Gemparkan Indonesia Dengan Teknik Rawatan Covid19, 2 Lelaki Dakwa Boleh Rawat Dengan Menyedut Nafas Pesakit

Perbuatan dua bomoh Indonesia yang menawarkan khidmat ‘menyedut Covid-19’ dari badan pesakit menimbulkan kemarahan netizen, lapor Suara.com, semalam. Bomoh dikenali sebagai Masudin dan Samian itu dikenali sebagai ahli terapi yang kononnya mampu menyedut keluar virus pesakit sekali gus menyembuhkannya.

Rakaman video yang menunjukkan Samian menyedut nafas pesakit Covid-19 itu tular di media sosial hingga menjadi tajuk berita sebuah stesen televisyen di Taiwan. Ketika ditemui di kediamannya, Samian berkata dia berada dalam keadaan sihat selepas melakukan perbuatan sedutan Covid-19 itu.

“Saya sihat walafiat dan belum ada tanda-tanda dijangkiti Covid-19. Apa yang saya lakukan pada hari itu adalah sebagai salah satu perubatan alternatif yang dipelajari. Saya bukan mahu berlagak sombong atau menunjuk. Sama seperti rakyat Indonesia lain, saya juga mahu bebas daripada pandemik ini,” katanya.

Dalam pada itu, rakannya, Masudin dilaporkan telah meninggal dunia, beberapa hari selepas tindakan menyedut nafas pesakit Covid-19 itu dibuat. Menurut Samian, isteri Masudin memberitahu suaminya meninggal akibat sakit lambung atau penyakit pedih ulu hati.

Dalam pada itu, seorang doktor perubatan dari Makassar, Bambang Budiono menyifatkan tindakan dua bomoh ini adalah punca penularan Covid-19 semakin berleluasa di republik itu.

“Inilah yang dikatakan ‘Covidiot’ atau orang yang bodoh dalam berdepan wabak Covid-19. Perbuatan ini sangat menyedihkan di saat negara berdepan lonjakan kes yang hampir melumpuhkan sistem kesihatan kita,” katanya.

kredit kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*