“Dengan Ini Saya Memohon Maaf” Teruk Dikecam Cetus Kontroversi Nafi Penduduk Di Kawasannya Tidak Lapar, Yb Mastura Mohon Maaf

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mastura Mohd Yazid memohon maaf secara terbuka susulan kontroversinya dalam isu bantuan kepada penduduk kawasan parlimennya. “Saya mengambil maklum keprihatinan semua pihak berkenaan posting di akaun media sosial saya baru-baru ini dan video penjelasan oleh beberapa pihak berkaitan tularnya video temuramah oleh Suria FM beberapa hari lalu.

“Dengan ini saya memohon maaf atas ketidakselesaan berbagai pihak daripadanya,” kata anggota parlimen Kuala Kangsar di Facebook pejabatnya sebentar tadi. Kenyataan itu dikeluarkan setelah dia dikritik kerana menyiarkan video wawancara dengan seorang penduduk bagi menyanggah dakwaan terdapat rakyat kawasannya kelaparan selama dua hari.

Bekas menteri muda Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul antara yang tampil menegur wakil rakyat Umno itu. Dia antaranya berkata Mastura hanya patut “datang, bantu dan pergi” dan tidak harus membuat pendedahan seperti keluarga itu bersalah. Dalam wawancara radio, seorang wakil NGO, sambil menangis, mendakwa melihat seorang kanak-kanak terbaring tidak makan dua hari di Kuala Kangsar. Dia juga mendakwa keluarga itu tiada makanan selama dua hari.

Ramai pengguna media sosial mengecam Mastura kerana mendedahkan identiti keluarga berkenaan dan bukannya menyalurkan bantuan diperlukan. Sementara itu, Mastura berkata apa yang terjadi tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus membela nasib masyarakat Kuala Kangsar. Dia mengharapkan semua pihak kembali fokus membantu rakyat yang terkesan dengan cabaran Covid-19.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*