Gadis Buat Perangai Pel1k Order Nasi Goreng Tapi Tanpa Nasi, Hasilnya Tetiba Ramai Pulak Yang Mengidam

Baru-baru ini, tular video di Tik Tok mengenai seorang wanita yang membuat pesan ‘pel1k’ di sebuah gerai yang terletak di Jakarta, Indonesia. Menerusi satu video yang dimuat naik, wanita tersebut berkongsi momen yang mana dia memesan nasi goreng dengan ‘special request’ iaitu tanpa nasi di gerai terbabit.

Perkara tersebut membuatkan ramai menjadi tertanya-tanya apakah mustahil untuk memesan nasi goreng tanpa adanya bahan yang paling penting, iaitu nasi itu sendiri? Namun ternyata, tukang masak di gerai tersebut ‘sporting’ apabila mereka mengikutkan sahaja kehendak wanita itu.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan, tukang masak di gerai itu meletakkan bahan-bahan utama yang sering dimasukkan ke dalam ramuan nasi goreng seperti sayur, sosej, daging dan telur, dan yang pasti, tiada nasi seperti yang diminta pelanggan mereka itu. Yang menariknya, biarpun tanpa nasi, pesanan tersebut tetap sahaja kelihatan padat dan enak sehingga membuatkan ramai netizen yang menonton video tersebut menjadi ‘terliur’.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*