Cuba Untuk Singkirkan Ayahnya Daripada Terus “Memilikinya”, Britney Spears Gagal Di Mahkamah

Mahkamah Los Angeles menolak permohonan Britney Spears untuk menyingkirkan ayahnya daripada hak penjagaan, meskipun bintang pop global itu sanggup melancarkan permohonan baru untuk mengakhiri ‘cengkaman’ daripada bapanya itu. Terdahulu, bintang pop yang berusia 39 tahun itu memberitahu kepada pihak pengadilan bahawa dia telah diberikan banyak ubat, dilarang membuat keputusan peribadi berkenaan persahabatan dan kewangannya sendiri, serta dicegah mengeluarkan implan kontraseptif walaupun menginginkan lebih ramai anak.

“Permintaan konservator untuk mengetepikan segera James Spears dan melantik Bessemer Trust Company of California sebagai satu-satunya penjaga harta Britney Spears ditolak tanpa prejudis,” ujar Hakim Brenda Penny dalam pengadilannya. Terdahulu, bapa kepada bintang pop itu, iaitu Jamie Spears, didedahkan bertanggungjawab terhadap pengurusan hal yang melibatkan kewangan dan kehidupan peribadi anaknya itu setelah Britney mengalami kemurungan lebih 10 tahun lalu.

Susulan itu, ramai peminat bertindak melancarkan kempen ‘Free Britney’ dalam talian agar penyanyi kesayangan mereka itu berupaya untuk membebaskan diri daripada ‘cengkaman’ bapanya itu.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*