Connect with us

Petua Berguna

Ibu Bapa Perlu Risau Jika Anak Mereka Ada Tanda-Tanda Ini

Published

on

Apa itu Autisme?

Autisme adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan kemahiran sosial, sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan diri sendiri. Pada kebiasaannya, petanda kesihatan anak yang mununjukkan simptom gangguan sama  ada secara mental dan fizikal tidak disedari.

Misalnya masalah Autisme yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun. Namun, disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk menjalani kehidupan apabila membesar kelak. Masalah Autisme yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak adalah berbeza. Ada kanak-kanak yang kelihatan seperti kanak-kanak normal, tahap sederhana dan tahap serius.

Ada cerita pengalaman & perkongsian anak Autism?

Berikut ialah satu kisah membesarkan anak Autisim yang dikongsikan di bawah:

Seorang anak saya begitula keadaannya. Mengucapkan perkataan emak hanya ketika 4 tahun. Selalu dia mengajuk apa yang kita cakap macam burung kakaktua. Apa yang dilakukan menyebabkan saya seperti tergugur jantung nak menjaganya.

Ketika saya bawa adiknya baru dilahirkan dari hospital, dia lempang muka baby tu, lepas tu dia ketawa.

Dia tak tahu bahaya. Dia boleh berendam dalam kolah bilik air pukul 2 pagi. Selalu hilang secara tiba tiba, tau-tau dah pegi stesen minyak ambil air kotak dlm peti sejuk. Saya dimarahi orang kerana katanya tak jaga anak baik baik.

Pada yang tak menghadapi, memang tak tahu, betapa letihnya menjaga anak ini. Alhamdulillah..masa yang mencabar itu dah berlalu, anak tu dah jadi remaja, bagus juga dalam pelajaran.

Seorang kawan, sampai sanggup berhenti kerja sebagai pensyarah kerana menjaga anak sebegini. Mereka memang anak yang istemewa kerana memberi ibundanya banyak pahala.

Apakah simptom-simptom Autisme?

Kanak-kanak yang mengalami Autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti kanak-knak normal yang lain. Hal ini menyukarkn masalah ini dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akan simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka. Setiap daripada penghidap Autisme memiliki simptom yang berbeza antara satu sama lain. Antara simptom-simptom Autisme ialah:

1 Tidak menunjukkan eye contact

2 Tidak bertindak balas terhadap senyuman

3 Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepala ke dinding

4 Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendiri

5 Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang dan kerap melentikkan badan seolah-olah mengelak apabila dipeluk.

6 Terlalu sensitif dan mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan

7 Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.

8 Gemar mengibarkan tangan dan memusingkan badan setempat. Malah kanak-kanak 18 bulan ke atas , mereka lebih suka menggunakan isyarat berbanding perkataan.

Apa tindakan ibu-bapa jika mengesan anak menghidap Autisme?

Sebagai ibu bapa, anda perlulah mengesan tanda-tanda awal anak yang menghidapi autistik ini dengan cara memerhatikan perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak juga sewenang-wenangnya menyatakan si manja anda Autisme. Kita seharusnya jangan mudah melabelkan si manja mengalami Autisme dengan hanya kerana anak-anak menunjukkan beberapa tanda autistik. Seharusnya ibu bapa perlu membawa anak anda mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya, kerana ada kemungkinan kanak-kanak tidak boleh bertutur walau pun usia menjangkau tiga tahun.

Setelah doktor mengenal pasti anak anda tidak pekak, biasanya pakar pendengaran akan merujuk kepada pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada si manja benar-benar menghidapi Autisme sebelum diberikan rawatan sewajarnya.

Bagaimana menjaga dan mendidik anak Autisme?

Kanak-kanak Autisme memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Hal ini perlu dilaksanakan kerana penjagaan anak Autism perlu dilakukan secara berterusan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan atau seperti tidak merasa kewujudan orang-orang di sekeliling. Kita seharusnya jangan merenung atau menyentuh si kecil autistik ini kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stress.

