Connect with us

Islamik

“Dulu Aku Gaji Besar RM 4000-5000 Sebulan, Sekarang Aku Susah, Apa Dosa Aku Diuji Sebegini?”

Published

on

Pernah hidup susah? Ramai di antara kita yang pernah hidup susah dan pastinya faham dengan situasi apabila ahli keluarga, saudara mara atau kenalan dilanda kesusahan. Bukan dipinta tetapi itulah takdir perjalanan hidup masing-masing. Jadi, kita faham akan situasi mereka, bantulah mereka dengan apa cara sekalipun.

Dalam masa yang sama, kita nasihatkan mereka mengatur langkah yang seterusnya dengan baik agar tidak kecundang lagi, malah mendoakan mereka berjaya dan dimurahkan rezeki. Hidup ini tidak boleh sentiasa bergantung kepada orang, kita harus berusaha untuk mengubah hidup susah ke hidup yang senang.

Semoga kisah yang dikongsikan Mohd Firdaus Mat Saad menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua.

“Hidup tak selalunya indah”

INI sahabat saya, yang dulu bekerja sebagai seorang salesman di sebuah syarikat. Jualan yang dia hasilkan ratus ribu setiap bulan, bab sales memang bagus, cuma dia ada satu masalah iaitu terkena tipu dengan customer.

Customer tipu, buat hutang sikit-sikit. Kemudian bila dah mencecah ratus ribu, customer pun blah. Dia dan manager dia, dua-dua ‘dibuang’ kerja di atas kecuaian ini. Ini cerita tiga tahun lepas.

Kemudian dia cuba buat perniagaan, tetapi masalah yang sama berulang di mana dia kena tipu lagi dan kali ini dengan customer lain pula. Customer ambil barang tetapi tidak bayar. Akhirnya, terpaksa bungkus perniagaan.

Selepas itu, dia cuba bertahan hidup dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan, tetapi masih tak boleh survive. Sepanjang tempoh ini, banyak kali juga dia mengalami kesempitan wang.

Apabila dia berjumpa dengan saya, saya memang tak bagi pinjam duit sebab saya tahu kalau pinjam pun, bukan dia mampu nak bayar nanti. Jadi saya bagi zakat sahaja pada dia untuk dia belanja makan anak-anak dia seramai empat orang.

Baru-baru ini dia datang ke rumah saya, minta kerja. Saya kata, kerja yang saya ada di Changlun. Jauh pula katanya. Nak uruskan anaknya susah, isteri suri rumah tak bekerja. Jadi memang bergantung harap dengan pendapatan dia sajalah.

Bila saya jumpa, saya berilah apa yang saya boleh berikan. Kasihan, kasihan tengok kawan yang sama-sama dengan kita dulu, satu ketika dulu bergaji RM4,000-RM5,000 sebulan tiba-tiba Allah uji seperti ini.

Semalam dia datang berjumpa dengan saya lagi. Dengan nada suara yang rendah dia berkata, “Sekarang aku dah dapat kerja, kerja dengan seorang kontraktor ini. Kerja mencuci longkang di kawasan rumah kita ini. Gaji RM800 sebulan, sebulan kerja 26 hari.”

“What?!!” saya terkejut.

“Kenapa sampai jadi begini?” soal saya.

“Firdaus, ini bukan soal malu. Ini bukan soal maruah, ini bukan soal kotor, ini soal hidup. Anak bini aku dah tak ada makan, aku terpaksa kerja. Kerja kotor pun aku kena buat. Mungkin Allah nak uji aku sekarang,” katanya.

“Hang nampak aku susah. Hang tau tak, masa aku kerja cuci longkang, ada lapan orang geng, cerita depa.. aiyo, lagi aku nak menangis. Bila tengok depa lagi susah. Aku tak boleh nak cerita kesusahan aku sebab depa lagi susah. Kalau tak susah, orang tak mau kerja cuci longkang ni Firdaus,” tambahnya lagi.

Wow! Dalam hati aku terasa seperti mahu menangis.

“Firdaus, boleh bagi aku kerja buat apa-apa, mesin rumput ke, buat apa ke, asal ada kerjalah. Aku segan nak minta duit kat hang. Aku nak minta kerja apa hang boleh tolong aku,” katanya.

