Chin4 Risau Varian Baru Covid19 Mula Menyerangnya, Catat Angka Yang Membimbangkan

20 bandar dan 12 wilayah di Ch1na telah diserang varian Delta menyebabkan negara tersebut mengambil keputusan untuk kembali lockdown pada Isnin yang lalu. Pemerintah tempatan telah meningkatkan ujian saringan dan mengenakan kuarantin ke atas individu yang sah positif COVID-19. Ini difahamkan kerana sebanyak 55 kes domestik dan asimptomatik telah dilaporkan.

Wilayah Hun4n mengarahkan lebih 1.2 juta penduduknya untuk kekal berada di rumah dan seramai 1.5 juta penduduk Zh4ngjiajie telah dikenakan pelaksanaan perintah berkurung bermula Jumaat ekoran penularan wabak yang berpunca daripada kluster sebuah teater.

Dan di Beij1ng pula, sebanyak 360 kes domestik berikutan terdapat kluster yang melibatkan seramai sembilan tukang cuci di sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Sehingga kini, antara jangkitan baharu yang dilaporkan adalah berlaku di beberapa destinasi pelancongan terkenal seperti H4inan, Ningxia, Sh4ndong dan juga wilayah Hen4n. Lebih membimbangkan adalah kebanyakan kluster baharu yang wujud melibatkan individu yang telah divaksin.

“Perlindungan vaksin COVID-19 terhadap varian Delta mungkin menurun. Tetapi, vaksin sedia ada mempunyai kesan perlindungan dan pencegahan yang baik terhadap virus bermutasi itu,” jelas Dr Feng Zijian yang merupakan ahli virologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Chin4.

Menurut laporan, sebanyak 54 kes tempatan dan dua kes jangkitan asimptomatik telah dilaporkan setakat 3 Ogos 2021 di Bandar Y4ngzhou yang terletak di wilayah Ji4ngsu.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*