“DAP Menggunakan Perkataan ‘Lahabau’ Ibarat Penghinaan Bagi Rakyat Melaka”

Tindakan pemimpin DAP Teo Nie Ching menggunakan perkataan ‘lahabau Melaka, jom undi’ dalam bahan kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai memalukan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata tindakan Ahli Parlimen Kulai itu disifatkan sebagai penghinaan kepada rakyat Melaka.

“Benar perkataan ‘lahabau’ memang sering digunakan sebagai dialog dalam perbualan harian, tapi ia hanya digunakan dalam konteks rakan karib dan gurauan sesama sendiri.

“Namun bagi orang luar atau orang yang tidak dikenali adalah sangat tidak boleh untuk mengunakan perkataan seperti itu kerana ia merupakan penghinaan dan cacian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hantaran Nie Ching memuat naik profil dengan menggunakan perkataan tidak sopan dalam sebuah poster sempena kempen PRN Melaka, menimbulkan pertikaian rakyat negeri itu.

Poster itu memaparkan gambarnya dengan perkataan “lahabau Melaka, jom undi” tular di media sosial hari ini.

Susulan itu, beliau tampil memohon maaf setelah hantaran itu dikatakan telah mengguris perasaan rakyat Melaka.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali menyeru rakyat Melaka menolak kempen biadap yang digunakan pihak Pakatan Harapan (PH) yang merendah-rendahkan rakyat negeri itu.

“Saya menyeru seluruh rakyat Melaka khususnya pengundi agar menolak kempen biadap dan kurang ajar seperti ini kerana ia secara tidak langsung menperlekehkan rakyat Melaka yang terkenal dengan sikap budi bahasa dan adab tinggi,” katanya.

Mohamad Ali yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang ditentang calon PH dari PKR, Hasmorni Tamby, calon Pakatan Nasional (PN) dari Bersatu, Dr Mohd Aleef Yusuf, dan calon Bebas Datuk Mohd Zahar Hashim.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*