Beli emas jangan sampai lemas, Orang Perempuan Wajib Baca!

  1. Nak beli emas, jangan la dengan duit yang kita nak guna dalam jangkamasa terdekat. Nanti kita lemas.
  2. Nak beli emas jangan la hanya ikut-ikutan, kena ada matlamat. Dah beli emas kena cari ilmu. Kalau tiada ilmu nanti kita lemas.
  3. Nak beli emas jangan la sampai kita buat pinjaman. Pastinya kita akan lemas.
  4. Nak beli emas jangan la dengan duit belanja dapur sampai dapur tak berasap. Cukup la beli sebulan segram tetapi secara istiqamah. Itu yang terbaik dan pastinya tak akan lemas.
  5. Beli 1 dinar atau 1 gram, jangan la anggap ianya sebagai pelaburan. 1 dinar atau 1g hanya layak dianggap sebagai simpanan.
  6. Ada yang beli emas dengan semua duit gajinya, kemudian dipajak dan gunakan duit pajakan sebagai duit perbelanjaan. Katanya dengar nasihat si penjual emas. Ini sebenarnya hanya tebalkan poket si penjual. Akhirnya anda pasti mati lemas sebab tak dapat bayar duit pajakan.
  7. Gunakan pajakan untuk pajak emas, beli emas dan pajak lagi, beli dan pajak lagi. Akhirnya anda bukan sahaja lemas tapi akan koma terus.
  8. Pastikan beli emas yang ada emas fizikalnya. Jangan beli emas yang janji dapat dividen setiap bulan. Pastinya tak sampai setahun, anda akan mati lemas..😄
  9. Beli emas yang boleh di pajak dan mudah dijual balik dan yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi. Agar kita tak lemas mencari tempat untuk menjualnya.
  10. Kalau duit ngam2 tinggal RM5K je, jgn beli emas dulu kerana 👇

SEBELUM BELI EMAS PASTIKAN ANDA TAHU PERKARA INI

  • Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 5% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.
  • Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan, (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh pekedai emas, dan (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas pelaburan Sri Ayu.
  • Bukan emas itu yang membuatkan kita kaya, tapi ILMU kita tentang emas tu yang boleh membuatkan kita kaya. Lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung yang akan kita dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca artikel-artikel tentang emas di blog ini, atau sekurang-kurangnya baca 1 buku pelaburan emas yang berkredibiliti sebelum bermula. Datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*