Connect with us

Petua Berguna

Belum Ada Rezeki Zuriat? Cuba Amalkan Daun Dukung Anak

Published

on

Untuk mereka yang belum dikurniakan zuriat lagi, anda boleh ikuti petua yang dikongsikan oleh Puan Norsuhaila Mohd Zuki tentang kebaikan Daun Dukung Anak yang dikatakan boleh membantu untuk mendapatkan zuriat. Kita sebagai hambaNYA perlu sentiasa berusaha dan kita kena ingat kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan ape yang berlaku. Teruslah teguh berdiri mengharap rahmat daripadaNya.

Ikuti perkongsian dari Puan Norsuhaila Mohd Zuki ini.

Kebaikan Daun Dukung Anak

Saya baru balik berurut dengan seorang makcik.. dia beritahu anknya dh 4 tahun kahwin tak dpt zuriat, dan ada org beritahu agar rebus daun dukung anak ni dan minum… Alhamdulillah anknya baru selamat bersalinkan ank pertama 2 bulan yg lalu… begitu juga dgn kwn2 anknya yg tak dpt ank pun lepas minum air daun ni terus mengandung…


Saya kongsikan perkara ni mana tahu dpt membantu para wanita di luar sana yg masih tidak dikurniakan zuriat. Saya tak jual daun ni ya ? Ni makcik tu petikkan di belakang rumahnya masa sy nak balik td sbb makcik tu kata blh tunjuk pd rakan2 yg lain..makcik tu pun sebelum ni tak pernah tahu ttg kebaikan daun ni, bila ada yg beritahu anknya dan Alhamdulillah dgn izin Allah, anknya dpt zuriat dan sebab tu dia mula kongsikan… makcik tu kata daun ni mudah ditemui, kdg2 tumbuh sekitar pasu2 bunga.. utk bayi kena kuning pun elok juga… baru teringat makcik tu ada beritahu…

Tips nk rebus:

Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dgn 2 cawan air… rebus smpai la airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air.. lepas tu minum dan selawat dan berdoa…
kita usaha selebihnya Allah jua yg mengizinkan.
sharingiscaring

Sumber dari Facebook Norsuhaila Mohd Zuki

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua Berguna

Ibu Bapa Jangan Sesekali Beri Air Rebusan Ini Kepada Bayi, Ini Sebabnya

Published

on

Ibu Bapa Jangan Sesekali Beri Air Rebusan Ini Kepada Bayi, Ini Sebabnya

Banyak petua orang dulu-dulu yang masih menjadi amalan sehingga ke hari ini, meskipun ada yang tidak ditentu sahkan keberkesanannya dari sudut sains dan kesihatan. Antaranya, petua memberi bayi minum air rebusan nasi atau air kanji sebagai tambahan kepada susu anak-anak.

Menerusi satu perkongsian oleh Dr Imelda Balchin, amalan memberikan air kanji kepada bayi adalah tidak digalakkan sama sekali kerana air daripada rebusan nasi ini hanyalah mempunyai karbohidrat dan tidak cukup protein buat bayi membesar dengan sihat.

Berikut merupakan perkongsian beliau:

Jangan laaa bagi baby minum air rebusan nasi atau air kanji. Ini petua orang tua-tua pada zaman dulu. Petua orang dulu tu untuk zaman dulu, bukan untuk zaman sekarang. Kita kena faham,

  1. Zaman dulu, kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari zaman sekarang. Zaman dulu, ibu-ibu bersalin di rumah tanpa bidan bertauliah. Punca utama kematian ibu bersalin zaman dulu ialah pendarahan yang tidak terhenti semasa dan selepas bersalin. Bila ibu meninggal dunia dan tiada ibu susuan lain, mana depa nak cari susu formula? Kalau bagi susu lembu atau susu kambing, bayi akan dapat sakit perut, cirit-birit dan demam, sebab bayi manusia susah nak hadamkan protin dari susu lembu dan kambing. Protin yang susah hadam ini juga membebankan buah pinggang bayi yang masih belum cekap dan akibatnya ramai bayi zaman dulu pun sakit atau meninggal dunia. Jadi zaman dulu, depa terpaksa bagi air kanji.
  2. Zaman dulu, jika ibu-ibu yang mengalami pendarahan yang teruk ini hidup, mereka sangat lemah, sebab zaman dulu tak ada transfusi darah. Ibu-ibu yang kekurangan darah yang teruk ini tak boleh bangun dan badan tak boleh buat susu sehingga kuat semula. Sebab itu mereka tiada pilihan, mereka bagi bayi minum air kanji. Mereka tak bagi ibu bangun, dan ibu kesejukan kena pakai setokin. Bila kekurangan darah, kita kena tahu saluran darah ke kaki akan menguncup untuk mengalihkan darah ke organ-organ ibu yang penting. Sebab itu lah kaki ibu-ibu yang bersalin di zaman dulu sangat sejuk dan kena pakai setokin kerana mereka ada lebih masalah kekurangan darah.
  3. Zaman dulu, ada banyak pantang larang untuk ibu-ibu baru bersalin. Mereka yang bersalin di rumah zaman dulu ada lebih masalah obstetric fistula, iaitu koyakan teruk yang menyebabkan ada lubang di antara pundi kencing dan vagina. Sebab itulah bila mereka minum, air dari pundi kencing yang bocor boleh meleleh keluar ke vagina. Sebab itu lah zaman dulu depa kata kalau minum air banyak selepas bersalin, boleh dapat becak, basah, busuk, rahim kembang. Sebab itu lah zaman dulu, orang tua tak bagi ibu yang baru bersalin minum, sebab ramai ibu di zaman dulu dapat obstetric fistula. Jika ibu tak minum, tak boleh buat susu. Sebab itulah depa terpaksa bagi bayi minum air kanji.

