Datang Dengan Penampilan Yang Pelik Ke PPV, Lepas Divaksin Uncle Ni Buat Frontliner Terharu, Terubatlah Sikit Penat Mereka

Kalau nampak seseorang tu macam pelik atau lain dari yang lain, mesti ramai orang akan cuba jauhkan diri daripadanya ataupun ejek-ejek dari belakang kan? Tapi tak mustahil orang yang kita ejek tu sebenarnya lebih baik dan balik-balik kita yang termalu sendiri juga seperti apa yang berlaku baru-baru ini di PPV Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian USM di Facebook, seorang lelaki datang ke pusat pemberian vaksin hari ini untuk mendapatkan suntikannya dengan gaya yang agak pelik. Dia memakai plastik di kepalanya dan penampilannya itu mendapat perhatian pengunjung lain di PPV tersebut.

“Hargai orang yang baik-baik, mereka jarang sekali ditemui. Pakcik ini datang ke pusat pemberian vaksin di USM PPV kelihatan sedikit pelik. Dia tiba dengan teksi.

“Sudah semestinya kehadiran pakcik ini menarik perhatian orang sekeliling dan kami dapat dengar bisikan dan gelak ejekkan daripada orang ramai. Apa-apapun, dia selamat mendapatkan suntikkanya. Sebelum dia pergi, dia berjalan perlahan ke sekretariat, dan apa yang dia buat selepas itu agak mengejutkan.” 

Menurut posting tersebut, uncle itu kemudian menghulurkan sejumlah wang dan meminta pihak sekretariat membeli makanan buat frontliners yang bertugas. Tindakannya betul-betul menyentuh hati mereka yang bertugas di PPV USM hari itu.

Frontliners dah kuat bekerja. Tolong beli mereka makanan,” katanya sambil memberi sejumlah wang. “Dia kemudian pergi dan dapat dilihat menaiki teksi yang sama seperti dia tiba tadi. Dia membuatkan kami semua tergamam dengan kemurahan hatinya dan sikap kemanusiaan.  Pakcik, semoga Tuhan merahmati kamu. Mari kita beri dia sedikit rasa kasih sayang. 

“Gambar ini diambil oleh jurugambar staf kami, Baim Manan yang tanpa henti membawa kamera untuk saat ini. Para petugas kesihatan di lapangan juga telah menasihati pakcik ini untuk membuang pelindung pelik yang dipakainya dan gantikan dengan face shield. Namun pakcik ini lebih yakin dengan apa yang dilakukannya,” tulis posting tersebut.

Posting ini telah mendapat lebih dari 3,500 likes dan 900 shares. Rata-rata netizen sangat terharu dengan tindakan yang dilakukan pakcik tersebut dan berharap dia menukar pemakaian plastik di kepala dengan face shield yang lebih sesuai. Kalau tengok orang pelik, kita jangan ejek. Tak baik tau, mana tahu dia sebenarnya lagi hebat dari kita. 

kredit lobak merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*