Connect with us

Islamik

Biar Lambat Kahwin Asalkan Kahwin Dengan Orang Yang Betul. Baca 8 Tips Penting Ini!

Published

on

Sejak belakangan ini, masalah penceraian dalam masyarakat kita semakin meningkat dari hari ke hari. Tidak kira dalam kalangan pasangan muda, mahupun yang sudahpun melayari bahtera lebih 20 tahun. Masalah ini sering berlaku.

Benar, ia takdir Allah dan kita seharusnya menerima hakikat jodoh di tangan Allah. Tiada sesiapa sukakan mahupun mengharapkan penceraian.

Kes penceraian berpunca dari pelbagai jenis alasan. Dari sebesar-besar isu seperti kes dera atau pasangan yang tidak mendapat zuriat, sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti suami suka menyepah baju kotor atau isteri tidak pandai berhias.
Walau apa pun punca, ia semuanya alasan. Dalam melayari bahtera perkahwinan, suami dan isteri seharusnya saling bertolak ansur, memahami, menghormati dan menyayangi.

Sifat itu tidak hanya boleh datang dari sebelah pihak semata-mata. Kedua-duanya harus memainkan peranan yang penting. Disebabkan itu, perkara paling utama dalam perkahwinan adalah mencari pasangan yang sesuai.

Antara kesilapan terbesar yang sering dilakukan oleh golongan muda kita adalah terburu-buru membuat keputusan untuk berkahwin tanpa betul-betul mengenali pasangan dengan betul.

Saya tidak menggalakkan couple atau “dating secara halal” sebelum perkahwinan. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Tetapi saya menggalakkan mereka yang ingin berkahwin untuk mengenali pasangan dengan bertanyakan beberapa soalan kritikal sebelum membuat keputusan untuk meneruskan langkah seterusnya.

Mencari pasangan bukanlah seperti membeli sayur di pasar. Asalkan cantik dan menarik, kita beli tanpa benar-benar mengetahui sayur tersebut sudah berulat di dalamnya atau tidak. Sekiranya anda sedang dalam fasa “mengenali seseorang”, ikutilah panduan di bawah untuk mengetahui ciri pasangan yang dicari dan yang patut dielakkan.

8 Panduan Mengelak Dari Mengahwini Orang Yang Salah

1 Jangan Kahwini Kerana Potensi

Seringkali, lelaki mengahwini seseorang dengan harapan wanita tersebut tidak akan berubah. Kekal cantik dan anggun. Seringkali juga, perempuan mengahwini seseorang dengan harapan lelaki itu akan berubah. Daripada pemarah kepada penyayang. Daripada menghisap rokok sehingga berhenti merokok kerananya.

Jangan sesekali menyangka anda boleh mengubah pasangan anda mengikut acuan yang anda mahukan selepas mengahwininya.Sekiranya anda tidak boleh menerima tabiat si dia, atau tidak boleh membayangkan untuk menghabiskan usia bersamanya sekiranya dia masih meneruskan tabiat tersebut, jangan membuat keputusan untuk berkahwin dengannya.

2 Pilih Karakter, Lebih Dari Keserasian

Lumrah manusia untuk mencari pasangan yang mempunyai daya tarikan dan keserasian dengan mereka. Namun, karakter adalah komponen paling penting dalam mencari bakal suami/isteri kita. Jadi, apa karakter tersebut?

Merendah diri: Orang yang merendah diri tidak akan sesekali demand atau terlalu meminta, sebaliknya meletakkan prinsip dan nilai mereka melebihi keselesaan diri sendiri. Mereka lebih pandai mengawal marah, sentiasa bersederhana dan tidak materialistik.

Gembira: Orang yang sentiasa gembira adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa jua yang dia perolehi. Mereka lebih positif dan fokus hanya pada apa yang dia ada, bukan meratapi apa yang dia tiada. Mereka juga jarang merungut.

Tanggungjawab: Orang yang bertanggungjawab mempunyai kewangan, perhubungan, karakter dan kerjaya yang lebih stabil. Anda pasti boleh bergantung padanya dan mempercayai kata-katanya.

