“Boleh Pulak Golongan Bangsawan Ini Berpesta Masa PKP” Tular Artis Bergelar Datuk Buat Majlis Siap Ada Karaoke

Polis akan memanggil seorang artis terkenal tanah air bergelar Datuk dan beberapa individu lain bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang di Bidor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Siasatan kes itu dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Kes melibatkan selebriti dan beberapa individu ini dikesan kira-kira pukul 2 petang tadi menerusi gambar tular di Facebook. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor yang mana kita mendapati tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Majlis itu dipercayai pada 24 Jun lalu di mana siasatan mendapati gambar tersebut diambil oleh individu yang turut serta dalam majlis berkenaan. Beliau berkata, perjumpaan itu juga dihadiri ahli peniagaan dan beberapa penduduk kampung. Aktiviti seperti jamuan dan karaoke turut diadakan.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*