Gara-Gara Terlalu Sayang Dengan Buaya, Lelaki Ini Tidak Kisah Tinggalkan Isteri Sendiri

Seorang lelaki yang juga nelayan di San Jose, Costa Rica menjadi tular di media sosial selepas dikatakan sanggup meninggalkan isterinya demi rakan baiknya yang dikenali sejak 20 tahun lalu iaitu seekor buaya. Gilberto ‘Chito’ Shedden menemui buaya yang diberi nama Pocho pada 1989 di tebing sungai Reventazón, Costa Rica ketika ia hampir mati akibat ditembak. Sejak dari itu, beliau menjaga buaya berkenaan dengan memberi makan 31 kilogram ayam dan ikan seminggu dan menunjukkan kasih sayang.

“Saya memberikannya makanan. Pada mulanya, ia enggan makan namun saya tetap memberi buaya itu makan ayam sehingga ia sihat. Saya juga mahu membelainya kerana mahu ia tahu saya mengambil peduli tentangnya,” kata Chito. Disebabkan lelaki itu sering menghabiskan masa bersama buaya kesayangannya, maka dia akhirnya telah ditinggalkan isteri. Baginya, isteri boleh cari yang lain tetapi buaya itu adalah satu dalam sejuta.

Sebelum ini, Chito pernah melepaskan buaya berkenaan ke dalam sebuah sungai untuk menjalani kehidupan seperti buaya lain, tetapi keesokan paginya buaya itu kembali dan tidur di luar rumah. Hubungan baik mereka membuatkan Chito membawa buaya berkenaan melakukan pertunjukan haiwan bersama dan mengenakan caj AS$2 (kira-kira RM8.40) kepada penonton. Bagaimanapun pada Oktober 2011, Pocho mati dan kini lelaki berkenaan sedang melatih Pocho keduanya.

“Ia sedikit sukar kerana kami kurang rapat, namun saya percaya dengan kasih sayang dan kesabaran, saya akan mempu melatihnya. Harapnya dalam masa dua tahun lagi kami akan menjadi rakan baik dan boleh membuat pertunjukan bersama,” katanya.

kredit syok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*