Baik hati: Orang yang baik hati lebih mementingkan untuk menggembirakan orang lain, dan meringankan beban orang lain. Untuk mengetahui adakah seseorang itu baik hati atau tidak, perhatikan bagaimana dia melayan ahli keluarganya, adik-beradik dan ibu bapanya.
Adakah dia menghargai segala pengorbanan mereka. Sekiranya tidak, dia selamanya tidak akan menghargai apa jua yang anda lakukan untuknya. Perhatikan juga, bagaimana dia melayan orang lain?

Makcik penjual nasi lemak di pasar malam, tukang sapu sampah di jalanan, pekerja pam stesen minyak dan lain-lain? Bagaimana dia menguruskan perbelanjaan? Bagaimana dia menghadapi perasaan marah dan bagaimanakah respon beliau terhadap kemarahan seseorang?

3 Tidak Abaikan Perasaan Pasangan

Lelaki dan wanita masing-masing mempunyai keperluan emosi yang tersendiri. Demi mengekalkan perhubungan, keperluan emosi tersebut haruslah dipenuhi. Keperluan emosi hakiki wanita adalah untuk disayangi, sementara keperluan emosi lelaki adalah untuk dihormati dan dihargai. Berhenti dan berfikir sejenak. Sekiranya anda seorang lelaki, adakah anda mampu untuk menyayangi calon isteri anda sepanjang hayat anda? Adakah dia akan sentiasa menghormati dan menghargai anda?

Cinta semata-mata tidak cukup hanya dengan sekadar menyimpan perasaan sayang padanya. Anda perlu sentiasa meluahkan rasa sayang anda padanya, dengan kata-kata dan perbuatan. Biarkan dirinya rasa disayangi dan dihargai setiap hari. Memeluk dan menciumnya setiap kali sebelum bertolak ketempat kerja, membantu menguruskan rumah dan anak-anak, sekali sekala belikannya bunga tanda anda berterima kasih atas segala pengorbanannya, puji kecantikannya dan macam-macam lagi. Dengan cara ini, pasangan anda pasti akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anda. Ingatlah, penghormatan dan penghargaan akan datang dengan sendirinya sekiranya anda mampu menunjukkan contoh dan sifat yang terbaik diri anda.

Sekiranya anda seorang wanita, berfikirlah sejenak. Adakah anda mampu menghormati dan menghargai si dia sepanjang hayat anda Adakah calon suami anda akan sentiasa menyayangi anda? Sebaik berkahwin, suami seharusnya berada di tempat yang teratas keutamaan anda, melebihi ibu bapa anda, melebihi anak-anak dan melebihi sanak saudara anda. Sekalipun anda berpendapatan dan berpendidikan lebih tinggi darinya, anda seharusnya menghormati dan menghargainya. Sama seperti kasih sayang, penghormatan dan penghargaan tidak seharusnya sekadar dalam hati.

Anda harus meluahkannya dengan kata-kata dan perbuatan. Memasak makanan kegemaran suami, menjaga kata-kata agar tidak melukakan hatinya, meminta izin sebelum keluar kemana-mana, membelanjakan duitnya dengan berhemah, berusaha memberikan yang terbaik buat dirinya, tidak merendah-rendahkan usahanya, sentiasa memberitahunya betapa anda bersyukur mempunyai dia dalam hidup anda, dan macam-macam lagi. Dengan cara ini, suami akan lebih menyayangi dan melayan anda sebaik mungkin.

4 Elakkan Mempunyai Perancangan Hidup Yang Berbeza

Dalam perkahwinan, mempunyai perancangan hidup yang sama adalah sangat penting. Pasangan yang mempunyai perancangan hidup yang berbeza mempunyai kebarangkalian untuk berpisah akibat kehendak dan misi hidup yang berbeza.
Ketahui dahulu apakah perancangan hidup calon pasangan hidup anda. Dalam erti kata lain, apakah yang beliau betul-betul mahu dalam hidup.

Kemudian, tanya pula diri anda. Adakah anda menghormati perancangan hidup beliau? Adakah anda bersedia untuk mengharunginya bersama-sama anda? Adakah perancangan hidup beliau bertentangan dengan cita-cita anda?
Duduk dan berbincang dahulu akan perancangan hidup masing-masing. Pasangan yang tidak mempunyai perancangan hidup juga merbahaya. Ini melambangkan beliau tidak berminat untuk memperbaiki taraf hidup diri sendiri dan keluarga kearah yang lebih baik.

