Ditakdirkan Putus Dengan Tunang, Dapat Pula Suami Barang Kaki Maki, Isteri Buntu Masa Depan

Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM Confessions. My name is Miss M. Saya berasal dari utara tanah air. Berusia lewat 30an. Ini cerita pengalaman perkahwinan lalu saya. Harap ada pengajaran untuk semua.. Saya graduan universiti tempatan (ijazah sarjana muda) namun kerana terlalu memikirkan tentang keinginan berumahtangga membuatkan saya tidak serius untuk mencari kerja tetap.

Belum cukup setahun graduasi, saya sudah berkahwin. Saya sekadar bekerja sambilan. Duit gaji saya gemar memberi kepada parents. Setiap kali gaji, saya akan asingkan dahulu untuk parents. Bahagia. Saya punya baki gaji taklah dikisahkan sangat. Sentiasa cukup sampai hujung bulan. Bahagia bila dapat beri buat ibu ayah ni.

Almost dua bulan bekerja, saya ambil keputusan untuk mencari jodoh. Masa ni saya sudah break up dengan kekasih lebih kurang tiga bulan. Saya tiada masa depan katanya, padahal dia sendiri pun masih menunggu panggilan kerja. Haih. Saya tak faham dengan manusia ni.

Dia sendiri pun cuma ada SPM. Saya sangat kecewa bila dia beria mahu saya kerja bagus dan bergaji besar (mahu saya sambung belajar dan jadi pensyarah) sedangkan dia tiada apa pun nak dibanggakan. Lepas mencuba nasib diruangan cari jodoh, saya bertemu dengan suami. Semua ciri saya mahukan ada pada dirinya. Saya sangat syukur dan gembira.

Lalu, hampir tiga bulan selepas itu dia mengajak saya berkahwin.. tapi diberitahu belum ada duit buat hantaran. Saya perlu sabar menunggu hingga hujung tahun. Lalu saya yang belum pandai berfikir waktu tu terus berkata bahawa saya tak mahu bercinta. Saya tak suka. Saya nak segera bernikah.

Tak sampai sebulan rasanya lalu dia maklumkan bahawa kami akan bertunang lagi beberapa minggu dan tarikh bernikah juga sudah ibunya tetapkan. Masa itu saya agak susah hati kerana ibu saya telah tetapkan hantaran yang sangat tinggi dek kerana saya lepasan ijazah. Saya seperti ayah saya juga tidak kisahkan berapa pun, asalkan tidak membebankan keluarga lelaki. Perkara wajib tak perlu disusahkan.

Lalu kami pun bertemu lepas berkenalan hampir empat bulan dan sebelum tu tak pernah berdating. Saya dan dia tinggal berjauhan. Bertemu lalu membeli barang hantaran kahwin. Waktu bertemu ni Allah sudah beri hint pada saya bahawa dia bukan calon suami yang baik.

Dia menengking driver kereta di belakang kereta kami naiki kerana kereta itu hon pada kami.. Masa tu kereta buat hal. Terpaksalah usahakan juga dan ambil sedikit masa. Saya terus jadi terkejut yakmat. Tak sangka dia jadi macam tu. Setakat kena hon. Biasanya saya akan pandang je then membebel sorang-sorang.. kalau saya la..

Lalu kami pergi membeli apa yang patut. Keluar makan kemudian pulang semula. Saya ke stesen bas untuk pulang ke daerah tempat tinggal saya. Dia pula membawa haluan dia. Waktu tu saya cuba pujuk hati. Mengenangkan barang sudah dibeli dan tarikh sudah ditetapkan lalu saya cuba melupakan apa yang terjadi.

Saya bekerja seperti biasa. Selepas beberapa minggu, kami bertunang. Tiada majlis besar-besaran kerana semuanya pertolongan dari parents dia. Saya pula tidak meminta-minta. Malu dengan duit orang. Kemudian, kami bernikah selepas beberapa bulan bertunang. Majlis meriah walaupun tidaklah besar dan makanan sangat cepat habis. Saya agak sedih kerana ada tetamu tak sempat menjamah nasi kenduri.