“Okaylah, mesin rumput rumah aku,” saya kata.

Padahal rumput baru saja dimesin dua minggu lalu. Tak apalah, tolong sajalah.

“Boleh tak hang tolong advance duit kat aku dulu? Aku nak beli beras dan barang dapur rumah aku ni. Duit dah tak ada,” katanya.

Nak menitik air mata saya. Saya beri duit advance dulu kepada dia.

Dan hari ini, seorang yang dulu kawan baik saya, yang bergaji besar, yang hidupnya boleh dikatakan selesa untuk level hidup di kampung, hari ini dia datang mesin rumput di rumah saya. Jam berapa dia datang? Jam 11 pagi, ketika matahari dah panas terik. Tetapi dia teku memulakan kerja.

“Kenapa datang lambat?” soal saya.

“Pagi tadi hantar barang kat customer sikit. Hari ini tak kerja, boss bagi cuti,” katanya.

Saya sangat bersimpati, apalah nak kita buat dengan gaji RM800 sebulan. Nauzubillah kalau Allah uji begini, boleh jam oo. Tak tahu iman jadi macam mana, tetapi sahabat saya ini tetap bersabar.

“Bukan aku tak cuba mencari kerja yang bagus sikit tetapi aku tak jumpa kerja yang boleh beri gaji lebih sikit. Dah yang ini aku jumpa, aku kerjalah dulu sebulan dua ini,” katanya.

Jika ada di antara anda yang terbaca kisah ini, yang terasa mahu membantu sahabat saya ini dengan memberi sedikit sumbangan atau zakat, bolehlah menghubungi saya. Nanti saya berikan nombor akaun bank dia.

Mungkin kita boleh sumbang seringgit dua, inshaAllah sumbangan kita dapat meringankan beban dia. Mungkin RM10 kecil bagi kita tetpai untuk waktu ini jumlah itu tersangat besar nilainya buat dia. Jadi kita bantulah dia, mudah-mudahan Allah tidak menguji kita seperti Allah menguji dia.

Dalam berniaga, Allah pernah menguji saya juga. Saya pernah ada hanya RM50 sahaja duit dalam poket. Saya menangis pada waktu itu. Sebab saya pernah susah, saya tahu apa yang dia rasa pada waktu ini.

Pengajaran:

1. Ketika kita senang, berhati-hatilah dengan kewangan kita. Belanja sebaik mungkin, jangan terlalu boros. Ini pesanan untuk diri saya sebab saya pun banyak juga berbelanja.
2. Bila berniaga, elakkan beri banyak sangat hutang pada pelanggan. Amalkan bayaran tunai, biar untung sikit tetapi tunai.
3. Bila ada kawan susah, kita bantu. Masa bantu itu kita doakan agar Allah tidak menguji kita seperti itu.

Doakan sahabat kita ini, semoga Allah memberi kelapangan kepadanya. Mohon kongsikan kisah ini, semoga lebih ramai yang dapat pengajarannya.

Nota kaki: Entri ini saya tulis sendiri. Saya bertanggungjawab di atas apa yang saya tulis ini. Dia tidak meminta duit dari saya pun, cuma saya terasa dia wajar dibantu dalam keadaan dia seperti itu.

Sumber: Mohd Firdaus Mat Saad

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Kalau Lalu Kawasan Perkuburan, Jangan Lupa Buat Ini, Semoga Kita Dapat Ganjaran!

Published

on

Kalau Lalu Kawasan Perkuburan, Jangan Lupa Buat Ini, Semoga Kita Dapat Ganjaran!

Tidak kira bagi lelaki atau wanita, amalan menziarahi kubur amat digalakkan oleh Rasulullah SAW kerana ia mampu melembutkan hati manusia sehingga mampu menitiskan air mata dan mengingatkan kita akan hari kebangkitan kelak.

Antara anjuran apabila menziarahi atau melalui kawasan kubur adalah memberi salam dan mengucapkan doa kepada ahli kubur. Salah satu doa yang diajarkan baginda ialah:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ

وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ

Maksud: “Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insyaAllah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian.” (Sahih Muslim, no. 975)

Mereka boleh mendengar apa yang diperkatakan namun cara mereka mendengar bukan lagi melalui pancaindera tubuh badan tetapi roh semata-mata.