5 Elakkan Zina Atau Sebarang Aktiviti Yang Mendekatinya

Ketahuilah, terdapat beribu hikmah disebalik mengapa Islam menegah zina atau sebarang aktiviti yang mendekatinya. Saya percaya, calon pasangan yang menjaga batas-batas pergaulan dan menghormati diri anda dengan tidak menyentuh anda sebelum berkahwin merupakan calon pasangan yang mampu menghormati dan menjaga anda sebaiknya sepanjang hidup beliau.

Sekiranya sedari awal beliau tidak mampu menahan perasaannya untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya, walaupun sekadar memegang anda, adakah anda pasti selepas berkahwin, beliau tidak akan melakukan perkara yang sama pada orang lain pula?
Sekiranya sebelum berkahwin beliau sudah berani mengajak anda berzina, adakah anda pasti beliau tidak berani mengajak orang lain pada masa yang sama? Aktiviti seksual tidak salah dilakukan, malah mendapat pahala jika melakukannya HANYA sekiranya halal. Ia lebih manis dilakukan dalam keadaan tanggungjawab, dimana pasangan tersebut sudah berjanji untuk saling menyayangi dan menjaga dibawah rahmat Allah.

6 Elakkan Kekurangan Hubungan Emosi

Terdapat empat soalan yang anda boleh menjawabnya dengan YA:

Adakah saya menghormati dan mengagumi si dia ini? Apakah perkara yang saya hormati dan kagumi berkenaan dia secara spesifik?
Adakah saya mempercayainya? Bolehkah saya bergantung padanya? Adakah saya menghormati setiap keputusan dan pertimbangannya? Adakah saya mempercayai setiap kata-katanya?
Adakah saya berasa selamat disampingnya? Bolehkah saya menjadi diri sendiri apabila bersamanya? Bolehkah saya meluahkan setiap perasaan dan pemikiran saya padanya?
Adakah saya berasa tenang bersamanya? Sekiranya tidak pasti atau tidak tahu adalah antara jawapan anda, teruskan menilai sehingga anda betul-betul pasti dan faham akan perasaan anda. Ingatlah, sekiranya jawapannya bukan YA sekarang, jawapan tersebut tidak akan selamanya berubah walaupun selepas perkahwinan!

7 Percaya Pada Gerak Hati

Memilih orang yang anda tidak berasa selamat setiap kali bersamanya bukanlah alamat yang baik untuk rumahtangga yang bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Apabila anda tidak berasa selamat, anda berasa tidak bebas untuk meluahkan perasaan sebenar dan pendapat anda. Perhatikan perkara-perkara ini:

Mengongkong: Anda terpaksa mengawal perlakuan anda, cara anda berfikir, cara anda berpakaian, dengan siapa anda keluar, apa yang anda suka makan, bagaimana anda menghabiskan masa. Semuanya termasuk dalam perlakuan yang dikawal oleh bakal pasangan.
Dalam erti kata lain, pasangan anda gemar mengongkong! Kenali perbezaan antara cadangan atau arahan beliau. Sekalipun dia mahu mengubah anda menjadi orang yang lebih baik, beliau sepatutnya mengajak anda berubah perlahan-lahan, bukannya dengan cara memaksa.
Masalah mengawal amarah: Terdapat sesetengah orang yang gemar meninggikan suara pada pasangannya sekalipun perkara yang berlaku hanyalah kecil. Ada juga orang yang tidak mampu mengawal stress akibat perkara lain, dan melepaskan kemarahannya pada orang lain.

Tambah memburukkan, orang tersebut gemar mencarut, memaki, menghina dan mencederakan pasangannya. Sekiranya bakal pasangan anda mempunyai ciri-ciri seperti ini, jangan hanya bersabar dan mengharapkan dia berubah menjadi lebih baik selepas berkahwin. Mustahil!

Pasangan yang suka berahsia: Banyak pasangan sering melakukan kesilapan dengan tidak berbincang. Tanya diri anda “Apa yang sepatutnya saya tahu untuk meyakinkan diri saya mengahwini si dia ini?”

