Connect with us

Islamik

Didiklah Anak Sebagai ‘Hamba’ Dari Sekarang Supaya Kelak Tidak Menjadi ‘Tuan’

Published

on

Didik anak sebagai ‘hamba’. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang.

Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.

Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone atau berchating depan laptop?

Nah .. apabila disuruh untuk tolong …. terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, ada yang angkat kaki .. merajuk dan tarik muka .. hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa… hurmmm..

Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.

Anak Jadi ‘Raja’ Sebagai Berleluasa

Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi ‘hamba’ sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti.

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah. Ada anak-anak ni ambil tahu?

Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka …

“Kesian anak tu kecik lagi..”

“Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?”

“Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je..”

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi “hamba” kepada anak sampai ke tua?

Bukan itu sahaja…

Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri.

Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot …nak makan pun mak yang masak…

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.

Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada cara didik anak ini. Guna sahaja tip dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan.

Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi ‘hamba’. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.

Usah terlalu kasihankan anak

Jangan terlalu memanjakan anak

Ajar mereka erti susah payah sejak kecil

Ajar mereka tentang kerja rumah

Ajar mereka erti kehidupan

Pupuk kesedaran dalam diri mereka

Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah.

Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.

Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang.

Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.

Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.

Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.

Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T

Sumber: www.hasrulhassan.com

Continue Reading
Advertisement
2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Fenomena Skandal Di Tempat Kerja Sangat Merisaukan, Ramai Bercinta Dengan Isteri Atau Suami Orang!

Published

on

Fenomena Skandal Di Tempat Kerja Sangat Merisaukan, Ramai Bercinta Dengan Isteri Atau Suami Orang!

CINTA dan kasih sayang itu anugerah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka. (Maryam, ayat 96).

Apakah maksud cinta? Cinta sebenarnya adalah perasaan yang muncul dalam diri apabila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan.

Lantas, apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan. Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan.

Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: “Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini.”

Haram, harus dan makruh dalam Skandal

Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa.

Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mempunyai skandal dengan mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk skandal bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.

Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang.

Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.

Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.

Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak.

Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.

Faktor pencetus cinta yang salah menuju ke arah Skandal

Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri. Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita. Ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tidak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang.

Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar menjadi jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan.

Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baharu berbanding pasangan sedia ada.

Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangan menjadikan seseorang itu buta hati. Maka, apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia berbanding bersama pasangan sendiri.

Mereka juga akan rasa lebih selesa dan selamat apabila kehendak yang selama ini tidak dipenuhi oleh isteri sendiri atau suami sendiri, mampu dilaksanakan sebaiknya oleh si kekasih.

Dalam kebanyakan kes, pasangan tidak pernah dimaklumkan mengenai kesilapan diri yang perlu diperbaiki agar mereka kekal dikasihi. Hal ini menyebabkan mereka terus tertanya-tanya dan tersalah memberikan layanan yang sepatutnya.

Keadaan layanan taraf lima bintang daripada si kekasih ‘rahsia’ ini menjadikan suami orang atau isteri orang merasai nikmat cinta terlarang. Adakalanya mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat.

Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab utama ialah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama mahu memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.

Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.

Hindari Skandal Cinta Salah

Sebagai langkah pencegahan dari berlaku skandal, perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada bersama pasangan.

Rata-rata isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi.

Sebaik-baiknya, apabila isteri merasakan ada yang kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama. Berbincang dan berterus-teranglah dengan isteri lebih baik dari terus memilih untuk mempunyai skandal.

Ketepikan ego seketika, isteri anda pasti memahami anda jika diberikan peluang kepadanya. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, ikhtiar dan usahakan jalan penyelesaian dan bukan memilih untuk skandal.

Paling penting, elakkan berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tidak kiralah apa juga status dirinya.

Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi.

Tiada istilah teman tapi mesra dalam sebuah rumah tangga jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda.

Kita sentiasa diberikan pilihan maka berhati-hatilah dalam memilih agar pilihan yang dibuat tidak menjadikan kita hamba yang derhaka kepada-Nya dengan memilih jalan untuk skandal dengan bukan yang halal untuk kita.

Continue Reading

Islamik

6 Jenis Isteri Perosak Rumah Tangga. Jangan Jadi Macam Ni Ya

Published

on

6 Jenis Isteri Perosak Rumah Tangga. Jangan Jadi Macam Ni Ya

Anda mungkin sering membaca atau mendengar tentang makanan dan bahan kimia tertentu yang diam-diam mengikis kesihatan tubuh. Sama seperti makanan, ada kebiasan-kebiasaan tertentu yang juga sedikit demi sedikit menghancurkan perkahwinan anda.

Semakin cepat anda dapat mengesan salah satu jenis-jenis isteri yang boleh merosakkan rumah tangga, kemungkinan besar hubungan anda tetap harmoni. Berikut 6 jenis isteri perosak rumah tangga :

1. Tidak berusaha membantu suami

Dalam kes ini si isteri tidak berusaha untuk membantu suami menyelesaikan hal-hal seperti; anak-anak berkelahi, membeli barang dapur pun tidak pandai, jika diajak berbincang sering mengelak dengan menyerahkan semua perkara kepada suami.

