“Helikopter Yang Mendarat Di Padang Ipoh Untuk Membeli Nasi Ganja Ada Surat Kebenaran Merentas Negeri”

Helikopter Bell 505 yang mendarat di Padang Ipoh dekat sini Jumaat lalu, mempunyai surat kebenaran merentas negeri yang dikeluarkan polis Selangor. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Mior Farid, tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk telah selesai dirakam percakapan mereka hari ini.

“Datuk dan pegawai dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu antara lima individu yang telah dipanggil untuk diambil keterangan. Siasatan dijalankan di bawah kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) larangan rentas negeri atau daerah di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 Akta 342,” katanya.

Menerusi laporan akhbar 23 Julai lalu, helikopter dikendalikan syarikat Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu mendarat di padang Ipoh pada pukul 10 pagi bagi mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja. Tempahan itu difahamkan dibuat oleh pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah restoran nasi kandar terkemuka di bandar raya ini yang lebih dikenali sebagai nasi ganja.

Mior Farid sebelum ini mengesahkan bahawa helikopter tersebut mempunyai kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

kredit tun carlos

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*