Adalah sangat penting anda mengenalpasti apa yang membuatkan anda ragu-ragu untuk menjadikan dia pasangan hidup.

8 Moral Dan Teguh Pegangan Agama

Semestinya point terakhir adalah paling utama dan penting! Bermoral dan kuat pegangan agama merupakan kualiti yang paling penting dalam memilih pasangan melebihi kecantikan, kekayaan dan kesihatan.

Individu yang bermoral dan beragama akan sentiasa berada disisi anda disaat susah dan senang. Pasangan yang ideal adalah pasangan yang mahu memberi, lebih dari menerima serta berusaha memperbaiki dirinya menjadi lebih baik setiap hari.

Perkahwinan bukan sahaja sekadar penyatuan dua cinta. Perkahwinan datang seiring dengan tanggungjawab memimpin seisi keluarga – suatu tanggungjawab yang bukan mudah kerana ia memerlukan sifat boleh mengawal diri dan disiplin yang tinggi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Published

on

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Sesungguhnya m4ti itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai m4ti. Namun, bagaimanakah kem4tian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka menc3rca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap c3rca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah ku bur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini. Cari redha Allah.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi m4yat.

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Tidak kurang kisah penyebaran peristiwa ajaib seperti mayat seseorang yang telah meninggal dunia dikalangan masyarakat kita. Kisahnya bermacam versi, kebanyakkan adalah kisah setelah lama kematian seseorang itu lalu kuburnya digali semula didapati mayatnya tidak reput dan tidak hancur malah seakan-akan baru sahaja ditanam. Fenomena ini dikenali sebagai incorruptible body. Lalu hasil dari kejadian sebegitu, ramai orang menyandarkan peristiwa itu adalah petanda Allah menjaga jasad tersebut. Lalu mereka akan mengaitkan bahawa individu ini dahulunya adalah seorang huffaz yang menghafal al Quran, orang soleh, atau orang yang baik-baik dan sebagainya.

Peristiwa mayat tidak reput ini tidak dinafikan sememangnya berlaku. Malah di dalam sebuah hadis nabi Muhammad SAW menyebut:

اَفْضَلُ اَيَّامِكُمُ الْجُمْعَةُ فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَ فِيْهِ قُبِضَ وَ فِيْهِ النَّفْخَةُ وَ فِيْهِ الصَّعْقَةُ فَاكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالُوا وَ كَيْفَ تُعْرَضُ صَلاَتُناَ عَلَيْكَ وَ قَدْ اَرمَتَّ يَقُولُونَ بَلِيْتَ فَقَالَ اِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ اَنْ تَأْكُلَ اَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

“Hari yang paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia meninggal, pada hari itu sangkakala ditiup dan pada hari itu terjadi kiamat, maka perbanyaklah kalian berselawat kepadaku di hari itu, kerana selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku”). Para sahabat bertanya, “Bagaimana selawat kami diperlihatkan kepadamu padahal kamu telah menjadi debu?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”

Hadis di atas diriwayatkan oleh Said bin Manshur, Ibnu Abu Syaibah, Ahmad dalam Musnad-nya, Ibnu ‘Ashim dalam bab berselawat, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibnu Maajah dalam kitab sunan mereka, al-Thabrani dalam kitab Mu’jam-nya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dalam kitab Shahih mereka, dan al-Baihaqi dalam Hayat al-Anbiya’ dan Syu’ab al-Iman dan karangannya yang lain.

Perlu diketahui hadis, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”, telah datang dari jalan yang banyak yang dikumpulkan oleh al-Hafiz al-Mundziri dalam bahagian khusus dan dia berkata dalam al-Targhib wal Tarhib, “Hadits tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dengan sanad yang jayyid (sangat bagus) dan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya dan al-Hakim, dan dia juga menshahihkan hadits tersebut.”

