“Bertaubatlah Para Suami Yang Tak Solat, Kalian Sepatutnya Bawa Anak Isteri Ke Syurga,”

Professor Muhaya bukan nama yang asing bagi masyarakat Malaysia. Beliau seorang doktor mata yang selalu memberi kata-kata motivasi dan nasihat didalam media so si al. Kata-kata motivasi dan nasihat beliau sering mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan pengguna media so si al kerana nasihat yang beliau sampaikan dalam menusuk kalbu dan menyerap dalam jiwa setiap pendengar.

Professor Muhaya kali ini telah memberi nasihat terhadap golongan lelaki yang tidak bekerja serta yang malas mendirikan solat. Professor Muhaya telah memuat naik video tersebut di laman Istagram miliknya.

“Assalamualaikum banyaknya orang tanya saya, Prof macam mana suami saya ni tak bekerja, saya kerja dan bayaran bil semua saya yang buat?

“Ini saya nak sebut tagline ini; ‘suami malas akan suka cari isteri berdikari’. Cuba tengok sentap atau tidak, kalau suami cakap saya nak cari wanita yang independent, ada kerjaya dan sebagainya takut-takut anda sebenarnya malas untuk menunaikan tanggungjawab.

“Dan ingat setiap kali anda (suami) tidak diberi nafkah akan dituntut,” pesannya.

Pada masa yang sama Prof Muhaya turut memberikan nasihat yang agak sentap kepada semua bakal suami di luar sana.

“Saya nak jawab soalan kepada suami isteri mengenai soalan ini, suami yang tidak solat dan sebagainya.Tolong, suami yang tak solat tolong taubat sebab kalian sepatutnya membawa anak serta isteri ke syurga. Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, pada saya sia-sia hidup dia. Cuba audit balik hidup kita.“Hentilah dulu nak pergi mengeteh atau apa, tengok pada keluarga terlebih dulu,” katanya

Ramai pengguna media so si al yang melihat video nasihat prof Muhaya sangat setuju dengan apa yang dikatakannya. Untuk mengikuti setiap video motivasi dan nasihat beliau, anda boleh ikuti laman instagram milik beliau. Semoga kita mendapat manfaat bersama-sama.

Foto: Instagram Profesor Muhaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*