Cerita Detik-Detik Hitam Dalam Lokap, Safiey Ilyas Hanya Masuk Penjara Sebab Nak Tunaikan Hasrat Netizen

Menurut usahawan kosmetik Safiey Illias, dia dibebaskan kerana kes itu hanyalah kes biasa, bukan kes jenayah. Dia ditahan susulan dari laporan polis terhadapnya yang mendakwa telah melakukan amang s5eksual terhadap dua remaja bawah umur. Pengalamannya selama 5 hari tidur di lokap diceritakannya kepada umum.

“Saya ditahan bersama Fifi (@pipinatasha), kami tak nampak tahanan ang lain, hanya dengar suara saja. Rasanya tak sampai 10 orang. Seksa tau lima hari dalam lokap. Tidur atas lantai simen je, tak ada selimut atau bantal. Berbantalkan lengan saja. Makan macam gelandangan sikit, tapi okeylah tak ada masalah pun. Kami diberi makan tiga kali sehari iaitu pukul 8 pagi, 2 petang dan 6 petang.

“Mujur ada juga pegawai polis yang baik hati berkongsi makan ayam penyet dan sardin yang isteri bekalkan. Sebagai balasan saya tolong cuci pinggan. Sepanjang lima hari itu juga kami tak mandi sebab nanti nak kena basuh sambut. Cuma, muka itu cucilah pagi-pagi macam biasa. KIta tetap kena pose,” cerita usahawan komestik dan penyanyi, Safiey Illias.

Safiey mengakui sudah dibebaskan selepas ditahan reman selama lima hari. Kongsi Safiey menerusi sesi siaran langsug pada Rabu, dia memaklumkan mendapat layanan yang baik sepanjang berada di lokap. Tambah Safiey, dia ditahan di kediamannya di Pahang sebelum dibawa ke balai polis Bangi untuk siasatan.

“Saya dibawa menaiki kenderaan polis dari Pahang ke Bangi, saya faham dan tiada masalah pun saya menberikan kerjasama. Keluar dari rumah, saya hanya membawa barang dengan beg plastik sahaja dan tak pakai bra pun. Sebab nanti selepas keluar dari lokap pun sayakena buang bra sebab bawa malang. Mujurlah saya juga bukan orang senang tumbuh bulu, jadi saya tak keluar dengan bermisai dan tiada masalah sepanjang tahanan.

“Perkara yang saya risaukan adalah layanan polis, saya takut hak asasi saya dica4buli. Selagi mereka (polis) berlembut, saya tiada masalah. Kalau ada, saya sudah laporkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Pengguna Malaysia (Suhakam). Kita bukan pondan-pondan tak cerdik,” katanya.

Safiey memberitahu dia sebelum ini pernah tiga kali ditahan di lokap namun tempoh itu hanya sehari, berbanding kali ini hingga reman dilanjutkan menjadi lima hari. Kata Safiey, dia tetap memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat untuk melanjutkan tempoh tahanan reman kerana enggan kedaulatan undang-undang negara di perlekehkan masyarakat.

“Kali ini saya bagi muka. Saya tak nak timbul spekulasi negatif masyarakat dan kasihankan pihak polis berdepan tohmahan negatif masyarakat. Berhubung apa tindakan selanjutnya selepas saya dibebaskan itu terserah kepada pendakwaan sama ada saya akan didakwa atau tidak.

“Mereka melepaskan kami sebab tiada keputusan dan mereka tak boleh dakwa di mahkamah. Jadi mereka tak boleh reman lagi sebab sudah maksimum. Oleh itu, reman saya ditolak dan saya tak perlu keluarkan duit untuk keluar. Sepatutnya reman saya cuma tiga hari, tapi dua hari selanjutnya saya beri muka. Jadi, saya sudah memberikan kerjasama selama lima hari, jika harapnya tiada lagi isu berbangkit,” ujarnya.

Kata Safiey, dia sudah bersedia selepas tular video rakaman siaran langsung bersama dua lagi kanak-kanak bawah umur minggu lalu. Ditanya tentang keadaannya bergari dan tidak berselipar, kata Safiey dia hanya memenuhi impian netizen untuk melihatnya dalam keadaan sedemikian. Lima hari berada di dalam tahanan memberikan sedikit sebanyak kesedaran kepada Safiey dan temannya, Fifi.

“Kes saya bukan kes jenayah. Ini cuma kes biasa. Apabila tak melibatkan jenayah saya tak perlu ditangkap, tapi apabila mendapat panggilan itu saya berikan kerjasama penuh. Apabila kes saya viral, ramai nak tengok ratu pakai baju purple, jai saya nak sedapkan hati masyarakat saya turutkan. Kenapa kena gari? Kenalah ‘in’ nant tak nampak macam kena tahan. Kalau saya lari juga, nanti orang persoalkan polis tak buat kerja.

“Lima hari yang berbaloi, saya patuh pada siasatan… Itu dah merit. Bukan sombong tapi kebanggaan supaya orang nampak kita bagi kerjasama kepada polis. Apapun, ia bukan bayangan drama, kami okey dalam tu. Aku pun dah biasa tidur di lantai jadi tak pelik.. Sekurang-kurangnya boleh mengimbas semula zaman kanak-kanak dahulu dan kehidupan orang yang susah,” jelasnya.

Safiey dan Fifi ditahan pada 10 Jun lalu bagi membantu siasatan berhubung kes membuat komunikasi luvcah dan amang s5eksual dengan kanak-kanak di bawah umur menerusi Instagram Live. Laporan polis turut dibuat oleh pensyarah universiti tempatan berdasarkan tiga kesalahan berkaitan akta dan peraturan di Malaysia.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*