Datang Sebelum Akad Nikah Macam Pasangan Bahagia, Selesai Sahaja Akad Nikah, Pengantin Lelaki Terus Cer4ikan Isterinya Bikin Kecoh

Kebiasaannya, pasangan penga4ntin baru itu akan berasa terharu kalau tidak pun, gembira yang tidak terhingga setelah mereka akhirnya selesai menjalani upacara akad nikah. Namun, lain pula yang terjadi pada pasangan pengantin baru yang baru-baru ini melangsungkan akad nikah di Indonesia ini.

Tiada angin tiada ribut, seorang pengantin lelaki yang baru sahaja selesai menjalani upacara akad nikah bersama pasangannya, serta-merta menjatuhkan t4alak terhadap w4anita itu. Lebih mengeruhkan, perkara tersebut dilakukan di hadapan keluarga kedua-dua belah pengantin dan para tetamu yang hadir sehingga menyebabkan suasana di majlis tersebut bertukar menjadi haru-biru.

Kejadian tersebut sempat dirakamkan salah seorang tetamu yang hadir sehingga ia tular di media sosial. Menerusi satu video mengenai kejadian itu yang tular di media sosial, tertulis pada kapsyen, “Setelah ijab kabul dan belum sempat menandatangani surat-surat pernikahan, pengantin lelaki ini terus menjatuhkan t4alak terhadap sang pengantin perempuan di hadapan keluarga dan tetamu undangan.

“Acaranya hari minggu, 4 Julai 2021 setelah Asar, yang dalam video itu sah menurut agam kerana baru sahaja ijab kabul tetapi di negara ini sebenarnya tidak sah kerana belum sempat ditandatangani, lelaki itu segera mengambil mikrofon dan mengatakan ta4lak terhadap wanita itu betul-betul di hadapan pegawai Hal Ehwal Agama dan bapa wanita. Hingga saat ini masih belum diketahui penyebab terjadinya talak daripada pihak lelaki terhadap pihak wanita.”

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*