Berita Gembira Diumumkan Oleh Menteri Kewangan, Rakyat Malaysia Yang Layak Boleh Cek Akaun Jumaat Ini

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada penerima golongan B40 akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan berkenaan akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah, sejuta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

“Pembayaran ini akan disalurkan dengan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing mulai hari ini hingga Jumaat ini. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak pula akan menerima bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion mengambil kira pembayaran Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan. Beliau berkata, jangkaan pembayaran Fasa 3 pada September depan pula dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion. “Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh kerajaan bagi pelaksanaan BPR yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40,” katanya.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*