Ibu Terkejut Anak Perempuan 6 Tahun Sudah Tumbuh Payudara, Doktor Dedah Akibat Pakai Essential Oils

Pasti ada di kalangan kita yg masih belum mendapat gambaran apa sebenarnya Essential Oils ini. Essential Oils adalah pati minyak aromatik yang diekstrak utk mendapatkan minyaknya. Popular dikalangan orang dewasa kerana manfaat dan kebaikannya. Essential Oil ini dapat sambutan ramai pengguna sejak pandemik bermula. Pengguna yang semakin juga meluas ini tidak sedar dengan kekurangannya yang mungkin ibu ibu di luar sana berasa tidak senang.

Seorang pengguna Twitter, @antaintiom kongsi berkenaan rakannya seorang ibu yang menggunakan Essential Oil kepada anak 6 tahun dan mengalami akil baligh tidak normal. Berdasarkan perkongsian beliau itu, rakannya berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan nasihat mengapa perkara sedemikian boleh berlaku. Anaknya yang masih kecil sudah tumbuh payudara dan doktor berkata ini adalah tidak normal untuk anak yang masih kecil.

Rakanya itu berkata telah menggunakan minyak pati atau ‘essential oil’ selama dua tahun. Mengikut kata doktor pakar itu, kanak kanak kecil tidak seharusnya terdedah dengan sebarang minyak pati terutama yang mengeluarkan bau wangi. Wanita itu berkata, perkembangan anak akan terhenti seawal umur 14 tahun dan hormon itu akan lebih mengganggu anaknya yang masih kecil.

Perkara viral hingga ke TikTok, seorang pengguna TikTok @druglordrxdl kongsi bahaya Essential Oil ini ke atas ibu mengandung dan kanak-kanak kecil. Beliau juga berkata, kebanyakan brand minyak pati ini hanya sebagai satu marketing dalam niaga.

Seperti yang kita ketahui, wangian dari bunga mempunyai estrogen seperti ada di dalam badan wanita, jika hormon itu terlebih ianya mampu mengganggu hormon anak-anak yang masih belum sampai tahap tumbesaran.  Sudah banyak artikel yang kalian boleh jumpa mengenai kesan sampingan penggunaan minyak pati ke atas kanak-kanak. Pastikan dapat nasihat doktor untuk jika berlkau sesuatu di luar jangkaan.

kredit rilekslah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*