Influencer Pengotor Tayang Rumah Bersepah Dengan Pampers Budak, Konon Nak Buat “Content” Tapi Kena Kecam Dengan Netizen

Baru-baru ini kecoh di media sosial bila seorang influencer yang juga bekas pembantu peribadi Vivy Yusof, Iman Azman memuat naik video pendek reels di Instagram peribadinya. Dalam video tersebut Iman yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak telah menunjukkan rumahnya sentiasa ada lampin pakai buang kotor yang dibiarkan bersepah dalam rumahnya.

“Orang lain ada juga ke diapers dekat mana-mana tempat random dalam rumah?” Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh nampak pampers ada dekat macam-macam tempat di rumah Iman ni, ada atas sofa, dalam kereta mainan anaknya, di atas lantai dan banyak tempat lain.

Ekoran ini, netizen yang melihat video ini telah meluahkan rasa jijik dan geli mereka dengan keadaan rumah instafamous ini. Selepas mendapat pelbagai kecaman dan kritikan dari netizen, Iman Azman telah pun memadam videonya itu dan mengunci akaun Instagramnya.

kredit lobak merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*