Bos Sering Tanya Pasal Islam, Akhirnya Hati Terbuka Memeluk Islam Dan Niat Nak Nikahi Wanita Muslimah

Pengguna tegar aplikasi TikTok pasti pernah melihat video seorang gadis yang kerap memuat naik video bersama majikannya yang sering membantunya ketika ingin solat sewaktu sedang bekerja. Majikan yang dipanggil Mr. Yee itu akan cover kerja gadis berkenaan yang dikenali sebagai Ezatiey buat seketika tiap kali masuk waktu untuk umat Islam menunaikan ibadah.

Tak hanya itu, bosnya juga dilihat sangat berminat dengan Islam dan telah banyak kali bertanya perihal solat dan agama Islam sehingga memilih untuk menjadi seorang Muslim dengan memakai nama Aariz Yee.

Namun, siapa menduga yang rupanya mereka akhirnya berjodohan apabila pengguna TikTok yang menggunakan nama akaun @ezatiiiiiey itu memuat naik video pertunangan dengan majikannya sendiri di aplikasi tersebut.

Lebih manis lagi, hubungan mereka direstui kedua-dua belah pihak apabila ibu bapa Aariz Yee sendiri yang menyarungkan cincin ke jari anak dan bakal menantunya.

Walaupun berbeza bangsa dan agama, ia langsung tidak menghalang mereka untuk meraikan hari istimewa pasangan tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ruangan TikTok @ezatiiiey telah dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang turut tumpang gembira diatas pertunangan pasangan berkenaan.

Mereka juga mendoakan agar pengguna TikTok itu dan bakal suaminya akan terus bahagia hingga keakhir hayat serta segala urusan menjelang hari bahagia nanti dipermudahkan.

kredit ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*