Hal ini boleh menyebabkan semangat dan motivasi suami merundum kerana kurang mendapat kerjasama daripada isteri yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat jika diperlukan.

Kepada para isteri, jadilah isteri yang menyejukkan hati suami dan sentiasa menyokong usahanya tidak mengira kecil ataupun besar sesuatu yang diimpikan suami itu.

2. Suka berleter dan merungut

Apa sahaja yang dilakukan oleh suami, tidak kena di matanya. Ada sahaja yang tidak betul dan sering menceritakan perkara yang tidak baik sahaja tentang suaminya. Kadangkala leteran itu berpanjangan hingga 1 atau 2 jam. Jika begini sikap anda lebih baik berubah sekarang.

Wanita yang suka berleter tak tentu pasal memang menjadi perosak rumah tangga dalam institusi keluarga yang dibina. Sang suami sukakan persekitaran yang tenang dan damai di rumah kerana telah cukup tekanan yang diterima di tempat kerjanya.

3. Gilakan kuasa

Isteri jenis ini dipanggil diktator atau queen control. Segalanya hal ehwal dalam rumah tangga, membuat keputusan yang penting tentang suami dan anak-anaknya hanya dia yang ada hak membuat keputusan. Segalanya dibawah kawalan sang isteri seperti wang gaji suami, duit perbelanjaan dan kadang-kadang bertindak sebagai penyiasat persendirian yang ingin tahu apa yang dilakukan oleh suaminya di luar rumah, sehingga suami jadi tidak ada masa untuk diri sendiri.

Sikap isteri sebegini memang menjadi perosak rumah tangga kerana orang lelaki pun ada egonya masing-masing. Jika isteri berterusan gila kuasa macam ini, suami dan anak-anak akan berasa rendah diri dan lemah untuk melakukan segala-galanya. Untuk membuat keputusan yang kecil pun mereka tidak berani!

4. Suka menyibuk

Jangan jadi seorang isteri yang suka menyibuk. Maksudnya, apabila suami anda mempunyai projek yang sedang dilaksanakan di pejabatnya, biarlah dia menyelesaikannya dengan cara sendiri.

Tidak perlu mengampu bos suami untuk mempercepatkan kenaikan pangkat suami ataupun memberikan projek yang bernilai tinggi.

Orang lelaki tidak suka wanita atau isteri mencampuri urusan kerja yang tiada kena mengena dengan sang isteri. Lain halnya jika suami meminta pendapat kita, barulah kita berikan pandangan dan buah fikiran yang diperlukan. Jadi isteri kena faham sikap lebih sudu dari kuah ini merupakan perosak rumah tangga.

5. Tidak pandai berjimat

Wanita yang tidak pandai berjimat juga tidak disukai suami. Sementelah suami hanya berpendapatan sederhana, jadi memang patut dia berjimat cermat. Apatah lagi jika hanya suami seorang yang bekerja. Sikap tidak pandai berjimat bakal jadi perosak rumah tangga!

Jangan mudah terpengaruh dengan promosi di laman sesawang atau terikut-ikut gaya kawan wanita anda. Berbelanja mengikut kemampuan. Mungkin sekali-sekala jika suami mendapat bonus, bolehlah minta dia membelikan barangan yang kita mahukan.

6. Tabiat suka bersosial

Jika isteri suka bersosial ia menyebabkan sang suami tidak terurus. Jika telah penat bersosial mana sempat untuk menyiapkan kelengkapan suami kita untuk ke tempat kerja.

Akhirnya imej suami juga yang terjejas di mata rakan-rakannya. Bila sudah bersosial tentu sedikit sebanyak kita akan membanding-bandingkan kemewahan suami rakan yang lain dengan suami kita.

Itu sebabnya isteri yang suka bersosial boleh menyebabkan perosak rumah tangga porak-peranda. Isteri merasakan dia telah tersilap memilih pasangan sedangkan perkara seperti ini boleh dielakkan jika isteri tahu menjaga diri dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras.

Continue Reading

Islamik

Subhanallah! Ini Misteri Hajarul Aswad Dan Rahsia Besar Mengucupnya.

Published

on

Subhanallah! Ini Misteri Hajarul Aswad Dan Rahsia Besar Mengucupnya.

Hajarul Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril.

Hajarul Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak. Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda: “Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajarul Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajarul Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”. Asal Usul Hajarul Aswad Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya.

Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.” Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?” Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).

” Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajarul Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajarul Aswad.

Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “Hajarul Aswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat.

Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya” Hajarul Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji Duhulunya batu Hajarul Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajarul aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya. Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda :

“Nikmatilah (peganglah) Hajarul Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”. Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajarul Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.

Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu” Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya:

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya.

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan” (QS. An-Najm : 53) Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad Saw adalah utusan Allah.

Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.

Continue Reading

Trending