Dalil hadis hanya mengkhususkan bahawa jasad para nabi sahaja dijaga dan tidak dimakan oleh tanah. Sememangnya jasad para nabi akan dijaga berdasarkan hadis ini, dan hadis ini tidaklah mengkhususkan bahawa kesemua jasad yang tidak dimakan tanah itu kesemuanya adalah jasad para nabi kerana terdapat juga jasad-jasad yang lain turut tidak dimakan oleh tanah. Ini kerana dalam konteks hadis ini tidak juga memberi isyarat bahawa perkara itu tidak berlaku kepada orang lain. Malah ia juga berlaku kepada orang yang Allah murkai.
Malah fenomena ini juga berlaku kepada mana-mana manusia di dunia ini. Jika dilihat di negara-negara lain juga terdapat kejadian seperti ini. Tetapi untuk menyandarkan peristiwa ini semata-mata sebagai penanda aras mayat itu diredhai oleh Allah adalah suatu yang perlu berhati-hati.

Sedangkan hal tersebut juga terjadi kepada orang jahat yang dilaknat oleh Allah sepertimana Firaun, firman Allah yang bermaksud:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Jika ingin dikatakan jasad yang ditanam tidak reput dan rosak dimamah tanah itu adalah petanda aras adalah kebenaran kepada agama, maka bagaimana pula dengan jasad firaun juga yang dipelihara oleh Allah sehingga kekal pada hari ini? Begitu juga dengan peninggalan mayat-mayat di Pompeii yang diselaputi dengan letusan gunung berapi yang masih tersisa sehingga hari ini, adakah peninggalan itu menjadi tanda aras Allah meredhai mereka?

Begitu juga hal ini menjadi modal yang dijaja oleh penganut Kristian di Barat terutama denominasi Katolik. Mereka memiliki banyak koleksi mayat dari kalangan paderi (saint) yang tidak reput malah diletakkan di dalam bekas kaca untuk ditonjolkan kepada orang ramai bahawa paderi itu merupakan orang baik dan mayatnya itu dirahmati oleh Tuhan. Antaranya adalah St. Luigi Orione, St. John Neumann, St. Pio da Pietrelcina, St. Bernadette Soubirous dan banyak lagi.

Malah terdapat ramai tokoh agama yang saling mengejar peristiwa seperti ini untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi kebenaran dan keredhaan Tuhan berpihak kepada mereka.

Kita tidak menafikan kuasa Allah dalam menguruskan alam ini. Apa yang mahu dibawa dalam perbicangan ini adalah perlunya mengubah cara berfikir dengan menyandarkan sesuatu perkara itu dengan aras ‘kebenaran’ dan ‘keredhaan’ Allah. Sedangkan kejadian Allah menjaga mayat seseorang dengan petanda Allah meredhainya itu tidak disebut khusus di dalam nas kecuali mengenai jasad para nabi sahaja.

Akan tetapi, masyarakat kita menyebar peristiwa itu seakan agama yang bercakap soal ukuran aqidah keimanan itu. Oleh itu membina pemikiran yang bebas dari sangkaan dan sikap rasa-rasa dalam beragama bukanlah sesuatu yang mudah untuk melawan arus masyarakat yang sedia terjinak dengan perkara-perkara ajaib ini. Terutama untuk membezakan diantara perkara itu berlaku bukan sebagai petanda aras kebenaran semata-mata. Perkara ini perlu diperhalusi dan jangan dirangkul pukal sekali bahawa ia adalah dalil semata-mata untuk kita.
Oleh itu untuk kembali berdiri dengan aqidah yang dibawa oleh al Quran dan Hadis adalah penting untuk membina pemikiran yang berhati-hati terhadap perkara yang melibatkan dengan sentimen keimanan.

Sumber : Amina Jasmine

Continue Reading

Islamik

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Published

on

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.

“Tak pernah ustaz,” jawabnya.

“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.

“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.

Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah.
Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.

“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.

“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.

Oleh: Ustaz Ebit Lew

Continue Reading

Islamik

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Published

on

6 Jenis Penat Yang Meletihkan Tapi Tinggi Pahalanya Di Sisi Allah. No 3 Yang Paling Besar Ganjarannya

Ada orang penat kerana kerja seharian, ada yang penat belajar, bahkan ada yang penat kerana tengah sarat mengandung. Dan macam-macam lagi jenis kepenatan yang dirasai oleh kita. Lain orang pasti lain pengalamannya dan ujian yang perlu ditempuh.

