menakutkan. Dengan angka jangkitan melepasi parasa 19,000 setiap hari,Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP serta mengambil vaksinasi secepat mungkin.

Malah peningkatan kes ini menyebabkan MKN dan KKM memutuskan keperluan bagi pesakit bagi tahap 1 dan 2 yang disahkan positif yang sudah melepasi penilaian oKKM untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah. Terbaru, seorang pengguna Twitter, @pvencessfatin meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan seorang individu positif Covid-19 yang bertindak keluar dari rumahnya dengan alasan untuk menghirup udara segara.

Menerusi perkongsiannya, dia turut berkongsi video yang dimuat naik individu berkenaan berserta kenyataannya didalam video tersebut yang berpendapat pesakit Covid-19 perlu mendapatkan udara segara sekurang-kurangnya 15 min dalam sehari.

Malah individu tersebut turut meminta jiran-jirannya agar tidak berasa takut dengan kehadiran mereka dipercayai merujuk kepada tindakannya berada di luar rumah walaupun sudah disahkan positif. Menerusi perkongsian sama oleh pengguna Twitter tersebut, dia dimaklumkan kejadian tersebut berlaku di Saujana Aman, berdekatan puncak Alam dan Saujana Utama .\

Dia yang turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan seseorang dipercayai penduduk disana turut mengesahkan yang wanita tersebut sememangnya positif Covid-19. Menerusi tangkap layar perbualan itu juga, satu laporan polis telah dibuat dan kes berkenaan kini dalam siasatan polis.

Jelas wanita itu lagi, video asal yang dikongsikan pengguna TikTok berkenaan juga sudah dipadamkan dari laman berkenaan. Perkongsian tersebut nyata menggusarkan orang ramai yang menyifatkan dia seolah tidak tahu bagaimana virus tersebut merebak. Malah ramai mengecam tindakannya yang disifatkan penting diri malah tidak patuh pada arahan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian wabak tersebut.

Namun setakat ini belum terdapat sebarang pengesahan dari pihak berkuasa berhubung dakwaan tersebut. Kami akan mengemaskini artikel ini jika terdapat pemberitahuan dari pihak berkuasa.

kredit buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*