Ia malah dibenarkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Setelah selesai satu perang di mana tentera kafir Quraisy telah terbunuh, Rasulullah SAW berseru seraya berkata:

“Wahai Abu Jahal bin Hisham. Wahai Umayyah bin Khalaf. Wahai ‘Utbah bin Rabi’ah. Wahai Syaibah bin Rabi’ah. Adakah kamu semua dapati apa yang dijanjikan oleh berhala-berhala yang kamu sembah itu benar? Maka sesungguhnya aku dapati apa yang Allah janjikan kepada aku itu benar.”

Apabila Saidina Umar mendengar kata-kata baginda, beliau berkata,

“Ya Rasulullah, bagaimana mereka boleh mendengar dan menjawab pertanyaan kamu itu? Sesungguhnya mayat-mayat mereka sedang mereput”

Lalu Rasulullah menjawab bahawa mereka mampu mendengar tetapi tidak mampu menjawab.

Jadi, kita disarankan untuk memberi salam, berdoa ataupun menyebut kata-kata baik apabila berada atau melalui di kawasan kubur.

Tidak kira bagi lelaki atau wanita, amalan menziarahi kubur amat digalakkan oleh Rasulullah SAW kerana ia mampu melembutkan hati manusia sehingga mampu menitiskan air mata dan mengingatkan kita akan hari kebangkitan kelak.

Antara anjuran apabila menziarahi atau melalui kawasan kubur adalah memberi salam dan mengucapkan doa kepada ahli kubur. Salah satu doa yang diajarkan baginda ialah:

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ

وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلاَحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ

Maksud: “Salam sejahtera ke atas kalian wahai penduduk negeri kaum mukminin dan muslimin. Sesungguhnya kami insyaAllah akan menyusul kalian. Aku memohon kepada Allah keselamatan bagi kami dan bagi kalian.” (Sahih Muslim, no. 975)

Mereka boleh mendengar apa yang diperkatakan namun cara mereka mendengar bukan lagi melalui pancaindera tubuh badan tetapi roh semata-mata.

Ia malah dibenarkan oleh Rasulullah SAW sendiri. Setelah selesai satu perang di mana tentera kafir Quraisy telah terbunuh, Rasulullah SAW berseru seraya berkata:

“Wahai Abu Jahal bin Hisham. Wahai Umayyah bin Khalaf. Wahai ‘Utbah bin Rabi’ah. Wahai Syaibah bin Rabi’ah. Adakah kamu semua dapati apa yang dijanjikan oleh berhala-berhala yang kamu sembah itu benar? Maka sesungguhnya aku dapati apa yang Allah janjikan kepada aku itu benar.”

Apabila Saidina Umar mendengar kata-kata baginda, beliau berkata,

“Ya Rasulullah, bagaimana mereka boleh mendengar dan menjawab pertanyaan kamu itu? Sesungguhnya mayat-mayat mereka sedang mereput”

Lalu Rasulullah menjawab bahawa mereka mampu mendengar tetapi tidak mampu menjawab.

Jadi, kita disarankan untuk memberi salam, berdoa ataupun menyebut kata-kata baik apabila berada atau melalui di kawasan kubur. Semoga ianya bermanfaat.

Continue Reading

Islamik

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Published

on

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok dan Cukup Sifat

Sesungguhnya m4ti itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai m4ti. Namun, bagaimanakah kem4tian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata org lain, tak suka menc3rca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap c3rca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah ku bur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini. Cari redha Allah.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi m4yat.

Mayat Tidak Hancur Tanda Allah Redha?

Tidak kurang kisah penyebaran peristiwa ajaib seperti mayat seseorang yang telah meninggal dunia dikalangan masyarakat kita. Kisahnya bermacam versi, kebanyakkan adalah kisah setelah lama kematian seseorang itu lalu kuburnya digali semula didapati mayatnya tidak reput dan tidak hancur malah seakan-akan baru sahaja ditanam. Fenomena ini dikenali sebagai incorruptible body. Lalu hasil dari kejadian sebegitu, ramai orang menyandarkan peristiwa itu adalah petanda Allah menjaga jasad tersebut. Lalu mereka akan mengaitkan bahawa individu ini dahulunya adalah seorang huffaz yang menghafal al Quran, orang soleh, atau orang yang baik-baik dan sebagainya.