Bagi mengasuh dan membimbing kanak-kanak ini, banyakkan menggunakan bahan wujud secara langsung atau alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah menterjemahkan bahan tersebut. Ibu bapa juga perlulah memberikan kemahiran sosial kepada anak-anak seperti teknik berkumpulan , bercerita dn sebagainya. Gejala Autisme boleh diredakan dengan menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang. Anak-anak Autisme juga perlu diberikan peluang untuk merasa apa jua yang ada di persekitaran mereka.

Gangguan tingkah laku yang dikenal pasti tiada penawar ini akan berkekalan sehingga mereka meningkat usia. Oleh sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan. Anak-anak Autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri adalah langkah yang bijak sebagai persediaan mereka bagi menempuh kedewasaan. Ibu bapa yang memiliki anak-anak yang istimewa ini, seharusnya tidak perlu berasa malu dengan keadaan anak mereka, kerana anak adalah anugerah yang tidak ternilai.

Ibu bapa seharusnya mendaftarkan anak-anak mereka ini ke sekolah khas bagi membantu mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup kelak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Petua Berguna

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Published

on

Betul Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Akan Menyebabkan Badan Kita Terkena K@Nser Bila Makan?

Microwave atau ketuhar gelombang mikro merupakan perkakas yang menjadi satu keperluan asas semua orang. Ia sangat membantu daripada segi pemanasan makanan. Microwave bukan saja memudahkan kerja tetapi juga menjimatkan masa dan tenaga. Namun, terdapat perbincangan menyatakan penggunaan microwave boleh mengurangkan nutrisi dan menyebabkan kanser, menjadikan kita takut nak pakai. Sejauh mana, kebenaran dan kepercayaan itu? Jom baca lebih lanjut.

Kajian menyatakan bahawa pemanasan makanan dalam microwave tidak akan mengubah struktur molekul yang sedia ada dalam makanan. Jumlah tenaga radiasi microwave tidak kuat jika dibandingkan dengan cahaya matahari. Ia hanya mampu menggetarkan molekul pada makanan yang dipanaskan.

Apabila radiasi tidak mampu mengubah struktur molekul dan menukar sifat kimia (non-ionising) maka, makanan yang dipanaskan dengan menggunakan microwave tidak mengurangkan nutrisi dan tidak sama sekali boleh menyebabkan kanser.

Bekas yang sesuai adalah sangat penting semasa menggunakan microwave. Gunakan bekas seramik atau plastic yang ada indikasi tahan microwave dan kaca yang tahan haba. Jangan sesekali pakai bekas besi kerana ia akan meningkatkan tenaga gelombang dan boleh mencetuskan api kebakaran.

Harap article ini buat korang lebih faham tentang tenaga radiasi microwave. Lepas ni korang boleh memperbetulan pemahaman orang ramai tentang mitos ataupun kepercayaan yang dibualkan selama ini, sememangnya tidak benar. Microwave ternyata tidak mengurangkan nutrisi pada makanan dan tidak boleh menyebabkan kanser.

kredit syok

Continue Reading

Petua Berguna

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Published

on

7 Jenis Bau Mulut Ini Bagi Signal Kepada Anda Yang Anda Sedang Alami Perkara Ini. No 4 Yang Paling Bahaya

Bau mulut biasanya berpunca daripada bakteria yang berada dalam mulut kita. Namun, menurut kajian yang diambil daripada Boldsky.com, penyakit yang dialami juga menyebabkan punca kepada bau mulut.