Namun apakan daya.. saya tetap bersyukur kerana pernikahan kami sepertinya dirahmati Allah kerana tak berlaku pembaziran. Sebulan bernikah, dunia bagaikan milik kami berdua, walaupun waktu tu kami sekadar menumpang. Belum mampu punya rumah sendiri. Kami bahagia berkasih sayang.

Namun, setelah habis bulan madu kami maka bermulalah dugaan hidup berumahtangga. Masa ni suami cuma asingkan tempat tidur bila kami bergaduh. Bukanlah hal besar sampai saya derhaka. Berbuat gila jauh sekali.. Lama kelamaan bila bergaduh dia berani tengking saya dek kerana saya lebihkan ibu saya kerana keadaan ibu saya yang tidak sihat meminta tolong kami berdua membeli barang. Sampaikan saya terpaksa memimpin ibu saya berjalan waktu itu.

Dia pula menyumpah seranah saya sorang-sorang didalam kereta (saya tahu kerana dia call dan memarahi saya kerana berjalan di depan dan tidak bersamanya macam selalu) padahal saya terpaksa memimpin ibu. Kami bawa ibu bersama membeli.. ibu mahu memilih sendiri barangnya. Saya sungguh tidak menyangka begitu sekali peribadi seorang menantu pada mertuanya. Tidak ada belas kasihan.

Hal ini berlaku kerana jem teruk di pekan dan dia memang tidak suka keadaan itu. Saya pula tiba-tiba melebihkan ibu saya.. Keadaan ni berlanjutan bila saya merajuk lagi dan sangat berkecil hati. Kenapa? Sekali lagi bila saya pertikaikan perbuatan dia, ditengkingnya saya sehingga kedengaran di telinga keluarga mertua. Saya malu.

Waktu ini kami sudah pulang dari rumah ibu saya. Saya buat keputusan untuk lupakan apa yang sudah terjadi. Saya buat macam biasa. Kerap juga kami bergaduh.. saya dengar dia mengadu pada ibunya pasal sikap saya. Patutkah hal remeh temeh diadu pada orang lain?

Dia tak mampu mengurus emosi sorang isteri. Dia juga tak mampu urus emosinya. Saya sangat berkecil hati. Saya sudah diingatkan agar tak ceritakan masalah rumahtangga pada orang luar tapi dia sendiri kerap buat begitu. Tak adil..

Saya terlalu menjaga aibnya tapi dia semudah itu menjaja pasal saya kepada orang luar. Baik ibu atau ayah jika selain suami isteri itulah orang luar.. masalah rumahtangga perlu berdepan dan bercakap lalu cari solusi. Tidaklah dengan mudah mengadu keluar.

Hidup saya berterusan akan ditengking, dimaki hamun jika ada benda yang tak kena dimatanya. Biasanya tersilap sikit saja. Hal remeh. Selalu saya akan terkedu kerana bagi saya kecil. Saya meminta sesuatu atau menegur lalu terus dibalasnya kasar.

Didoakan pula kadang tu dengan neraka buat saya. Saya dimakinya celaka, isteri derhaka dan dia tak redha. Apalah salah saya.. walaupun dah diminta ampun ditepisnya tangan saya. Allah..

Saya bukanlah isteri terbaik tapi usaha menjadi seperti itu. Solat, puasa, taat suami dan tutup aurat dengan sempurna. Hormat ibu ayah dia.. sayang keluarganya tanpa pilih kasih. Tapi dia tidak seperti saya. Dia pernah mengata ibu saya. Adik beradik saya.

Dia seolah tak boleh terima ibu saya seadanya. Berat untuk balik ke kampung saya. Biasa akan jawab tiada duit. Kalau ibunya ajak pergi kemana-mana tempat yang jauh, boleh pula dia. Tiba-tiba ada duit dia. Kami bekerja. Duit gaji saya memang sehari je dalam dompet saya lalu memang licin diambilnya.

