Dr Hamid Arshat: Cara-cara Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Kegagalan untuk hamil dan dapatkan zuriat bukan sahaja disebabkan masalah2 penyakit pada isteri, malah pihak suami dikatakan menjadi punca masalah dalam 20-30%.

1. Kepanasan badan khususnya jika terkena pada buah zakar dikatakan bolih mengurangkan dan melemahkan benih2 lelaki. Pekerja2 yang terdedah matahari terik atau kilang berhawa panas , pemandu bas lori jarak jauh, mereka yang suka letak laptop atas riba menyebabkan kepanasannya kena buah zakar. Elakkan juga sering mandi air panas.

  • Pakai seluar dalam yang longgar saperti boxer.
  • Mandi air sejuk khususnya lepas balik kerja. Bolih juga letakkan ice pack yang telah dibekukan dalam peti ais pada bawah buah zakar selama 30 minit lepas balik kerja. Kesejukkan meningkatkan pergerakkan benih2.

2. Perkara2 yang perlu dijahui

  • Semua jenis rokok tembakau.
  • Minuman yang mengadungi alcohol. Arak, whisky , beer dll.
  • Kurangkan minuman yang mengadungi kafeine.
  • Jauhkan minuman air yang mengadungi chlorine – air paip.
  • Dadah
  • Gula dan manisan – minuman2 soft drink , soda, kordel , juz dalam kotak.
  • Segala jenis fast food, junk foods. Jauhkan deep fried dan charcoal bbq.
  • Jauhkan pewangi dan kosmatik yang bukan organik.
  • Racun serangga (pesticides dan insecticides) dan segala bahan plastik dan sterifoam kerana kandungan xeno estrogen.

3. MAKANAN2 YANG BERKHASIAT DAN BERZAT.

  • Makan banyak buah2 dan sayur2. Bayam, kangkung, sawi, kobis,keladi keledek, boccoli.
    Biasakan makan ulam.
  • Minum juice dari buah2 dan sayur2 buatan sendiri. – Apple, oren, carrots, papaya , nenas, mangga, tembikai , avacardo dll.
  • Makan seafood. Oyster mengandongi logam zinc , baik untuk benih.
  • Kacang2 dan biji2. Brazil nuts, almond , walnut mengandungi selenium, biji2 sunflower, biji anggor dan labu baik untuk benih lelaki.
  • Biji papaya – pahit rasanya. Ada kajian ia meningkatkan benih lelaki.
  • Ikan mackeral, kembong, tenggiri , sardine dan salmon. Sumber omega 3.

4. SUPPLEMENT

  • Makan multivitamins – banyak jenama dalam pasaran- perlu mengadungi vit B, A logam2 termasuk zinc.
  • Vit C 1-2 gm setiap hari
  • Vit E 400 IU Setiap hari
  • Fish oil 1000 mg dua kali sehari.
  • Herbal supplement.
  • Produk2 dari herba saperti;
    -Speman
    -Kapikachu
    -Tribestan
    -Saw palmeto
    -Panax ginseng

5. Hormon.

  • Testosterone – hormon lelaki. Ada yang diberi secara suntikan atau dimakan dalam bentuk tablets. In perlu pengawasan doktor.
  • HCG. Sejenis hormon yang diberi secara suntikan olih doktor.
  • Ubat subur clomid – makan setengah biji pagi dan setengah petang. Setiap hari selama 3 bulan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*