“Dia Baik, Saya Sayang Dia Kerana Allah. Berpisah Tak Semestinya Kita Gaduh Dan Saling Membenci”

“Dia Baik, Saya Sayang Dia Kerana Allah. Berpisah Tak Semestinya Kita Gaduh Dan Saling Membenci”

Pelakon Nonny Nadirah menyifatkan pembatalan majlis perkahwinannya dengan Niezam Zaidi tidak berakhir dengan tragedi.

Malah, perpisahan mereka berlangsung secara murni dan kedua-duanya masih bersahabat.

“Kita kena hormat keputusan kedua-dua belah pihak. Berpisah tak semestinya kita gaduh dan saling membenci, kami masih berkawan baik.

“Mungkin jodoh kami lebih kpd berkawan daripada menjadi pasangan.

“Dia baik, saya sayang dia kerana Allah dan saya nak tengok dia bahagia dunia dan akhirat. Teruskan menyokong kami dan doa yang baik-baik ya,” tulis Nonny di Instagram.

Nonny yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu juga menitipkan kata-kata nasihat buat mereka yang pernah berpisah dengan pasangan seperti yang dialaminya.

“Allah hantar semua orang yang baik-baik dengan kita. Jangan pernah salahkan bekas pasangan kita. Jangan. Kita sendiri yang perlu perbaiki diri kita untuk menjadi yang lebih baik kerana Allah.

“Dalam hidup ini, kadang-kadang kita suka, tapi Allah tak suka. Kadang-kadang kita tak suka, tapi Allah suka. Sentiasa bersangka baik dengan Allah, dengan semua orang dan dalam apa jua keadaan. Belajar untuk melepaskan. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita,” tulisnya.Kenyataan itu turut disertakan dengan video pendek berdurasi 52 saat menggambarkan rasa syukur Nonny kerana dikurniakan dua sahabat iaitu Heliza Helmi dan Mila Jirin.

Nonny mendedahkan perkahwinan yang dirancang bersama Niezam terpaksa dibatalkan. Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan punca mereka berpisah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*