Zaman sekarang, ibu-ibu bersalin di Hospital, kami pastikan pendarahan berlebihan dihentikan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Ada ibu, ada susu ibu. Zaman sekarang, Ibu yang lemah sebab kekurangan darah akan ditambah balik darah ibu dengan transfusi darah, supaya kuat semula dengan cepat sebelum pulang ke rumah. Ibu sihat, ada susu ibu.

Zaman sekarang, kami tak benarkan masalah obstetric fistula ini berlaku lagi. Kami tak benarkan ibu melalui proses labour terlalu lama berhari-hari dan kami tak benarkan ibu teran terlalu lama berjam-jam. Jika susah nak bersalin, kami buat pembedahan Caesar, atau kami bantu dengan vacuum. Jika koyak, kami jahit semula. Kami tak benarkan ibu-ibu dapat obstetric fistula seperti zaman dulu dan seperti yang masih lagi berlaku kepada 140 ribu ibu setahun di benua Afrika di zaman sekarang. Kami akan pastikan yang ibu-ibu selepas bersalin TIADA becak, dan boleh kencing dengan betul, melalui saluran kencing yang betul, sebelum dibenarkan pulang ke rumah dari Hospital. Jadi ibu-ibu yang bersalin di zaman sekarang, digalakkan minum air dengan cukup supaya tidak kehausan dan boleh buat susu ibu banyak-banyak.

Kami galakkan ibu-ibu supaya kerap menyusukan bayi supaya meningkatkan produksi susu badan. Kami tak bagi ibu pantang makanan berkhasiat di Hospital supaya boleh buat susu ibu. Jika ibu sakit dan tak boleh buat susu, baru bagi bayi tambahan susu formula, bukan air kanji dan bukan susu lembu atau susu kambing.

Kenapa tak boleh bagi air kanji? Sebab air kanji hanya karbohidrat, tak cukup protin untuk bayi membesar. Sebab inilah di Indonesia di mana masih ramai yang masih mengamalkan air kanji untuk bayi ada masalah pembesaran bayi yang TERBANTUT. Sebab inilah kerajaan Indonesia membuat kempen AIR SUSU IBU untuk rakyat Indonesia, semoga berhenti memberi air kanji kepada bayi.

Nak bagi air kanji atau bubur nasi, boleh bagi selepas umur 6 bulan sebagai makanan pelengkap.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua. Yakin lah dengan perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan doktor-doktor perubatan Malaysia. Dengarlah nasihat kami. Kami hanya mahukan kesihatan yang terbaik untuk ibu-ibu dan bayi.

Continue Reading

Petua Berguna

Anda Sukar Untuk Hamil? Jom Baca 6 Tanda Rahim Wanita Jatuh Atau Jatuh Peranakan

Published

on

Assalamualaikum. Selamat petang semua. Ibu harap anda semua sihat. Ibu Dhia dalam entri kali ini ingin berkongsi pada semua tentang satu situasi yang kerap berlaku oleh ibu-ibu selepas bersalin iaitu Rahim Jatuh. Mesti semua pernah dengar kan? Masalah rahim jatuh ini amat bahaya sekiranya tidak dirawat seawal mungkin.

Punca-punca rahim turun

1. Jatuh terhentak yang kuat
2. Angkat benda yang berat
3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
4. Tolak benda dengan kaki terutama sekali menggunakan ibu jari
5. Obesiti (Berat berlebihan)
6. Pergerakan yang lasak

Kesan akibat peranakan jatuh

1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika ‘bersama’ suami.
7. Rasa kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak keluar dari faraj.(Ini peringkat yang teruk).

Tanda awal rahim jatuh

1. Selalunya waktu petang lepas asar badan rasa nak demam, kaki tangan rasa sejuk.
2. Terasa nak buang air kecil dengan kerap.
3. Sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut.(ari-ari)
4. Kalau berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan rasa sengal.
5. Cepat rasa penat kalau buat kerja.
6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Cuba Check

1. Baring lurus, jangan guna bantal.
2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.

Harapnya dengan perkongsian ini, dapat membantu anda semua menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria. Lepas baca, tunggu apa lagi? Share la jika bermanfaat ya

Continue Reading

Petua Berguna

INFO SIHAT yang perlu diketahui

Published

on

1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak. Juga elakkan membawa barang-barang berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.

2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut.

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yang sering ‘cramp’ dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis dijus bersama dapat menjadi ubat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.

Panduan Kesihatan

1. Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt istirahat.

2. Hanya boleh makan 4 butir telur seminggu. Kalau lebih tidak baik.

3. Bontot ayam mengandungi karsinogen, penyebab kanser. Jangan makan tungking ayam.

4. Makan buah seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

5. Masa haid janganminum teh lebih-lebih lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

6. Kurangkn minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

7. Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

8. Tiap pagi bangun tidur minum gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

9. 3 jam sebelum tidur jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. Tiap hari minum air gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. Siang hari perlu banyak minum air putih, malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. Minum kopi jangan lebih cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. Jangan makan makanan yg tinggi lemak karena perlu 5-7 jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk kerana otak kekurangan oksigen.

17. Setelah jam 5 ptg jangan makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.

18. 10 jenis makanan sihat:

Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.

19. Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. Lemon panas membunuh sel kanser.

Dah baca? Tunggu apa lagi? Share jika bermanfaat.

Continue Reading

Trending