Gara-Gara Kari Kambing Pasangan Ini Bergaduh Kemudian Batalkan Majlis Perkahwinan Mereka

Satu pasangan di India terpaksa membatalkan perkahwinan mereka bukan kerana kehadiran orang ketiga, tapi sebaliknya disebabkan hidangan kari kambing. Segalanya bermula apabila keluarga bakal isteri tidak menghidangkan makanan kegemaran pengantin lelaki, membuatkan pihak lelaki terpaksa membatalkan perkahwinan mereka.

Ketika kejadian, lelaki bernama Ramakant Patra sudah pun tiba di Sukinda, Odisha untuk majlis perkahwinannya itu. Sebaik tiba bersama ahli keluarga, Patra disambt keluarga bakal isteri untuk makan tengah hari sebelum majlis perkahwinan bermula.

Namun, Patra kecewa apabila tiada hidangan kari kambing kegemarannya dihidangkan, lalu mempersoalkan perkara itu sebelum berlaku pertengkaran dengan keluarga bakal isteri. Kemuncak pertengkaran berlaku apabila lelaki berusia 27 tahun itu nekad meninggalkan majlis perkahwinannya. Apa yang mengejutkan, Patra dikatakan berkahwin pula dengan wanita lain sebelum pulang ke Rebanapalaspal sehari kemudian.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*