Ini Cara Ikhtiar Pulihkan Rumah/Premis Yang Diganggu Makhluk Halus, Buat Dulu Sebelum Panggil Ustaz!

Ramai tanya saya Ustaz boleh datang rumah untuk pulihkan rumah??

Ustaz boleh datang pulihkan kedai saya?? Ramai orang kata saya tak buka kedai bila lalu depan kedai saya. Macam mana nak buat ya ust?

Saya minta maaf sangat-sangat ramai yang nak saya datang ke rumah untuk pulihkan rumah dan permis perniagaan. tapi masa saya hendak ke rumah anda amat terhad.. Di sebabkan ramai yang bertanya bagaimana nak buat pulihkan rumah di bawah saya ajarkan bagaimana cara mudah untuk pulihkan rumah mengelakkan dari gangguan makhluk halus..

Ambil Air kolah masjid 2

1 botol 1500ml

Lada Hitam 1pack kecil Dan Garam Halus 1bungkus

Cara Caranya buka pintu tingkap rumah depan belakang, kemudian Azan di dalam rumah tersebut.Azan setiap bilik rumah, dapur dan ruang tamu.. Selesai Azan..
Campurkan garam halus dan lada hitam dalam 1 piring contoh seperti dalam gambar di bawah..Manakala Air kolah masjid di buka penutup botol tersebut lalu baca seperti di bawah:

  • Baca Al Fatihah 11x
  • Ayat qursi 11x
  • Al Ikhlas 11x kemudian Sambung Zikir Di Bawah Baca sebanyak 3x dan selawat 11x

Selesai baca garam halus di tabur setiap bucu rumah lebihkan tabur di bilik air tandas..Tabur secubit garam tersebut setiap bucu di sekeliling rumah anda.Selesai tabur ambil air kolah masjid pula masuk kan di dalam botol #Spry contoh seperti gambar di bawah.Kemudian spry kan sekeliling rumah anda,pastikan dinding rumah anda di spry.Lebihkan juga spry di bilik air dan tandas rumah anda..Buat lah dengan yakin Inshaa Allah izin Allah rumah anda terhindar Dari gangguan makhluk halus.

Sebaik punya pendinding Adalah banyak kan amalan zikir di dalam rumah tersebut,Banyakkan baca Al quran di dalam rumah,Solat berjemaah dan perbanyakkan solat sunat di dalam rumah…InshaaAllah itulah Sebaik2 pendinding. Kerapkan juga Azan Di dalam rumah anda inshaaAllah izin Allah di dalam rumah tersebut bebas dari gangguan makhluk halus.

Manakala di permis perniagaan pula kerap kan pasang ayat suci al quran di dalam kedai. Ada masa kita sendiri yang baca Al quran di dalam kedai .Banyakkan baca surah Al waqiah untuk murah rezeki, banyakkan Solat sunat dhuha inshaaAllah izin Allah rezeki anda bertambah. Kedai anda, tapak perniagaan inshaaAllah akan semakin maju..

Apa pun semua cara di atas adalah sebagai ikhtiar sahaja..Selebihnya semua atas izin Allah…
Tanda2 Di Dalam Rumah ada Gangguan..

  1. Kerap nampak kelibat dalam rumah
  2. Kerap dengar bunyi ketukan di luar pintu rumah
  3. Kerap dengar bunyi guli,lesung batu,tarik kerusi meja atas rumah terutama rumah Flat
  4. Kerap terdengar bunyi pasir jatuh atas bumbung rumah
  5. Kerap terbau busuk hanyir dalam rumah,bau colok kemenyan dan kapur barus..
  6. Rasa seperti di perhatikan terutama waktu tidur
  7. Kerap terdengar suara panggil tetapi ketika itu tiada siapa pun di dalam rumah..
  8. Masuk rumah jadi stress serabut cepat nak marah gaduh suami isteri bila di luar ok …
  9. Masuk rumah kepala jadi pening,sakit belakang tengkuk belikat rasa berat..
  10. Perut jadi kembung sedawa angin,kitaran haid tak normal sengugut yang teruk..Periksa doktor semuanya normal..
  11. Susah tidur malam dalam rumah bila tidur tempat lain ok boleh tidur
  12. Kerap mimpi bayi,bermain ,dukung menyusu..
  13. Mimpi Jatuh tempat tinggi
  14. Mimpi binatang berbisa
  15. Mimpi orang kejar orang nak bunuh
  16. Mimpi tempat kotor
  17. Mimpi pasangan Curang kawen lain
  18. Mimpi bersetubuh dengan orang yak di kenali
  19. Mimpi orang tua
  20. Mimpi rumah lama
  21. Mimpi terbang…

Di atas adalah sebahagian tanda yang kerap berlaku pada pesakit saya yang terkena gangguan makhluk halus..Jika anda mengalaminya dapat kan rawatan islam berhampiran anda..Moga di jauhkan semua di atas berlaku pada diri kita dan family kita Aamiin..

#Ikhtiar

#SemuaAtasIzinAllah

#AgarBermanfaatpadaYangMemerlukan

#SilakanShare

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*