Namun, jika apa yang anda lakukan itu adalah kerana diri sendiri, agama dan juga untuk Allah, pasti akan ada ganjaran yang Allah berikan. Sedarkah anda, setiap kepenatan dan peluh yang dilalui itu ada jenisnya yang disukai Allah? Ada diceritakan melalui beberapa dalil mengenai jenis kepenatan yang disukai Allah, antaranya;

1. Penat Dalam Mengajak Kepada Kebaikan

Dalam kita menegur atau berdakwah ke arah kebaikan, tidak semua orang suka kepadanya. Ada yang akan mengambil masa yang lama untuk menerimanya dan ada juga yang langsung tidak mengendahkan apa yang kita sampaikan.

Jangan berputus asa! Yang paling penting ialah kita sendiri yang perlu sentiasa sabar dan terus berdakwah ke arah kebaikan. Walau kita penat kerana apa yang dilakukan itu kadang-kadang sehingga boleh menimbulkan kecaman, namun percayalah setiap usaha yang dilakukan amatlah disukai Allah.

Mafhum: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.” (Surah Fussilat, 41:33)

2. Penat Dalam Beribadah

Hati manusia itu sentiasa berbolak-balik. Ada masa-masanya mungkin perasaan suka akan beribadat itu boleh diganti dengan perasaan yang lesu dan lemau. Apabila berada dalam situasi ini, salah satu sebabnya adalah kerana penat. Penat dalam beribadah ialah penat yang disukai Allah. Kerana kita telah meletakkan tenaga kita kepadaNya.

Jangan risau. Perasaan itu boleh sembuh jika kita tidak memaksa. Cuba untuk berehat dan cari balik motivasi untuk beribadah.

Mafhum: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).” (Surah Al-Ankabut, 29:69)

3. Penat Mengandung, Melahirkan Dan Menyusukan

Wanita yang mengandung, melahirkan dan menyusu anaknya akan mengalami kepenatan dan kesakitan yang hanya dilalui oleh mereka. Betapa hebatnya wanita sehingga Allah memberi kekuatan kepada mereka sedemikian rupa.

Kepenatan yang dialaminya itu merupakan salah satu perkara yang disukai Allah kerana ia adalah pengorbanan yang luar biasa yang dilakukan untuk melahirkan khalifah di muka bumi. Hatta, ibu bapa yang penat membesar dan mendidik anak juga akan diberi ganjaran pahala yang tidak ternilai.

Mafhum: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.” (Surah Luqman, 31:14)

4. Penat Dalam Mencari Nafkah

Mencari nafkah dan rezeki itu adalah perkara yang dituntut bahkan ia adalah keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sama ada yang bekerja dari awal pagi sehingga lewat malam atau yang bekerja secara shift, semuanya pasti ada kepenatan sendiri yang perlu dilalui.

Namun, percayalah jika ia adalah rezeki dan nafkah yang halal, maka ia adalah sesuatu yang disukai Allah.

Mafhum: “Kemudian, setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jumu’a, 62:10)

5. Penat Dalam Menuntut Ilmu

Apabila kita lihat cabaran-cabaran yang dilalui mahasiswa hari ini, ujiannya adalah pelbagai. Ditambah pula dengan episod COVID-19 yang perlu dilalui. Ada yang berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, ada yang perlu menghabiskan wang untuk keperluan pelajaran dan sebagainya.

Itu semua adalah asam garam dalam belajar. Kepenatan ini, jika ia membuahkan hasil suatu hari kelak pastinya akan membuatkan anda mampu mengukir senyum lebar dan merasa berbaloi dengan kesusahan yang dialami itu.

Mafhum: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya.” (Surah Ali-Imran, 3:79)

6. Penat Dalam Urusan Keluarga

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa mahupun kakak atau abang merupakan salah satu amanah yang perlu dijalankan dengan baik. Tidak semestinya tugas menjaga keluarga itu jatuh di atas bahu orang tua sahaja, namun juga kepada anak-anak.

Setiap keluarga itu pasti mempunyai ombak dan badai yang perlu diharungi. Bukan hari-harinya disinari pelangi. Justeru, walau penat menjengah, jangan pernah berputus asa dengan ujian itu.

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Continue Reading

Trending