Bertunang Selama 48 Tahun, Akhirnya Pasangan Ini Kahwin Semasa Menjadi Warga Emas

Sepasang kekasih dari London akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin selepas bertunang selama 48 tahun, lapor akhbar The Sun kelmarin. Dave Scott, 78 dan Pamela, 72, bertemu pada tahun 1969 ketika Scott berumur 26 tahun.

Empat tahun selepas itu, mereka bertunang namun tidak melangsungkan perkahwinan disebabkan beberapa kekangan. Scott dan Pamela bertemu pada tahun 1969 dan bertunang empat tahun kemudian. – Louis Wood News Group Newspapers/The Sun

“Saya telah mengadakan majlis pertunangan pada tahun 1973 dan ia merupakan satu malam yang hebat,” ujar Scott. Tambahnya, kehidupan menjadi sedikit rumit selepas itu sehingga menyebabkan mereka berdua terpaksa menangguhkan perkahwinan.

“Kami berdepan banyak dugaan hidup. Saya kerap tidak bekerja, ibu bapa saya jatuh sakit, dan pada tahun 1989, Pamela didapati hamil. Kami amat terkejut kerana pada waktu itu, dia berusia 40 tahun dan saya berusia 46 tahun. Disebabkan itu, perkahwinan terpaksa ditangguhkan lagi,” katanya.

Bagaimanapun, ketika anak mereka, Dean memberitahu rancangannya untuk berkahwin dengan gadis pilihannya pada Oktober ini, Scott dan Pamela berasa sudah tiba masa mereka mendirikan rumah tangga. “Kami berkahwin sebelum Dean. Dia terkejut kerana kami berdua akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin selepas satu tempoh yang lama,” katanya. – AGENSI

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*