Diuji Kehilangan Ibu Kemudian Abang Pula Angkara Covid19, Kakak Pula Sedang Koma, Video Lelaki Kelihatan Longlai Sedang Di Atas Kubur Bikin Sebak

Kehilanganorang tersayang adalah amat memeritkan. Lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan beberapa kematian melibatkan ahli keluarga tercinta dalam sekelip mata. Seperti yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila kehilangan ibu yang dikasihi serta disusuli pemergian abang kandungnya hanya selang beberapa hari.

Ya ALLAH, berat sungguh dugaan insan dikenali Ayien ini. Menerusi video yang dikongsi di Twitter, kelihatan dirinya begitu lemah di tanah perkuburan sambil ditenangkan seseorang.

Ayien diuji kehilangan ibu yang meningg44al dunia disebabkan Covid-19 tahap 5 pada 29 Julai lalu. Tambah lagi duka apabila dirinya terpaksa berhadapan kema44tian abangnya tiga hari kemudian juga akibat Covid-19 tahap 5.

Lagi memeritkan, kakaknya pula kini sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal. Maklum Ayien, seluruh ahli keluarganya di kampung dekat Kampung Dusun Muda, Tapah positif Covid-19. Cuma ibu dan abang yang tidak dapat diselamatkan. Manakala, kakaknya sedang koma dan dimaklumkan keadaannya semakin kritikal manakala ayahnya sudah pun sembuh.

“Hari ini (kelmarin) mendapat perkhabaran kakak saya yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya tak kuat dah,” pintanya. Dalam pada itu, Ayien tidak menyangka video yang dikongsikan itu menjadi tular di media sosial.

“ALLAH, tak sangka. Ramai yang mendoakan. Semoga ada keajaiban untuk kakak saya. Semoga ada doa-doa yang termakbul mendoakan kesembuhan kakak. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya. Menjengah di media sosial, rata-rata warganet menghujani doa dan kata-kata semangat buat dirinya menempuh kehidupan.

kredit sinarplus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*