Sepatutnya saya berhak untuk balik melawat parents saya kerana saya ada duit sendiri.. tapi itulah.. Kampungnya tidaklah jauh seperti kampung saya tapi jika dia ada kenduri saudara, saya gembira untuk pergi.

Tapi dilayannya saya bila mahu pulang ke kampung saya.. berat hati jadinya untuk mengajak lagi pulang. Sampai hampir dua tahun saya kerja begitulah keadaannya. Licin dompet saya. Saya nak balik jumpa parents jarang sekali. Setahun paling kerap cuma dua kali. Saya kasihan mengenangkan parents saya terlalu rindukan saya. Cucu mereka juga.

Sampaikan ibu saya mesej ‘ingat tak tahu nak balik dah’. Sedih saya. Saya pula tak tahu drive kereta. Saya tak berdikari. Tak pandai menyimpan duit. Saya relakan semuanya demi suami dan keluarga sampai abaikan perasaan parents saya sendiri. Kejamnya saya. Tak pandai berfikir, cuma tahu mengikut kata orang.

Belum lagi bab dia melepak berjumpa kawan-kawan. Kadang malam keluar, hampir subuh baru balik rumah. Masa tu saya tengah sarat mengandung anak sulung. Macam pelik juga.. saya berkahwin atas dasar cinta. Tapi bila berkahwin, dia seolah hilang perasaan pada saya. Seolah tidak sayangkan saya dan anak. Boleh tinggalkan saya tengah sarat begitu. Dia sibuk kadang tu kononnya selesaikan masalah kawan.

Banyak perangai ex suami yang buatkan saya tak sedar saya sudah tawar hati. Sikap barannya, egonya, tidak memahami dan menyayangi keluarga saya seperti saya menyayangi keluarganya.. kami tiada komunikasi. Sangat teruk. Lalu tiada lagi kata nasihat, teguran dan hubungan semakin hambar. Saya kurang melayan dia. Sibuk dengan melayan anak. Sibuk dengan rumahtangga walaupun tidaklah rajin sangat. Hihiks

Salah sayakah bila akhirnya setelah beberapa tahun kami berkahwin dia punya wanita lain dibelakang saya? Kalau kerana kurang layanan saya, kerap saya menarik muka.. marah dengan sikap dia.. selalunya bila saya marahkan dia saya akan dimarahi dan dimaki semula.

Adakah kerana dia tidak solat dan cuma berlakon mengatakan dia solat jika saya bertanya. Saya ni bila marah, suka berdiam diri tak endahkan sesiapa pun.

Bila bergaduh, dia akan memaksa saya minta maaf. Saya lakukan lalu dibalas sebaliknya. Serba serbi tak kena. Mungkin tiba masanya saya melepaskan dia pergi kerana selama itu dia makin jauh dari saya. Bila ditanya bahagiakah? Dijawabnya bahagia.

Tapi diadu pada orang ketiga tidak bahagia dan tunggu masa bercerai. Ya Allah tersentak saya mendengar. Entahlah.. salah sayakah semua ni terjadi?

Saya pernah ditegur abang. Saya bercakap lantang dan kurang menjaga hati parents bila bercakap. Memang saya jenis kasar. Saya tak reti nak bercakap lembut.

Adakah kerana dosa saya yang jenis kasar dari kecil ni? Biasanya bila terasa buat salah dengan parents, saya pasti mesej atau pergi minta ampun. Biasanya dengan ibu. Ayah saya tidak. Mungkin banyak dosa saya dengan ayah tapi saya tidak perasan.. Tolong doakan saya semua pembaca. Saya jadi anak solehah.. dan boleh beri pendapat anda semua..

  • – Miss M (Bukan nama sebenar)

kredit iium confession

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*