Betulkan Cara Bercakap serta Peluk Anak Lelaki Atau Perempuan, Hasilnya Mereka Lebih Mendengar Kata!

Muslim family relaxing and playing at home

Rupanya nak bercakap mahupun pluk anak lelaki atau perempuan ada caranya. Bukan main cakap atau pluk. Tapi tak perlulah mak ayah sampai pening kepala, sebab cara betulnya mudah saja.

Inilah yang dimaklumkan oleh Rehan Sidik, Pengasas Tadika Permata Raudhah yang mempraktikkan Quranic Early Childhood Practitioner. Teknik yang dikongsikan ini namanya Islamic NLP (NEuro Languistic Programme) iaitu Teknik Bercakap dan Memluk Anak.

Cara Betul Bercakap Dan Peluk Anak Lelaki Atau Perempuan

1. Teknik bercakap Dengan Anak Perempuan Dan Lelaki

Dengan Anak Perempuan

Kita bercakap terus muka kepada muka. Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik.

Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan.. mak, ambillah kesempatan untuk melayan anak-anak bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu. Santai-santai saja, sambil makan-makan petang. Ok kan?

Dengan Anak Lelaki

Lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’. Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni.. Zuuppp..

Insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perang sang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.

2) Teknik Memeluk Anak Perempuan Dan Lelaki

Dengan Anak Perempuan

Lihat pelukan pada anak perempuan ya. Kak Rehan tepuk dan gosok-gosokkan di atas belakangnya. Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya.

Semoga bila mak gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan.. bila tahu tekniknya ni.

Dengan Anak Lelaki

Bagi anak lelaki, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas. Lihat tangan akak tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagilah se’das dua’ nasihat.

Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau. Insya Allah, sama-sama kita hasilkan anak-anak yang mendengar kata.

Selamat mencuba Teknik Islamic NLP. Moga bila mak-mak dah tahu cara betul peluk dan bercakap dengan anak, selepas ini dah boleh praktikkan ilmu yang dikongsikan ini.

Sumber/Foto: Rehan Sidik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*