Bolehkah Kita Gantung Gambar Di Dalam Rumah? Apa Hukumnya Menurut Islam?

Terdapat hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dikatakan itu adalah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula adalah gambar makhluk yang bernyawa. Larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Namun pun begitu, gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan. Gambar-gambar yang tak bernyawa pula seperti pemandangan, kereta dan sebagainya tidaklah haram dijadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Perkongsian daripada Said Saiful Fazli tentang perkara ini menambah lagi beberapa point penting mengapa kita sebagai umat islam wajib menurunkan gambar makhluk bernyawa didalam rumah bagi menghindarkan ketidak-sejahteraan keharmonian dalam rumah kerana tiada keberadaan malaikat rahmat. Mari baca pengalaman yang dikongsi beliau semoga dapat dijadikan rujukan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat gambar-gambar tidak sepatutnya yang digantung didinding rumah.

TURUNKAN GAMBAR

Said pernah pergi rumah makcik yg rapat dengan Said. Rumah dia penuh dengan gambar keluarga termasuk gambar konvo anak-anaknya. Baru ni pergi rumah dia, tetiba perasan dinding dah kosong. Takde satu gambar pun digantung. Said tanya “kenapa turunkan gambar?” Dia jawab “Ustaz cakap malaikat tak masuk nanti” Said jawab “ooooo….” je dengan muka percaya tak percaya.

Last year, lepas rumah siap renovation , memang siap habis ribu-ribu untuk beli frame untuk gantung seluruh rumah. Tapi hari ni sentak sikit bila dengar Ustaz Azhar Idrus dalam video ceramahnya dan beberapa artikel tentang Malaikat Rahmat tak masuk rumah. Menyesal plak rasa. Selepas gantung di dinding, sebenarnya tak rasa apa pun. Memang betul. Tak beri semangat or motivasi pun dan sebenarnya tak tengok pun.

Anda nak tahu? Ada pasangan suami isteri ni buat keputusan untuk turunkan gambar. Dulu hampir setiap hari gaduh tentang perkara simple je. Mereka ingat ada orang buat jahat pd mereka. 1 hari mereka panggil ustaz periksa rumah. Ustaz tu masuk je rumah cakap “takde orang buat pun, cuma turunkan gambar hidup dalam rumah ni, InsyaAllah Malaikat masuk” Selepas tu, mereka perasan mereka kurang gaduh dan hati rasa sangat tenang. Alhamdulillah.

Ada 19 sebab lain kenapa Malaikat Rahmat tidak masuk rumah. Said listkan di bawah.

1. Rumah orang yang memutuskan silaturahim
2. Rumah orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya
3. Rumah orang yang memakan harta anak yatim
4. Rumah orang yang memakan riba
5. Rumah yang di dalamnya tidak disebutkan Asma Allah
6. Rumah yang tidak ada shalawat di dalamnya dan lebih mementingkan hawa nafsu
7. Rumah yang di dalamnya banyak caci maki dan laknat
8. Rumah yang di dalamnya ada alunan lagu selain dzikir
9. Rumah yang di dalamnya ada lonceng
10. Rumah yang digunakan minum khamr
11. Rumah yang ditempati perjudian dan sajian berhala
12. Rumah yang di dalamnya ada syirik dan mantra-mantra
13. Rumah yang di dalamnya ada bau tidak sedap atau penghuni laki-lakinya melumuri tubuh dengan kunyit
14. Rumah yang penghuninya hidup boros
15. Rumah yang penghuninya terus menerus melakukan kedurhakaan
16. Rumah yang digunakan untuk kekejian, atau dosa besar
17.Rumah yang di dalamnya ada anjing.
18. Rumah yang penghuninya junub alias biasa tidak mandi/bersuci dari junub.
19. Rumah yang di dalamnya ada patung.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*