Peristiwa mayat tidak reput ini tidak dinafikan sememangnya berlaku. Malah di dalam sebuah hadis nabi Muhammad SAW menyebut:

اَفْضَلُ اَيَّامِكُمُ الْجُمْعَةُ فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ وَ فِيْهِ قُبِضَ وَ فِيْهِ النَّفْخَةُ وَ فِيْهِ الصَّعْقَةُ فَاكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ فَإِنَّ صَلاَتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالُوا وَ كَيْفَ تُعْرَضُ صَلاَتُناَ عَلَيْكَ وَ قَدْ اَرمَتَّ يَقُولُونَ بَلِيْتَ فَقَالَ اِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ اَنْ تَأْكُلَ اَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

“Hari yang paling utama adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia meninggal, pada hari itu sangkakala ditiup dan pada hari itu terjadi kiamat, maka perbanyaklah kalian berselawat kepadaku di hari itu, kerana selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku”). Para sahabat bertanya, “Bagaimana selawat kami diperlihatkan kepadamu padahal kamu telah menjadi debu?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”

Hadis di atas diriwayatkan oleh Said bin Manshur, Ibnu Abu Syaibah, Ahmad dalam Musnad-nya, Ibnu ‘Ashim dalam bab berselawat, Abu Daud, al-Nasa’i dan Ibnu Maajah dalam kitab sunan mereka, al-Thabrani dalam kitab Mu’jam-nya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dalam kitab Shahih mereka, dan al-Baihaqi dalam Hayat al-Anbiya’ dan Syu’ab al-Iman dan karangannya yang lain.

Perlu diketahui hadis, “Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan bumi dari memakan jasad para Nabi.”, telah datang dari jalan yang banyak yang dikumpulkan oleh al-Hafiz al-Mundziri dalam bahagian khusus dan dia berkata dalam al-Targhib wal Tarhib, “Hadits tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Maajah dengan sanad yang jayyid (sangat bagus) dan diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya dan al-Hakim, dan dia juga menshahihkan hadits tersebut.”

Dalil hadis hanya mengkhususkan bahawa jasad para nabi sahaja dijaga dan tidak dimakan oleh tanah. Sememangnya jasad para nabi akan dijaga berdasarkan hadis ini, dan hadis ini tidaklah mengkhususkan bahawa kesemua jasad yang tidak dimakan tanah itu kesemuanya adalah jasad para nabi kerana terdapat juga jasad-jasad yang lain turut tidak dimakan oleh tanah. Ini kerana dalam konteks hadis ini tidak juga memberi isyarat bahawa perkara itu tidak berlaku kepada orang lain. Malah ia juga berlaku kepada orang yang Allah murkai.
Malah fenomena ini juga berlaku kepada mana-mana manusia di dunia ini. Jika dilihat di negara-negara lain juga terdapat kejadian seperti ini. Tetapi untuk menyandarkan peristiwa ini semata-mata sebagai penanda aras mayat itu diredhai oleh Allah adalah suatu yang perlu berhati-hati.

Sedangkan hal tersebut juga terjadi kepada orang jahat yang dilaknat oleh Allah sepertimana Firaun, firman Allah yang bermaksud:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Jika ingin dikatakan jasad yang ditanam tidak reput dan rosak dimamah tanah itu adalah petanda aras adalah kebenaran kepada agama, maka bagaimana pula dengan jasad firaun juga yang dipelihara oleh Allah sehingga kekal pada hari ini? Begitu juga dengan peninggalan mayat-mayat di Pompeii yang diselaputi dengan letusan gunung berapi yang masih tersisa sehingga hari ini, adakah peninggalan itu menjadi tanda aras Allah meredhai mereka?

