Influencer Gara-Gara Nak “Tunggang” Isu Pemergian Siti Sarah Sanggup Buat “Content” Mencetuskan Kemarahan Orang

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudddin semalam benar-benar mengejutkan dunia hiburan. Allahyarhamah yang menghembuskan nafas terakhirnya pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19 kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Namun disebalik pemergiannya dan kedukaan yang masih lagi ditanggung suaminya, Shuib dan anak-anak masih ada lagi individu tidak bertanggungjawab menjadikan kehilangan tersebut satu konten.

Sejak malam tadi tular di media sosial beberapa tangkap layar yang diambil dari instagram seorang Youtuber yang menghasilkan konten dengan menziarahi pusara arwah Siti Sarah. Mula dimuat naik seorang pengguna Twitter, Ashraf Suhaimi, tangkap layar tersebut nyata meraih perhatian ramai.

  • “Hal macam ini pun boleh jadi content?”

Hal macam ni pun boleh jadi konten ye? Saya tak boleh bayangkan.. untuk raih tontonan? Mana pergi sensitiviti? – ciap Ashraf Suuhamim

  • Buat promosi di media sosial

Perkongsian tersebut nyata menaikkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan dia tidak sensitif serta biadap dan langsung tidak menghormati keluarga arwah Sarah terutamanya Shuib dan anak-anak yang masih lagi bersedih.

  • Siap buat giveaway

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila influencer tersebut siap mengadakan giveaway didalam video tersebut seolah langsung tidak memifikirkan yang ianya boleh mengguris perasaan orang lain yang sedang berduka. Ramai yang turut mengecam dan meminta dia untuk menurunkan kandungan tersebut. Pengacara Fedtri Yahya yang begitu berang turut berasakan individu ini wajar diboikot

  • Sudah turun kan video dan buat permohonan maaf

Menyedari teruk dikecam, influencer tersebut kemudiannya sudahpun memadamkan video tersebut serta memohon maaf kerana tidak berfikir jauh sewaktu membuat konten tersebut

kredit buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*