Dituduh Ceraikan Isteri Gara-Gara Buku Koyak, Akhirnya Suami Dedah Cerita Sebenar

Seorang suami mendakwa menceraikan isteri kerana sudah lama bersabar dengan sikapnya setiap kali bergaduh naik tangan. Kisah bekas pasangannya itu tular di aplikasi Tiktok baru-baru ini kerana wanita itu cuba untuk membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan jiran.

Lelaki itu yang berusia 30-an itu juga menafikan dakwaan isterinya diceraikan ketika dalam pantang hanya kerana buku klinik kesihatan koyak.

“Sebenarnya pergaduhan saya dengan bekas isteri berlaku selepas isteri marah apabila buku temu janji klinik anak kami koyak dan mengugut mahu mencederakan saya. Bagi saya itu sudah melampau kerana sebelum ini saya bersabar dengan sikapnya yang akan memukul dan mencederakan saya bila kami gaduh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pada waktu itu dia sudah tidak tahan dan buat keputusan untuk menceraikan bekas isteri. Jelasnya, dia mengakui pernah bercerai pada dua tahun lalu dan rujuk semula selepas diminta isterinya.

“Sepanjang jadi suami, saya tak pernah abaikan tanggungjawab saya. Saya tetap sayangkan anak-anak namun berharap masyarakat dapat berhenti daripada terus menghukum saya,” jelasnya.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*