  1. Bau Seperti Kotoran
    Berkemungkinan gusi korang mengalami jangkitan disebabkan adanya bakteria anarob dalam mulut. Bakteria ini muncul disebabkan korang kurang membersihkan gigi menggunakan flos.
  2. Bau Hamis
    Nitrogen dan sulfur adalah penyebab utama mulut berbau hamis. Jika korang berdepan dengan masalah ini, ia bermakna ada masalah kesihatan yang berkaitan dengan ginjal.
  3. Bau Seperti Mulut Kering
    Bau mulut seperti mulut kering disebabkan keadaan air liur yang tidak normal. Keadaan ini akan menyebabkan masalah gusi dan juga kerosakan gigi.
  4. Bau Busuk
    Jika mulut berbau seperti daging yang busuk, berkemungkinan ada masalah dengan tonsilitis. Tonsilitis yang dijangkiti dan meradang dan menghasilkan bakteria anarob. Bakteria itu kemudiannya akan menghasilkan bakteria sulfur yang menyebabkan bau busuk.
  5. Bau Seperti Susu Lama
    Mulut berbau seperti susu lama terjadi apabila kita melakukan diet yang kurang karbohidrat tetapi tinggi protein. Ini menunjukkan bahawa diet makan tidak baik kerana menu diet yang seimbang diperlukan bagi kesihatan badan korang.
  6. Bau Seperti Kapur Barus
    Mungkin disebabkan sinus. Ini kerana lendir ketika hidung korang tersumbat mengandungi protein yang sangat padat sehingga dapat menghasilkan bau sebegitu.
  7. Bau Seperti Buah Pear
    Berkemungkinan menunjukkan bahawa korang mengalami penyakit kencing manis jenis satu. Ini kerana kekurangan insulin dalam badan, menyebabkan bau seperti itu.

Segera dapatkan pemeriksaan daripada yang pakar untuk mengetahui tahap kesihatan anda ya!

Continue Reading

Petua Berguna

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Published

on

Kalau Nak Bela Kucing Kena Tahu 4 Tips Untuk Elak Si Comel Cakar Sofa

Ini merupakan salah satu daripada masalah utama yang sering kita hadapi apabila memelihara kucing. Pasti sofa kesayangan anda akan dicakar si comel, kerana ‘mencakar’ merupakan tabiat si kucing untuk melepaskan geram.

Ketahuilah sebenarnya kita tidak boleh hentikan tabiat mencakar yg dilakukan oleh kucing kerana itu memang habitat mereka. Apa yg kita boleh buat ialah dengan melatih mereka mencakar pada objek yg dikhaskan.

Berikut ialah beberapa tip yang boleh kita guna untuk mengelak perabot dari menjadi ‘mangsa’ mereka sebelum kita nak bela kucing:

1. Spray

Cara yang paling mudah dan sering digunakan. Pastikan botol spray sentiasa bersebelahan perabot. Kita bertindak menyembur percikan air dari botol bila kita terpandang mereka “dalam percubaan” hendak mencakar.

Katakan ‘tidak’ atau ‘no’ dengan tegas pada kucing anda. Namun cara ini agak kurang berkesan kerana kita sentiasa harus berada di sekitar perabot untuk memastikan mereka tidak mencakar.

2. Scratching Post (Tempat mencakar)

Kucing lazimnya gemar mencakar selepas makan dan juga bila bangun tidur. Oleh sebab itu, letak lah scratching post berdekatan dgn favourite spot mereka. Letak juga tempat mencakar berdekatan dgn perabot atau bersebelahan tempat makanan dan minuman si Comel.

Sekiranya kita nakkan kucing bukan sahaja mencakar tetapi tidur dan memanjat di satu tempat, sediakan juga Cat Tree. Pelbagai tempat mencakar boleh didapati di pasaran.

3. Pelekat

Kebanyakan kucing benci dengan benda2 yg melekat pada bulu atau tapak kaki mereka. Gunakan double-sided tape yg tidak memudaratkan atau meninggalkan sebarang tanda (stain) pada karpet atau sofa juga pd kucing kita.

Pelekat yg bersifat lutsinar ini mudah memperdaya si Comel yg degil. Awas! Jgn anda pula yg terperangkap dan duduk di atas pelekat tersebut.

4. Potong kuku kucing

Memotong kuku kucing mungkin membantu mengurangkan tabiat mencakarnya. Sebaik-baiknya lakukan ketika kucing anda masih kecil. Bela kucing kena tahu jaga penampilan kucing juga ya kalau kuku kucing panjang memang lebih teruk lah sofa kalau dicakar oleh bulus ni.

Continue Reading

Trending