Begitu juga hal ini menjadi modal yang dijaja oleh penganut Kristian di Barat terutama denominasi Katolik. Mereka memiliki banyak koleksi mayat dari kalangan paderi (saint) yang tidak reput malah diletakkan di dalam bekas kaca untuk ditonjolkan kepada orang ramai bahawa paderi itu merupakan orang baik dan mayatnya itu dirahmati oleh Tuhan. Antaranya adalah St. Luigi Orione, St. John Neumann, St. Pio da Pietrelcina, St. Bernadette Soubirous dan banyak lagi.

Malah terdapat ramai tokoh agama yang saling mengejar peristiwa seperti ini untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi kebenaran dan keredhaan Tuhan berpihak kepada mereka.

Kita tidak menafikan kuasa Allah dalam menguruskan alam ini. Apa yang mahu dibawa dalam perbicangan ini adalah perlunya mengubah cara berfikir dengan menyandarkan sesuatu perkara itu dengan aras ‘kebenaran’ dan ‘keredhaan’ Allah. Sedangkan kejadian Allah menjaga mayat seseorang dengan petanda Allah meredhainya itu tidak disebut khusus di dalam nas kecuali mengenai jasad para nabi sahaja.

Akan tetapi, masyarakat kita menyebar peristiwa itu seakan agama yang bercakap soal ukuran aqidah keimanan itu. Oleh itu membina pemikiran yang bebas dari sangkaan dan sikap rasa-rasa dalam beragama bukanlah sesuatu yang mudah untuk melawan arus masyarakat yang sedia terjinak dengan perkara-perkara ajaib ini. Terutama untuk membezakan diantara perkara itu berlaku bukan sebagai petanda aras kebenaran semata-mata. Perkara ini perlu diperhalusi dan jangan dirangkul pukal sekali bahawa ia adalah dalil semata-mata untuk kita.
Oleh itu untuk kembali berdiri dengan aqidah yang dibawa oleh al Quran dan Hadis adalah penting untuk membina pemikiran yang berhati-hati terhadap perkara yang melibatkan dengan sentimen keimanan.

Sumber : Amina Jasmine

Continue Reading

Islamik

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Published

on

Rezeki Datang Mencurah-Curah Bila Kita Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan

Semasa pergi ke hospital semalam, datang seorang lelaki yang baik mengajak saya duduk berbual kerana dia ada masalah. Dia bercerita yang kehidupan keluarganya sangat sempit dan tidak tenteram. Asyik bergaduh saja dan rasa sakit jiwa.

“Saya dah usaha macam-macam cara dah. Tak tahu nak buat macam mana dah,” katanya.

“Abang makan, ada suapkan makanan dalam mulut isteri tak?” saya tanya.

“Tak pernah ustaz,” jawabnya.

“Abang pernah menyuap makanan ke dalam mulut anak-anak tak?” soalan saya kemudian dijawab dengan jawapan yang sama.

“Orang dulu-dulu tak adalah kaya sangat tetapi kehidupan keluarga penuh dengan kasih sayang, rezeki pun cukup saja, rasa tenang dan berkat. Sebab janji Allah dengan menghargai keluarga, rezeki bertambah.

Sekarang? Dah banyak keluarga yang tak makan sekali apatah lagi suami menyuap isteri dan anak-anak. Ada yang masih makan bersama tetapi sambil makan, tangan sibuk melayan handphone, mata sibuk melayan tv. Ya Allah.

“Bila isteri makan dari tangan kita, terasa bahagia sangat. Bila kita menyuap isteri makanan kerana cinta, kerana Allah walaupun cuma beberapa suap, terasa nikmatnya. Buat pula tergigit jari sikit. Hehe! Sunnah berjemaah.
Juga makan satu bekas yang sama. Sekarang satu dulang rumah saya, kami makan berlima. Kadang-kadang anak pula berebut nak menyuap makanan ke mulut mak dan ayahnya sekali sekala.

“Cuba abang amalkan menyuap isteri dan anak-anak. Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kasihilah keluarga, lihatlah bagaimana rezeki datang mencurah-curah,” jelas saya padanya.

“Baiklah ustaz. Saya nampak itulah jalan yang saya tidak pernah fikir. Rezeki datang bila kita berkasih sayang dan menghargai keluarga,” katanya.

Bila isteri suapkan saya, terasa best sangat nikmat. Ya Allah, inilah nikmat dunia ini. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.

Oleh: Ustaz Ebit Lew

Continue Reading

Trending